Langkau ke kandungan utama

Drama Nur : #TeamDeeja

Tadi tengok Aida Azlin sembang pasal Drama Nur. Asal semua orang sembang pasal #Nur?



Aku memula tak minat dan tak berapa nak ada masa tengok drama. Satu lagi memang jenis kalau dah tengok, kena tengok apa ending dia terus. Tak cukup bersabar kot ek nak tunggu episod by episod setiap hari. Kalau satu drama tu dah habis, kalau aku nak tengok, aku akan buka episod satu,episod 6, pastu episod kedua last, dengan episod last. The End, aku dah tahu drama tu cerita pasal apa. kahkah =.=

Tapi, sebab kawan-kawan asyik story kan je drama ni, aku pun cari kat google. Dan buat perangai macam biasa, tengok episod satu,tengok episod tengah, tapi tak boleh la tengok episod last terus, sebab drama ni tak habis lagi. Pastu aku macam "alamak kenapa aku yang mesti jadi orang ke 9juta tengok drama ni? Kalau aku tak tengok mesti tinggal 899999 orang je haha hambarbye "

Aida Azlin kata dia suka watak Mirul. Aku sama macam dia, aku pun tak berapa tertarik dengan watak utama si Syafiq Kyle dengan Amira Rosli tu, tapi aku tak pilih Mirul as watak fevret. So aku suka siapa? Aku suka Deeja :0



Aku gugel siapa nama pelakon ni, nama dia Riena Diana rupanya. Aku tak kisahlah dia siapa sebenarnya, tapi aku suka dia main watak ex Adam. Okay aku explain k kenapa aku suka watak ni, sabarsabar.

Awal-awal episod kita nampak, Deeja ni daripada kecik kot minat kat Adam. Dia tunggu Adam sambung belajar, dia ingat setiap kenangan dia dengan Adam. Pastu bila makbapak dia nak jodohkan dia dengan orang yang dia suka, siapa tak teruja? Dekat episod pertama, bila Deeja balik dari rumah Adam, dia terbayang-bayang memori dia dengan Adam semua tu, aku macam "Alahaiii perempuan, baiknya kau ni." Watak perempuan tipikal yang dia bawa waktu ni, buat aku fikir terus haa ni nanti jadi watak jahat ni bila Adam dengan Nur. kahkah padanmuka salah, siapa suruh suuzhon

Sebelum kahwin, Adam nak jumpa dia konon-konon nak tanya "Betul ke Deeja nak kahwin dengan Adam? Adam ni okwed sikit dengan perempuan blablabla" . Pastu belum sempat Adam cakap kat dia, Deeja dah attack cakap dia dah tau apa Adam nak tanya sebab kak Aisyah dah bagitau dia supaya dia prepare. Aku bila tengok scene ni, macam errr okweddd kot ek. Tapi Deeja ni padanlah dengan doktor, otak dan character dia strong dia slumber je cakap, "Saya lebih dari sudi, asalkan awak sudi."

K, agak gedik aku rasa ayat tu haha. Tapi, bila aku perhati semula scene ni best sebenarnya, Deeja tak cakap macam tu sebab dia dah lama suka kat Adam. Tapi aku rasa, memang macam tu pun cara yang sebenar kau nak hadap lelaki yang agak introvert, tak bercakap sangat, atau gagap nak bagitau apa dia rasa etc.Dengan lelaki-lelaki yang macam ni, kau yang kena pandai handle suasana, kau yang kena dominan tapi kena elokeloklah cara tu jangan over. Aku taktau apa Adam rasa waktu tu, tapi bagi aku kalaulah waktu tu Adam tak jumpa lagi dengan Nur, dah lama dah Adam melting dengan Deeja ni. So, aku rasa character yang Deeja bawa ni memang best, dia tahu macammana nak handle orang macam Adam.

