Khamis, 7 Jun 2012

Supersaiya Hidup Saya

Bismillahirrahmanirrahim.
Tuhan, tolong aku. Berkati usahaku. *Mood iamNeetaband :P

Hari ini aku mahu mencicip sedikit rasa. Kebelakangan ini aku banyak membuat kerosakan. Aku banyak menzalimi diri sendiri. Dan aku tiada penatnya dengan itu.

Tangan ini menari kerana hati ini berbisik. Aku banyak melukai dia kebelakangan ini. Banyak sekali. Aku sering saja membantahnya, aku menjawab katanya, paling minimum pun hatiku menahan rasa marah yang membuak. Sangat teruk aku ini.

Ibu, saya tahu saya banyak melukai ibu. Saya selalu buat ibu marah dengan tindakan sukahati saya. Saya merobek sedikit sebanyak kepercayaan ibu.

Saya pernah beli aiskrim kat Terus Maju yang pastinya buat ibu tunggu laaaama dalam kereta (kemudian buat ibu bengang dan taknak makan waffle + aiskrim Cancer yang saya beli tuu). Lepas tu ibu singgah Petronas. Ibu yang turun pergi bayar kat kaunter. Padahal ibu tak pernah rajin nak turun.

Saya pernah order burger kat Chiking bila saya mintak ibu belanja kami semua buat pertama kali kat situ. Ibu marah sebab kat rumah dah baaanyak sangat stok burger. Walaupun saya tahu burger chiking jauh labih best sebab ada cheese, tapi saya takbleh buat camtu. Ibu saya cakap sepatutnya saya perlu fikir dulu.

Saya pernah buat macamacam kot yang buat ibu pendam rasa. Macammacam.Tapi satu jea saya nak cakap dekat ibu, 

KALAU MAMPU, SAYA MAHU MENJADI ANAK YANG PALING BAIK UNTUK IBU DALAM DUNIA NI, 
KALAU MAMPU SAYA MAHU BUAT IBULAH IBU YANG PALING BAHAGIA SEKALI DALAM DUNIA INI
KALAU MAMPU SAYA MAHU MASUK SYURGA BERSAMA IBU DAN AYAH.
 Itu kalau saya mampu ibu. Dan oleh kerana saya tahu saya tidak mampu, ibu juga tahu yang saya tak mampu bukan? maka, saya MEMOHON JUTAAN atau infiniti kemaafan daripada ibu atas segala kemelampauan saya. Saya bersyukur kepada Allah kerana terlalu baik kepada saya dengan memberi seorang ibu yang terlalu sempurna buat saya.

Ibu, you are the number one for me. Kilah taknak hilang ibu . Moga Allah sayang ibu selalu.
Kepada teman teman yang menjengah ke sini, jangan buat macam saya buat dekat ibu saya. Nanti mereka kecewa. Saya pun berazam tidak mahu mengulanginya,

Hayat kita makin pendek. Takut tidak sempat bertemu dengannya esok hari, mari sayangi dia. hargai dia sementara dia ada. Teringat karangan BI saya dalam midyear :


Although my mother is busy like supersaiya in dragonball story, yet she is hardworking like nobody. 

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa :'I *menangislah sekarang kerana kederhakaan kita, bimbang esok kita terpaksa menangis meratapi kehilangannya.

1 ulasan:

kumen2