Langkau ke kandungan utama

Catatan

Belakangan Ini

Assalamualaikum wahai blog.  Maafkan saya kerana selalu gagal mencari waktu menitipkan tinta.  Belakangan ini berhasrat saya jujurkan.  Bahawasanya saya rasa sangat aman dan semara. Dengan kedudukan tugas pekerja dan khidmat di rumah. Dengan suami, anak, ibu bapa dan mertua.  Saya rasa Allah terlampau elok kepada saya Memilih saya menyuapkan banyak lebih pada detik ini. Meski saya tahu setiap sesuatu pasti ada kesudahan,  Tetapi ingin saya rakam denyut kemujuran. Supaya nantinya bila saya di bawah nestapa, Saya tahu menyukuri Bahawa Tuhan pernah membela saya dengan baik begini. Mungkin banyak unsurnya. Dengan resmi, lebih dan kurang saya yang begini,  Menjadikan saya tegar memilih memandang yang molek-molek sahaja Adakalanya banyak juga yang serasa mahu namun masih tak mampu,  Namun tidaklah menjadikan saya dudukkan ia punca perihal utama Untuk bermuram durja melupakan apa yang sudah di tangan Bila difikir.  Saya suka Tuhan meletakkan saya di ...

Saatnya Di Atas

Pada saat kita berada di puncak Serasa semua yang kepingin telahpun diraih  Meniti hari kenyang dek senyum dan tawa Di sisi sekelingkungan yang inklusifnya kebaikan  Ketahuilah diri,  Ketika ini Tuhan sedang memerhati memeduli Sekadar mana hakikatnya sebuah syukur  Bila pengharapan ambisi diperkenan Bila doa-doa diijabat Tuhan al Muhsin Ketahuilah diri,  Jangan dialpa mereka yang ketika ini tidak sepertimu Pada mereka juga ada penghidupan dan jauh berkah  Dekat dengan Tuhan dan berhati polos Kerana bukan material dan buana fana yang menyenangkannya  Duhai diri,  Moga hatimu tidak terbuai lalai Moga dirimu selalu ingat berjaga berawas Moga ibadahmu tak cetek terbatas Moga kedekatanmu dengn Allah tak berpenghujung. Beringatlah selalu bahawa ujian Tuhan itu bukan pada bentuk kepahitan sahaja Kerana dunia ini tetaplah menjadi tempat berseteru Antara diri dengan licik nafsu  Tiadanya yang kekal lama apa yang digenggam Selepas ini roda penghidupan ...

Janji

Kerana bait-bait yang dilafazkan bukan sekadar bermanisan  Ianya menuntut sekalung tanggung dan jawab yang tidaklah mudah  Mungkin bukan hari ini saya berjiwa kuat dan menerima  Mungkin juga kerana kurang sedikit dari awak menyentuh saya sebegini sensitif  Sekadar ringkasnya sedang berlalu satu sesi pms seorang perempuan  Pada saya menuntut sedikit pengertian tidak ada salahnya  Maka memuntahkan dengan tulisan Satunya cara saya menjadi waras dan meletakkan senggangnya Benar kata mereka pelayaran ini tidak selalunya yang indah indah sahaja  Kadang ia harus diselangi dengan korbanan perasaan  Tak pernah kebayangan rupanya sakit  Meletakkan awak menjadi seperti keinginan saya  Mungkin pada awak bukan bahagian yang perlu diperbesar Tapi pada saya ia seolah merosak seharian saya  Yang sewajar dipentingkan pada setiap saatnya  Maafkan saya untuk kali ini juga Kerana kesempitan waktu mendesak jiwa saya jangan bertenang  Semua...

40 Hari Mencintaimu Suami

Pada Tuhan, seandai cuma satu permintaan sahaja yang boleh dikabulkan di saat ini, kabulkanlah permintaan hamba; agar kami dapat menjaga hubungan ini sebaiknya sehingga ke syurga.  40 hari menikahi satu sosok yang dah tertulis di siratan menjadi jodoh saya, membuatkan saya semakin yakin dengan janji Tuhan. Serasanya benar sekali; ingin saya pesan baik-baik kepada diri dan mereka yang lebih muda mentah pada satu ketika:  'Jika kita sedang membaiki diri kita harini walaupun sedikit sahaja, yakinlah bahawa jodoh kita juga sedang melakukan yang sedemikian' Kerana Tuhan itu adilnya luar biasa. Kita akan disusun dan dijumpakan dengan niat dan hasrat kita pada akhirnya. Apakah ada yang lebih gembira bila mengetahui sang suami selama ini mengulang rutin dan memegang pandangan hidup yang sama? Apakah ada yang lebih menyenangkan bila suami kesayangan menggembirakan dengan cara yang paling dimahu? Apakah ada yang lebih mengujakan bila suami sanggup memilih kesabaran sehari-hari dalam men...