So aku tengok juga scene Adam cakap dia suka Nur waktu hari depa nak nikah. Bapakk ah wey! Kalau watak-watak drama lain, dah lama dah dia maki Nur, pastu paksa Adam kawin jugak dengan dia, betul tak? Tapi Deeja tak jahat macam tu tuan-tuan. Deeja tahu buat apa hang nak kahwin dengan orang yang ada hati kat orang lain bukan hang? Kau pernah terfikir tak, sakitnya bila orang yang kau suka orang yang kau puja dari kecik, sikit lagi nak kahwin dengan dia, tiba-tiba dia cakap dia suka orang lain? Sakit weyh :'(

Pastu bila Deeja lari dari majlis perkahwinan depa, semua orang bash Deeja lah konon-konon merosakkan majlis. Habislah satu family malu apa semua. (adaakukisahkedramajepunn) Tapi bila Adam call Deeja, Deeja angkat, dia cakap tak perlu explain pun, dia terus bagitau dia maafkan Adam. Omg aku nak nangis gaklah part ni. Kalau aku, mungkin tak angkat, ataupun aku angkat dan mencarut laju-laju. Kau kalau taknak kawin dengan aku ke, suka orang lain ke, apape jelaa, kau bagitau awal-awal kan lagi senang. Takyah la drama sangat nak bagitau waktu hari nak kahwin. (hey namapun drama, Aqilah emo kenapa). Susah nak sabar nak tabah macam watak ni, tapi still aku rasa perempuan macam Deeja ni wujud, tapi rare. Aku pun nak jadi kuat macam watak ni, kalau lelaki yang aku suka tiba-tiba cakap dia suka orang lain.

Okaylah lari topik bukan pasal Deeja. Antara part yang aku nangis, time Nur berdoa. Asal dia doa je aku nangis. Asal aku nangis je dia doa. Ya Alloh, aku tak kisahlah dia berlakon ke apa, tapi hati aku tersayat-sayat rasa bila dengar dia bercakap dengan Tuhan dia. Baiknya Nur, dia polos, jujur dengan Tuhan. Dia sebut satu-satu "Ya Allah aku redha dengan ujian yang Kau beri pada aku". Aku memang nangis teruk, Nur ni dia baru je kot kenal Allah, baru je kot nak solat-solat, tapi dia selalu sangka baik dengan Allah, Nur tak pernah kecewa berdoa dekat Allah walaupun realitinya seolah-olah Allah tak bagi pun apa dia nak. Nur ni macam watak yang tegur aku, "hubungan kau dengan Allah pernah tak baik macam ni?" ;'(



Tapi Nur tu tak peliklah buat aku nangis, dia watak utama tak aci huhu. Watak Deeja yang buat aku nangis bila dia cakap kat ayah dia. "Setelah semua yang dia lalu ni, ayah nak minta saya lupakan memang susah yah". Nak melupakan Adam pun susah, tiba-tiba nak melupakan semua kesakitan yang dia tanggung. Kau rasa?

Pastu time Deeja temankan Nur kat hospital pun aku terharu. Bila Nur minta maaf dia punca Adam dan Deeja terpisah, dengan berusaha tahan emosi dia cakap "Takpa, saya okay, mungkin awak yang lebih memerlukan Adam". Kau tak rasa ke baiknya hati perempuan ni? Dahlah cantik,matang, pandai pastu ada hati baik. Perempuan macam ni yang Aqilah nak jadi. Dia mungkin bukanlah watak utama yang selalu boleh memenangi hati sang hero-hero, tapi dia bawa watak yang menyenangkan, penuh kemaafan dan kebaikan. Dia okay walaupun apa dia nak dia tak dapat, dia matang dalam menerima realiti. omg #girlcrush teruk.

Yang aku tengok ni, setakat episod 14 jelah, sebab tu je yang last setakat ni. So, aku taktau tiba-tiba plot twist Deeja ni jadi jahat ke apa ke haha. Tak kisah lah, tapi aku suka watak yang Riena Diana ni bawa.

Dia tak cliche okay tu je kesimpulannya.
Selamat membersihkan hati dan menambah amalan di 10 malam akhir !
Chiao!







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan