Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

Janji

Kerana bait-bait yang dilafazkan bukan sekadar bermanisan  Ianya menuntut sekalung tanggung dan jawab yang tidaklah mudah  Mungkin bukan hari ini saya berjiwa kuat dan menerima  Mungkin juga kerana kurang sedikit dari awak menyentuh saya sebegini sensitif  Sekadar ringkasnya sedang berlalu satu sesi pms seorang perempuan  Pada saya menuntut sedikit pengertian tidak ada salahnya  Maka memuntahkan dengan tulisan Satunya cara saya menjadi waras dan meletakkan senggangnya Benar kata mereka pelayaran ini tidak selalunya yang indah indah sahaja  Kadang ia harus diselangi dengan korbanan perasaan  Tak pernah kebayangan rupanya sakit  Meletakkan awak menjadi seperti keinginan saya  Mungkin pada awak bukan bahagian yang perlu diperbesar Tapi pada saya ia seolah merosak seharian saya  Yang sewajar dipentingkan pada setiap saatnya  Maafkan saya untuk kali ini juga Kerana kesempitan waktu mendesak jiwa saya jangan bertenang  Semuanya perlu difikir dan diselesai tanpa perlu berada pada sisi awa