Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Tiada Tajuk

Salam Mengintai sesuatu daripada lubuk itu Bertanya apa yang sedang diterajuinya Sirna Kamu mahukan segalanya yang terindah Terhampar bagai di Disneyland Kamu takut kehilangan Apa erti kamu hidup tanpa pengorbanan Kekentalan senyum Kamu tidak pernah bahagia kerana kamu gagal membahagiakan Keras. Kaku Kamu sebenarnya sukar bernafas kerana prinsipmu Berdikari itu perlu, tapi di mana punca kekuatan? Kamu angkuh dengan keteguhanmu bertahan Hakikatnya kamu lemas dengan perasaan Terungkailah. Kamu insan biasa.  Pasaklah rasa kebersamaan Ya, aku mengerti kamu tak bisa Ego Biarlah ia terus membakar Biarlah ia terus menyakiti Biarlah semua Hakikatnya, apapun yang wujud Aku tak mahu menyakiti yang lain. Sudah cukup banyak aku menghantui Sudah cukup. Mereka mengenaliku dengan kekuatan Biarlah. Aku takut kehilangan senyuman mereka

Memori

Bismillahhirrahmaniirahhim Bulan Ramdan saya takda post. Belagak konon-konon tak sempat dengan muka slumber, dalam hati cakap "akulah manusia paling malas". Dont try this at home . Aku memang rasa kot tahun ni Ramadan aku lagi TERUK daripada tahun lepas. Taknak lah ingat, nanti aku nangis menyesal 88 hari. Entah je tahun ni, mungkin sebab tahun lepas SMA, jadi perlu hati yang bersih untuk menghafal, tahun ni pulak SPM hati yang kejam dan keras sangat diperlukan untuk buat Addmath dan akaun. Oh anda, sila abaikan. Yang penting aku nak azam, aku taknak izinkan syaitan gelak-gelak kat aku takde perubahan lepas Ramadan, TIDAK SAMA SEKALI WAHAI HANTUHANTU BUNGKUS SEKALIAN. Sila rasa anda dalam mimpi jika mahu berbuat demikian. So, awak awak yang tervisit sini, aku mahu share somethings. Pertama, ini pasal kelas aku, kelas 5Bukhori, jadi, awak yang rasa awaklah orang yang pertama dislike kelas ini boleh pergi jauh jauh tanpa paksaan. Nanti aku cerita cerita ko tak i

Tajdid

Bismillahhirrahmanirrahhim.. Hari ini saya mahu memuntahkan lahar pandangan yang terkumpul buat sekian bulannya. Melihat dunia yang penuh pancaroba membuat saya tekad menulis bahawa kekuatannya cuma satu. Kebergantungan kita kepada Dia. Saya meninjau sepanjang umur 16 tahun separa matang (heh, aku lahir lambat sebab bahaya buat lesen awalawal lah =.=) Baiklah, di sini saya mahu bertanya, anda , anda dan anda yang sedang melihat video matlutfi itu!  Adakah salah jika saya bermesej dengan orang yang berlawan jantina dengan saya? Oh! saya telah mendengar suara dalam anda yang menyebut. HARAMMMMM!! (2 setengah harakat di situ)  Oh! ada juga saya dengar yang mengatakan .. err takpe. cuma.. cuma... dengan tergagapgagap dan menundukkan diri.  Oh! saya tahu anda menjawab, TENGOK APA YANG DIMESEJKAN LAHH. Wah! nampak anda tersenyum kerana saya memahami isi hati anda (kita ada kimia kutt =.=) Baiklah, di sini saya mahu ceritakan satu hikayat : Ran Mouri : Semalam ak

Supersaiya Hidup Saya

Bismillahirrahmanirrahim. Tuhan, tolong aku. Berkati usahaku. *Mood iamNeetaband :P Hari ini aku mahu mencicip sedikit rasa. Kebelakangan ini aku banyak membuat kerosakan. Aku banyak menzalimi diri sendiri. Dan aku tiada penatnya dengan itu. Tangan ini menari kerana hati ini berbisik. Aku banyak melukai dia kebelakangan ini. Banyak sekali. Aku sering saja membantahnya, aku menjawab katanya, paling minimum pun hatiku menahan rasa marah yang membuak. Sangat teruk aku ini. Ibu, saya tahu saya banyak melukai ibu. Saya selalu buat ibu marah dengan tindakan sukahati saya. Saya merobek sedikit sebanyak kepercayaan ibu. Saya pernah beli aiskrim kat Terus Maju yang pastinya buat ibu tunggu laaaama dalam kereta (kemudian buat ibu bengang dan taknak makan waffle + aiskrim Cancer yang saya beli tuu). Lepas tu ibu singgah Petronas. Ibu yang turun pergi bayar kat kaunter. Padahal ibu tak pernah rajin nak turun. Saya pernah order burger kat Chiking bila saya mintak ibu belanja