Wahai Bakal Suami

Bismillahirrahmanirrahim.  Surat ini saya lakar selang beberapa hari lagi sebelum kita disatukan. Saya tulis ini bagi menggambarkan keterujaan saya pada penantian kita bersama. Tidaklah saya berharap lebih melainkan awak di sana membacanya dengan pengertian dan bahagia. Dan tidaklah saya mahu yang lebih melainkan senyuman dan kegembiraan awak menerimanya. Wahai bakal suami,  Betapa saya ini bersyukur Tuhan sahaja yang tahu saya dipertemukan dengan awak. Perkenalan kita tidak lah lama, tetapi sangat cukup sebenarnya. Cukup untuk saya selalu berdebar bila menatap awak, untuk saya selalu tenang bila memikirkan awak, bahkan cukup untuk saya bahagia bila tahu yang awak sedang merindui dan menyayangi. Wahai bakal suami, Mengenali awak wahai bakal suami, buat saya kagum dengan besar sekali. Betapa awak itu kuatnya mengalahkan hero-hero dalam cerita. Awak berjuang selama ini seorang diri walau sesambilnya penuh dengan sepi dan sedih yang mengelilingi. Tangis awak, keluh awak disimpan ...

Done 2 Tahun Syakaijin

Masa berlalu begitu laju  Bila saya bergelar salary-woman ini Saya selalu merasakan tiba-tiba sudah habis sehari, Habis seminggu, habis sebulan, pap setahun! Nah, tiba-tiba sahaja saya sudah di tahun yang ke-tiga  Bekerja sebagai pekerja asing di negara matahari terbit  Malah hari ini saya menaip tanpa perlu memandang keyboard Malah hari ini saya menjadi antara nadi penting buat sebilangan di sini Malah hari ini saya sudah tidak peduli lagi dengan perasaan takut-takut  Macam-macam cerita saban hari  Ada hari kepenatan, ada hari kebosanan  Hari kegembiraan, hari kesedihan juga tak lekang juga berkunjung Dahulunya saya berfikir tak mungkin lah saya boleh bertahan  Apatah lagi seorang diri sendiri  Tekaan itu malah ada benar, ada tidak benar juga  Menjadi dewasa ini kawan  Seperti terbang bebas dengan sayap yang 'dipasang' sendiri Kekuatan-kekuatan dan tampungan cuma tinggal minta pada Tuhan  Kerana pada akhirnya diri sendiri bebas...

Semuanya Baik-Baik

Hari yang berlalu serasa laju benar berlarinya  Tiba-tiba sahaja kita menjadi insan yang sedekat ini hatinya Biar jasad kita berpisah jauh merentas lautan  Tapi entah mengapa saya rasa kita boleh melakukan ini bersama  Kerana awak yang di sana  Payah benar menghilangkannya dari ingatan  Semua matahari pagi saya terlukis awak  Semua senja merah saya dironai awak Maka demikian hari-hari yang kita lewati  Menjadi penantian yang penuh debaran  Kerana kita ini mungkin ditakdir Tuhan  Tidak akan berpisahnya sampai syurga  Maka mengenal awak satu pilihan dan anugerah paling besar  Menyakiti awak menjadi larangan keras   Senyuman awak itu memancarkan seluruh cahaya semesta saya  Semua puisi-puisi awak segar terus dalam rima memori saya Kerana hidupnya bugar buat saya menatapnya hampir setiap hari  Sebagai penyembuh kerinduan  Yang hadirnya diam-diam tapi dasyat nian Saya termangunya tanpa izin beberapa kejap Pil...

