Selasa, 1 Mei 2018

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim.

Sorry bagi tajuk entah benda-benda.
Selamat datang 2018! 
Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki.
Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah
*Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu

Aku cuba make it short, 
Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap
Terutama kat kaum lelaki

Image result for women and man

Pada aku, 
Kau hensem ke, muka pecah rumah ke,
Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang
Apa yang lagi penting
BUKAN HATI KAU
Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT
KEMAHIRAN KAU RESPON,
KEMAHIRAN KAU BERCAKAP
KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK
KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI
MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT
kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun

Aku perasan benda ni makin takda 
Aku duduk kat Jepun
Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik
Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras
Yang langsung takde sense leader, dan seorang gentle
Mereka malah mengakui perempuan lah yang lebih kuat
dan lebih pandai, lebih pandai cakap, lebih mahal
Maka, mereka menganggap golongan wanita ini
Sebagai pesaing, sebagai golongan yang kuat dan sama taraf dengan mereka

Meh aku nak cakap
Lelaki dengan perempuan ni berbeza 
Lelaki emosi dia lebih stabil dan tak terganggu
Fizikal dia jauh berganda lebih kuat
Leadership boleh pergi jauh meninggalkan perempuan
Mental dia sebenarnya tajam, kalau betul treatment
Sebab tu korang perlu jadi ketua keluarga, dapat harta pusaka lebih 
Sebab tu bukan golongan korang, tetapi golongan perempuan yang diibaratkan sebagai perhiasan dunia, bidadari dsb 

Bila kau nampak ada perempuan yang otak dia pandai
Bila kau nampak ada perempuan tu cantik, dia selalu dominasi dan mempengaruhi
Bila kau nampak ada perempuan yang macam hebat dia selalu kat atas memimpin
Dan macam-macam perempuan-perempuan hebat yang kau jumpa,
Satu aku nak pesan. Kau tak boleh rasa INSECURE

Kau kena tahu, hebat macam mana perempuan tu
Dia tak pernah sama dengan kau
Macam mana dia anggap kau pesaing dia ke apa,
Macam mana hebatnya dia berpencak sekalipun,
Kerja kau bukan jadi pihak lawan dorang
Atau penyanjung mereka seratus peratus dan merendah-rendahkan diri  dan kaum sendiri 
Malah kadang-kadang aku perasan, lelaki ni makin tak function
Makin take for guaranteed bila perempuan function teruk

Kau tak boleh macam tu, serius
Aku perempuan aku tahu lah
Perempuan ni hebat macam mana pun, 
Perempuan perlukan lelaki, 
Untuk jadi pengimbang, jadi penegur dan pembetul
Jadi partner yang menyokong, yang sama-sama naik

Perempuan ni, hebatlah macam mana pun,
Dia bukan betul sangat kadang-kadang
Dia tak pernah sempurnapun, lagi-lagi emosi dia 
Dia banyak dia buat silap, dia selalu perlu nasihat, ceramah kau
Selalu dia perlukan perlindungan, selalu dia perlukan sayang, perhatian kau,
Kau kena besarkan hati, kau kena lagi matang
Guna dua tangan kau tu untuk berkhidmat
Guna mulut dan pelukan kau untuk tidak menyakiti

Perempuan ni, paling dasyat
Dia banyak cakap dia nak kau faham 
Walaupun dia kadang-kadang tak faham kau pun
Dia bajet-bajet pendam semua benda takmo cakap apa dia nak
Dia punya cara berfikir tak sesimple kau

Lelaki yang keliling aku tak kira member ke adik beradik ke
Banyak yang aku azankan, walaupun tu benda kecik,
"Kau kena cuba jadi hero untuk perempuan kau dalam semua benda, bukan pilih-pilih"
"Kau buat apa like gambar perempuan yang takda kaitan dengan kau, like kau tu mahal kot, apa lagi diri kau"
"Kau tak boleh tengok je perempuan angkat benda berat"
"Kau tak perlu kot clingy sangat. Kau kena ada ego as lelaki"
"Kau kena bertahan sikit, belajar matang, perempuan memang banyak ragam"

Aku tahu, banyak benda juga aku nak kena pesan kat perempuan sama
"Perempuan kadang-kadang perlu beri peluang lelaki memimpin, lelaki melindungi"
"Ada masa, perempuan kena support lelaki pada masa jiwanya tak kuat"
"Perempuan tak boleh berkira tentang duit pada tempat tertentu"
"Perempuan perlu hebat cara tackle, cara bercakap dengan lelaki"
dan banyak lagi sebenarnya. Nanti bila-bila aku cerita lak pasal perempuan.

Tiba-tiba dah panjang, sorry
Aku tutup dulu lah takat ni. Aku tak harap lebih pun dari kaum tak sejantina
Cukup, mereka tahu kami mahu kamu tahu ini semua 
Aku harap perempuan kat luar dan aku sekali, selepas ini
Lebih dewasa untuk mendidik diri dan mendidik lelaki di sekeliling
Kerana aku bimbang sekali sekiranya keadaan ini berterusan.
Kerana kita selamanya saling memerlukan dan melengkapkan
Bye :")
Image result for women and man


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
An-Nisa : 34

Yang tak feminist,
Mukminah Aqilah

Ahad, 12 Februari 2017

2017

2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Di saat Mukminah Aqilah menulis ini, beliau berada di Hawaii University Manoa Campus di Honolulu, US.