Buktikan Jika Mahu

Bismillahirrahmanirrahiim. Kenapa dashboard blog berubah. Tak suka sebab tak biasa. Kena selalu post lah kalau nak biasa :P (buat muka tak bersalah) Macam tu jugak dengan kita, orang barat serang kita guna saraf, mula-mula kita menentang. tak suka. benci. Namun, at the last kita macam redha je. Hari ini terdetik untuk bermesra dengan keyboard walaupun kepala zero. Wahai blog saya mintak maaf sebab dah lama tinggalkan awak.Saya tak sibuk, cuma tak berkesempatan sahaja :P Aku nak kelas kita menang pertandingan 4k Aku nak semua cikgu sayang aku Aku nak jadi pemimpin yang baik untuk depa Aku nak mak dengan ayah aku tersenyum bila nampak aku Aku nak semua member-member suka aku Aku nak cari husband yang hensem dan baik Aku nak study melalui laut (oversea) Aku nak jadi hamba Allah yang soleh Aku nak jauh daripada maksiat Aku nak bilik aku aircond Aku nak meja study lebih besar Aku nak rumah aku kemas dan bersih Aku nak sekolah aku cantik selalu Aku nak

Penulisan itu hidup.

Bismillahhirrahmannirrahim. Salam sejahtera. Allahummasollia'lamuhammadwaa'laalihiwasahbihiajmainn. Tuhan, jadikan setiap kali jariku menekan punat-punat kecil ini sebagai satu ibadah kepadamu. Kebelakangan ini sudah lama aku meninggalkan ruang ini. Sepatutnya kalau mengikut protokol esok exam pqs dan kena tasmik ar-rum, aku tak boleh mencoret di ruang ini. Tapi aku pun tak tahu mengapa, waktu terdesak merupakan waktu paling bagus untuk aku bermesra dengan keyboard. Mungkin deras hati ini sederas tarian jariku di keyboard. Kebelakangan ini, aku sukar memahami diri. Aku sukar mencari diri. Aku tenggelam dalam identiti hakiki. Rasa itu hadir melambai membelai  hati supaya mengharap sesuatu yang tidak ketahuan. Keliru. Aku tersepit antara kehendak diri, persekitaran dan cinta utama. Kosong. Aku tanpa Dia rasa gelap sekali. Diri ini rasa di awangan. Terbang lolos tanpa ikatan Dia. Mengapa? Kerana Dia jauh. Hilang. Kusam. Aku tidak mencari kerana lalai. Aku rela melepaskan ta

Renyah

Dengan nama Dia aku menulis, Tuhan, limpahkan aku keredhaanMu untukku terus tega mengorak langkah luas dalam kehidupan seharianku. Air mata ini merembes tanda kerdilnya aku dengan cobaan Dia. Saksi betapa aku hati terkoyak kerana menghampakan insan yang telah banyak membantu. Aku tak pernah minta untuk jadi begini. Keraaa pentingkan diri, aku emosi. Kerana tertekan dengan keadaan sekeliling, aku marah-marah. Tanpa memikirkan janji-janjiNya aku lemas menyakiti insan itu. Memikirkan bebanan ini aku selalu kecewa. Ya! aku bukan yang terbaik untuk berada di tempat ini. Aku kecil. Nampak aku ketawa, namun tersembunyi tangisan yang paling dalam. Nampak sahaja aku kuat untuk memberi arahan, namun aku sebenarnya cuba membina diri. Aku sayangkan jemaah ini. Terlalu. Aku mahu sekali lihat jemaah ini bahagia. Namun sirna melebihi sinar. Aku tak pinta begini Tuhan Sebelum ini aku mendamba kebaikan untuk dikecapi semua. Namun, Dia tak beri apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu. Tangi

Hikayat Tudung Besar Saya

Bismilahhirrahmanirrahim..Moga Allah redha penulisanku ini. Moga aku ikhlas untukk berjuang  dan berdakwah melalui jalan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad SAW. Ini cerita saya. Daripada kecil saya dididik dengan tudung besar ini. Mula-mula saya rasa agak terkongkong. Saya juga ingin memakai seperti yang  kawan-kawan lain pakai. Saya pernah memakai tudung 45, ayah saya tegur. Saya segan nak pakai tudung tu lagi, jadi saya hanya ada tudung besar ni. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan 5, saya tetap begini. Pada hakikatnya saya boleh sahaja menukar dengan tudung yang lebih berfesyen dan ikut trend, tetapi saya tak tahu kenapa ada sesuatu yang menghalang saya membuat begitu. MALU. ya, saya malu pakai tudung selalin tudung labuh. Lagi satu, kalau saya pakai bukan tudung labuh, SAYA RASA TAK SELAMAT. Rasa tak dilindungi.Rasa mata-mata itu liar memerhati. Jadi, saya memlilih tudung besar ini. Saya selesa, saya selamat, saya behagia.  Dan tak suruh awak

Garang

Assalamualaikum Selawat dan salam ke atas baginda , utusan sekalian alam. Firstly, Tuhan, aku ingin ikhlas dalam menulis. Hari ini entri masih menjurus ke arah peribadi, namun tetap tak lepas daripada tanggungjawab insani. Berkhidmat untuk kamu dalam memesan ke arah kebaikan , agar secebis bekalan, bisa menunjukkan hikmahnya di sana. Ok cukup. Garang. Ramai yang cakap aku garang. Dan aku dengan yakin mengaku Yup! aku garang. Sila takut. Tetapi di sini ingin aku menyelak tirai halus perbezaan di antara garang dengan kuat marah. Kuat marah tu maksudnya garang? Setuju? tak! Kuat marah bererti dia selalu tak dapat mengawal emosi amarahnya dalam keadaan apa pun. Ini saya ok. Garang pula pada aku bererti dia akan reflek dengan TEGAS walaupun benda tu tak perlu tegas sebenarnya. Jadi? anda dapat lihat bezanya tu? tak dapat? Aku pun.Orang yang kuat marah semestinya garang. Tapi orang yang garang tak semestinya kuat marah. Yay! Sukati korang lah nak faham cemana. Aku memang kuat marah dan gara

Leader

Dengan Nama Dia yang terlalu banyak memberi peluang untuk saya menitip rasa.Kali ini entry ini akan menggunakan saya menggantikan aku. (untuk entri-entri seterusnya wallahua'lam). Entri kali ini agak membosankan kerana ia tentang saya. Kalau awak rasa tak nak baca, saya pun tak nak paksa kerana mood hitler saya tak berada di puncak lagi. Disini saya ingin menarikan jari untuk ditujukan kepada orang-orang yang berada di bawah saya. Maksud saya orang-orang yang pernah, sedang dan akan dipimpin oleh saya. Awak, saya nak cakap sikit ni (kalau panjang awak jangan marah sebab macam awak tahu, saya memang suka membebel) Awak, saya ni kan, boleh kata orang atas awak lah kan. Saya agak janggal bila orang panggil saya "the ketua", awak nak tahu kenapa? Sebab saya bukan yang terbaik antara kita semua. Awak, boleh tak saya nak mintak awak buat skuba di dasar hati saya? dan tengok karangan laut suka duka di lubuk kecil ini? Saya sedar saya penuh celoreng yang bewarna warni pada

Kerana sayang itu konsepnya luas

Bismillahirrahmanirrahim..Tuhan, aku mahu ikhlas dalam menaip :)   Sayang itu konsepnya luas, luas sekali. Kadang-kadang kita salah mentafsirkannya. Kadang-kadang kita mengkhianati makna sayang. Kita rasa kita sayang, namun kita salah. Kadang kita rasa dia tidak sayang, namun sebaliknya. Yang pasti sayang itu bukan bermakna hak memiliki. Tetapi sayang bererti menjaga dengan rasa cinta. Kamu faham? Ada orang kata kerana dia sayang, dia tidak mahu berenggang dengan yang disayanginya itu walau sesaat. Itu tidak benar, sayang. Sayang itu konsepnya menjaga. Menjaga kepentingan yang disayanginya. Sayangkah jika kita asyik mengikat? Sayangkah jika kita tidak memahami? Konsep sayang itu kadang sampai tidak mampu diungkap kata-kata. Namun jelas, konsep sayang itu tak terhad. Sayang itu tidak bermaksud hanya perlu sayang kepada satu atau seorang. Kadang menyayangi lebih ramai itu lebih baik. Bukankah untuk disayangi ramai, kita perlu mula terlebih dahulu menyayangi yang ramai? Sayang, jan