Untuk Saya Yang Semalam

Untuk saya yang semalam  Terima kasih kerana selalu memilih yang hasilnya baik-baik Terima kasih kerana selalu mendekati Tuhan  'Memujuk' Dia memberitahu jalan-jalan yang tak pasti  Menyakini selalu Dia menemani  Untuk saya yang semalam  Terima kasih kerana selalu memilih jadi kuat Walau badai terlalu banyak untuk diberi alasan-alasan  Menjadi kulai tak bernafas seperti tidak mahu hidup  Awak ada pilihan untuk itu berapa kali banyaknya  Tapi awak tegar sahaja bangkit dan bangkit lagi selepasnya  Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana memegang watak-watak kebaikan  Yang lurus dan jujurnya bila dengan Tuhan Yang memberi dan menghargai sekeliling tanpa hampa Yang tegar hidup memikul ketidaksempurnaan diri dan yang lain  Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana memaknai hidup sepenuhnya  Walau masih banyak tempat yang masih kurang,  Saya tetap benar-benar bangga dengan awak  Terima kasih kerana menjadi diri se...

Monolog Takut

Memandang yang kehadapan ini  Kadang buat saya bermonolog takut dan bimbang  Terutama pada kejahatan, kelemahan dan kurangnya diri  Saya takut saya mengecewakan dan melukakan  Saya takut saya hilang sabar dan meletakkan jangkaan yang bukan-bukan  Seperti saya yang sebelum ini, dan semua kebarangkalian yang terlintas itu Bagaimana ini Tuhan, saya melirih kerap sekali  Kerana saya yang begini  Saya yang begini sebenarnya perlu melakukan apa? Berapa kalipun dibilang kepada diri  Doa yang baikbaik sahaja.  Niatkan yang harmoni sahaja. Tapi nyatanya bila tiba pada masa-masa yang tersebut Saya sukarnya lolos dari bimbang dan takut  Waktu-waktu begini begitu mudahnya saya menulis Begitu banyak yang bermain berlegar di angkasa fikiran,  begitu banyak yang masuk dan menuntut difikirkan  Kadang ia melemaskan dan merimaskan Sudahnya saya cuba untuk mengeluarkan satu-satu apa yang tidak jelas itu  Kerana benar, perempuan dan hatin...

Watak

Kerana kisah-kisah saya sebelum ini  Cuma menjadi watak sampingan cerita mereka-mereka Menjadi yang disinggahi dan dikecewakan  Menjadi yang singgah dan mengecewakan Sesampai saya tenggelam merasai saya tiada berhaknya tiada harganya Sesampai air mata seolah rakan karib  Sesampai harapan untuk itu tidak berani dipegang lagi Membayangkan hari esok sahaja seolah melihat mimpi ngeri Walaupun kadang saya mempertikai dan memboikot kerja Tuhan Derhaka seorang hamba ini tidaklah berani menghilangkan kesyukuran   Tarungan demi tarungan memegang watak yang meredhakan dalam tangis dan sunyi Seorang saya ini cuma mahukan tenang, mahukan dirinya lebih mencintai Tuhan sehari-hari Kerana Tuhan saya tetapnya Allah, Tuhan Maha Baik, Maha Mengasihani  Dia menyelamatkan saya berkali-kali Tanpa jemunya tanpa gagalnya  Kerana Dia mahu membiarkan saya berlagu sedih seketika Dari menjadi watak utama yang menyedihkan Dari menjadi watak yang tidak disudikan  Watak yang k...

Aku Juga Rindu

Semoganya Tuhan menjadi saksi  Betapa kitalah insan yang tidak mahu lagi  Mencari dan menjadi cinta sia-sia  Semoganya Tuhan menjadi saksi  Kita bertaruh hebat melawan rasa  Supaya perjalanan panjang selepas ini tak ternoda  Kerana kita sama-samanya mengerti  Bukan waktunya lagi  Semoganya Tuhan menjadi saksi  Setiap bait dan lirih  Tidak mahu menanggung dan menangguh lagi  Kerana kali ini rasa yang datang  Nyamannya nian, debarnya tak terucap  Semoganya Tuhan menjadi saksi  Aku juga rindu. Semoganya Tuhan menjadi saksi Dan menjaga kamu, doa-doamu dan perasaanmu baik-baik Erat-erat, dekat dan selalu dalam dakapanNya  Benar, aku juga rindu. 