Sakit

Bismillahirrahmanirrohim. Ya Allah, jadikanlah penulisan ku ini satu ibadah kepadaMu. Golongkan aku bersama orang-orang yang ikhlas. Selawat dan salam ke atas nabi yang baik hati lagilah mulia dan aku mengaku, aku salah seorang pemiutang nya, selawat dan salam ke atas baginda, Nabi Muhammad S.A.W keluarganya sahabat sahabat tabi' tabi'in dan sekaliannya. Kali ini aku mahu berkongsi rasa, Sedang aku tersenyum dalam menahan air mata. Kamu mahu tahu? Sakit itu sangatlah osem. Sakit itu begitu baiik untuk kita :) Sakit membuat kita merintih dalam hati, menjerit sekuat-kuatnya melalui corong hati, mengadu kepada Dia , kita sedang melalui keperitan. Sakit itu mendidik kita kenal Tuhan. Menyulam benih-benih rahmat Allah kepada kita. Allah yang Maha Mengetahui itu sangat Maha Mengasihani. Allah tu sayang sangat kat kita. Tak kan dia tak kasihan kat kita. Sedang kamu merindih pedih itu, ingatlah bahawa rasa sakit inilah yang menebus dosa-dosa mu selama ini yang terlalu banyak. Dia Ma

Cerita 2011 : Episod 1

Bismillahhirrahmannirrahim.Allhummasollia'lasaidinamuhammad waa'laalihuwasohbihiwasallim. Sungguh. aku sedang mencari mood menulis. Sangat tidak rajin kebelakangan ini. Post tahun baru kah? Boleh tak aku nak cerita pasal 2011? Tak boleh? Nak jugak! 2011. Tahun yang banyak jugak kasi aku pengajaran dan pembelajaran. Banyak cerita apda tahun ni. Seronok , tak berapa seronok , sedih dan tak berapa sedih. Peristiwa dalam memori 1 : Kelas 4 bukhori. Kelas budak akaun. Sangatlah diluar jangkaan hayat bila aku duduk dikerusi 4b itu.Segala impian yang aku bina ranap. Hancur. Kecewa. (ayat aku memang sastera kan). Sebelum ni, daripada Form1 aku nak ambil sains oke. Aku nak jadi doktor kot. *sedang tebalkan muka. Tapi parents aku cakap itu bukan yang terbaik bilamana result PMR aku cuma 8A. Yelah aku mengaku waktu sebelum dan semasa PMR tu aku buat banyak perkara jahat, memang Dia nak tebus lah tu. Dah-dah takmau ingat. Cukup aku, dia dan Dia yang tahu. Nanti luka lama berdarah ke

Tenanglah wahai jiwa

Tenanglah wahai jiwa. Perhatikan. Diriku Kamu itu tidak sehebat mana Bukan tak boleh berbangga dengannya Namun tegakah kamu senang berbangga jika ada yang terluka keranamu Diriku Ya, kamu punya kelebihan Tapi kamu bongkak, sombong Jahat sekali terhadap mereka Buat mereka terpaksa mengahadiah senyuman palsu Diriku,  Kamu selama ini selalu mementingkan diri Tak rasa bersalah bila bersalah Sentiasa rasa betul walaupun tak betul Diriku Sedarlah Mencintai dunia itu satu penyakit Penyakit. Senangnya kamu dengan penyakit itu Diriku Jangan begitu Dia itu Maha Memerhati Memerhati hati-hati kamu dan mereka Dengan penuh hati-hati dan tulus Jahat Kamu jahat sekali Sanggup ikuti rasa  Terus senang langgar batasan Dia Dia itu ada Sentiasa ada Jangan begini diri Bermujahadahlah Sedikit sahaja lagi masa kamu Sedikit sahaja. Gunakanlah sebagai hamba Well or hell? Tuhan peliharalah aku dan mereka.