Memaafkan

Dengarkan suara paling besar ingin saya jeritkan  Biar semua di arena hijau mahupun biru buka mata seluas-luas Biar matahari jadi kaget lantas merubah waktu Biar yang di dalam ini selesai satu persatu  Biar saya dan kita lebih lega lebih selesa  "Dalam putus cinta, tiada pihak yang menang, teman!" Anda tak pernah rasa sesulit yang diamuk Andai bukan anda yang di situ.  Apa yang anda mahu suatu ketika itu, belakang harinya anda tidak bisa beroleh Ngilu dan lara cukup buat anda serik sekali Ibarat merosot dalam lembah khali Gelap tanpa ada rasa sedap sezarahpun Dan sampai sampai, anda rasa terlalu murahnya apa yang telah diserah  Untuk kali ini juga andalah insan paling zero untungnya  Kerana di tangan anda cuma ada luka cedera  Entah bilanya ia mahu pulih mungkin ia sendiri tidak mahu  Lebih lagi bila anda memerhati dia yang seperti tiada apa sakitnya  Seperti satu pelepasan yang lama dinanti Seperti satu gembira yang tertangguh lama  Dia...

Setenangnya Saya

Apabila saya memikirkan kerisauan-kerisauan  Seperti kacaunya jiwa sang perindu  Seperti sedihnya Zainuddin walaupun kemudiannya mendendami  Seperti menyentak kisah yang tak bisa lagi diubah  Kisah semalam yang wujud tempatnya sendiri  Maka saya terus hilang diri sendiri Kelam dan kesal. Ribut dan serabut. Hiris dan tangis. 'Dimanja' dengan ujian begini kadang-kadang buat saya mempersoal Dalam lemah dan sunyinya saya yang begini  Menuntut dan memperalat 'saya manusia biasa sahaja' Namun menyedari satu : kerana saya cuma manusia biasalah Saya bermimpi indah Tuhan tidak letih dengan saya  Tidak putus asa memberi seribu ribu belas dan rindu  Untuk saya kembali tenang dan dekat Setenangnya saya  Apabila saya melepaskan bulat-bulat  Apa yang telah dan akan kepada yang berhak  Yang Maha Mencatur, Maha Mengasihani dan Baik Menyayangi diri sendiri Menyayangi masa depan  Sebenarnya jauh lagi munasabah  Ya Baari', Engkaulah pereka p...

Entah

Kenapa bila saya cuba menyatakan persoalan dan kebimbangan  Akhirnya saya semula seolah yang bersalah  Saya tidak selesa dengan kewujudan 'takdir' yang begini  Kerana bila tergantung begini terlalu rapuh untuk jatuh sebenarnya Secobanya meluahkan yang terbuku  Tiba-tiba saya juga yang menjadi punca rosaknya keharmonian seolahnya  Maka saya sakit berkali-kali  Sedangkan di pihak satunya lagi semacam tiada apanya terjadi  Tuhan,  Di saat saya menangis sehari-hari  Mengadu padamu yang saya tak ampuh mana  Berilah saya pandangan kasihanMu selalu  Berilah saya ketenangan dan kekuatan selalu  Saya tidak rasa saya yang gopoh  Kerana pada asalnya perjanjiannya tidak kena  Saya marah, saya kecewa lagi dan lagi  Entah sampai bila kesudahannya  Saya penat dengan mudah sekali. Bukan saya minta, bukan saya mahu.

Secawan Cocoa Miruku

Hye cocoa miruku Hari ini sedikit kesedihan dan air mata datang menyapa saya Saya penat sekali dengan situasi seolah melawan takdir  Atau saya yang sebenarnya yang tidak cukup ampuh menghadapi takdir  Saya benar-benar keliru dan ragu  Maka sesenang itu air mata saya tumpah  Hye cocoa miruku  Di saat saya menangis lagi di depan Tuhan  Menyatakan yang saya tidak faham  Menyatakan keluhan-keluhan dan sangkaan sangkaan saya Saya benar-benar jatuh pada titik paling lemah  Maka membawa saya kepada pilu lagi dan lagi  Hye cocoa miruku Serasanya semua mata mata memandang penuh ketidaksukaan  kerana kurang saya yang bermacam ini  kerana lain saya yang penuh ego  Serasanya hari ini kelam dan muram  maka saya jadi kelu begini seolah menjadi musuh dunia  Hye coco miruku Terima kasih kerana menemani dengan sejukmu  Mendengar cerita saya yang tak seberapa  Namun tenang awak semacam membentuk ruang bercerita jujur Terima k...

Done 1 Tahun Syakaijin

Setahun sudah saya bergelar 'syakaijin' / salaryman  Dan ianya tiba-tiba menjadi setahun tanpa dirancang Memajukan diri sendiri di tempat yang asing benar  Saya sebenarnya tidaklah sekuat itu  Mengharungi cabaran silih berganti dan berselang hari Saya kadang patah sebelah, menapung bahu sendiri  Menjadi dewasa sebenarnya membuat saya makin tak tahu Apa bisa dicapai matlamat sebesar yang dipikul selama ini  Apa bisa saya berlari lagi dan lagi  Apa bisa saya bertahan terus teguh di perantauan ini  Entah.  Yang saya tahu saya beruntung  Kerana Tuhan selalunya tidak jemu memayungi  Menjaga saya sejaga-jaganya  Meskipun saya kerap hilang diri dan marah marah  Allah itu benar-benar tidak berputus asa menyayangi  Terus memeluk dan melimpahkan kasihnya  Untuk awak,  Saya boleh bersumpah  Tak mungkinlah saya boleh senyum lagi dan selalu  Tanpa awak yang tak pernah ...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Selangkah Lagi DiizinNya Aku

Untuk hari-hari yang aku jejaki kian hari Tak terucap rasa syukurku kepadaMu Tuhan Baiknya Engkau memberi aku peluang sebegini Terlalu berharga pengalaman ini Terlalu banyak kasih sayangMu yang aku peroleh ya Allah Kehadiran mereka di sisi ku Kehadiran aku di sisi mereka Hanya Engkau yang tahu apa rahsianya Hari-hari yang aku lalui di sini Menjadikan aku semakin matang membesar Satu nilai besar yang benar-benar aku cedok Nilai menghargai Entah kenapa dalam ribuan jutaan manusia Dipilih aku di sini untuk belajar dan bertatih Jalan ini jalan yang bukan biasa-biasa Tapi tetap setia Kau bekalkan aku dengan secukupnya, Tuhan Untuk jejak yang ke sekian kalinya Aku terus-terusan menerima kebaikan demi kebaikan Dalam syukur ku yang lama belum sempurna Kau tambah lagi hadiah-hadiah untuk disyukuri Terima kasih Allah Engkaulah yang mengajarkan aku membesar dengan kebaikan Berkongsi dan mengajak kepadanya Sungguh, tak pernah aku betah berta...

Menenangkan Diri

Menenangkan Diri Semakin aku kejarkan cinta manusia Semakin aku hilang dari roda keyakinanNya Entah. Mengapa yang hadir  Cuma untuk sebentar  Untuk apa kamu berjuang  Andai bukan untuk selamanya  Tarik nafas. Mengalahlah diri  Bukan kamu yang memiliki dirimu  Diri ini untuk diserahkan  Biar lumat, hancur berkecai sekeping hati,  Redha, dan yakin tak pernah surut  Tuhan,  Andai ini jalan-jalan yang Kau pilihkan  Tiada rasa lain yang berhak hamba persembah  Melainkan, rasa rindu, rasa terus mahu diuli  Dengan bimbingan dan sayangMu  Untuk ujian harini dan semalam.  Aku bersyukur seribu syukur  Telah dibekalkan diri dan hati yang begini.  Untuk ujian harini dan semalam,  Terima kasih lagi, Allah :)  Akan aku terus berjuang  Biar sepi biar sendiri  Asal tak lekang rasa syukur dan percaya  Aku, untukMu....

Drama Nur : #TeamDeeja

Tadi tengok Aida Azlin sembang pasal Drama Nur. Asal semua orang sembang pasal #Nur? Aku memula tak minat dan tak berapa nak ada masa tengok drama. Satu lagi memang jenis kalau dah tengok, kena tengok apa ending dia terus. Tak cukup bersabar kot ek nak tunggu episod by episod setiap hari. Kalau satu drama tu dah habis, kalau aku nak tengok, aku akan buka episod satu,episod 6, pastu episod kedua last, dengan episod last. The End, aku dah tahu drama tu cerita pasal apa. kahkah =.= Tapi, sebab kawan-kawan asyik story kan je drama ni, aku pun cari kat google. Dan buat perangai macam biasa, tengok episod satu,tengok episod tengah, tapi tak boleh la tengok episod last terus, sebab drama ni tak habis lagi. Pastu aku macam "alamak kenapa aku yang mesti jadi orang ke 9juta tengok drama ni? Kalau aku tak tengok mesti tinggal 899999 orang je haha hambarbye " Aida Azlin kata dia suka watak Mirul. Aku sama macam dia, aku pun tak berapa tertarik dengan watak utama si Syaf...