Mukminah Aqilah ketika ini menghadapi masalah henfonnya rosak. Dia expect henfonnya boleh berbudi lama kepadanya, rupanya tega curang hilang function peneman setia.

Jadi seketul Mukminah Aqilah ini kembali kepada laptopnya yang sudah lama dicurangi.
Cuma guna untuk buat report. Dan kadang-kadang facebook.

2017. Tahun ini dia sudah menjangkau 22 tahun.

Aqilah yang comot tudung senget, sengih gigi arnab besar dua batang, kena gunting tudung dengan anak gpk tanpa sebab, baju oren dengan supering, terjun kolam dengan huda balik sekolah sampai mata merah-merah, berdiri kat depan kelas kafa ustazah denda datang lambat sebab tengok sinetron petang-petang, ambil temuduga Mahad Tahfiz Tanjung Lumpur 2007 tapi tak lepas sebab lembab dan kuat berangan waktu hafal quran, kaki retak sehari sebelum trial UPSR sebab latihan taekwondo, muka separuh rentung kena minyak panas waktu masak ikan, makan nasi-kampar sambil tunggu ayah ambil kemudian tidur kat meja kedai tu, merempit hari-hari lumba motor pagi-pagi dengan guru kelas otw pergi sekolah, yang bersahabat baik dengan fatini nadzurah dan wardatul adni di Kulliah Al Lughah Waddin , Pekan, dan yang pernah memasang impian nak belajar kat Australia sebab crush  kat Mat Lutfi dan Anwar Hadi suatu ketika dahulu .

Aqilah yang sekarang tiba-tiba dah dapat result SPM cemerlang rezeki Allah bagi, sampai Jepun 2 tahun belajar ekonomi, dah pakai shawl, dah ada lesen kereta Malaysia dan Jepun, dah besaq berat area-area 60kg, dah sampai Korea dan US, dan buat part time kerja petang sampai pagi esoknya, dah pandai susun ayat bunga-bunga dan dah jadi pemalas menulis pun, dah banyak kenal anak usrah dan orang orang begitu dan begini, dan ada watak sendiri yang kelakar tapi hambar, yang baik tapi mengarut, dah makin biasa jauh dengan family dan selalu macam dilupai :'(, dah pandai stalk penulis kegemaran diary introvert, dah makin biasa dengan berita member kahwin beranak pinak, dah mengikat janjinya untuk bersama jemaah yang memperjuangkan Islam hidup matinya untuk Islam, dan akhir sekali dah takde masalah nak broken kan japanese dan english ;d

Walaupun Aqilah ini masih gagap dalam pengucapan awam, masih tak hafal juzuk 30 surah Assaf Al Munafiqun dan Al Jumaah,  crush ramai dah kena rembat dan kahwin, masih tak makeup-makeup walopun insecure ramai senior junior dan member-member cantik-cantik, banyak typo waktu type mesej tapi jishin manman, masih berhutang banyak dan tak stabil lagi kewangan, masih berusaha jadi makin baik hari ke hari, masih dan masih

Dan Aqilah dah menginjak 22 tahun.

Banyak perkara dah tercapai, banyak jugak  masih sedang berusaha dan banyak juga tak mampu pun dicapai.

Seorang Aqilah masih sedang cuba mencintai dirinya sebelum mampu mencintai kamu :p Aqilah ini jiwanya besar, tapi hatinya selalu tidak stabil. Aqilah ini masih banyak perlu belajar dan teroka, perlu baiki dan usaha.

Jadi akhirnya, untuk Aqilah yang sudah 22, tahun ini kamu akan punya banyak amanah dan visi.
Maka jangan putus asa dengan rahmat Allah selagi kamu itu bersnyawa

Rabu, 30 November 2016

Kisah 3 Pagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari itu Sarieyah dan teman-teman ada program,
Mereka perlu bermalam untuk sehari.
Mereka pilih bentang futon (baca : tilam)
dan tidur ramai-ramai di ruang luas
Lebih luas kasih sayang katanya.

"Hey esok kejut tau siapa bangun awal,

Rabu, 9 November 2016

経済史 :重商主義のまとめ (その1)

経済史 :Economic History
重商主義 :Mercantilism

  • 「経済」の定義:人間と自然との物質代謝
Maksud ekonomi : Hubungan metabolisma antara manusia dengan alam sekitar.
*Metabolism : the chemical processes that occur within a living organism to maintain life.

  • 商品経済(市場経済)と資本主義経済の相違点
資本主義経済以前の商品経済(市場経済)は主として流通過程における価格差を利用したものであり、商人資本や金貨資本によって担われていた。

Ahad, 30 Oktober 2016

Ambil Kesempatan

Bismillahirrahmanirrahim. 

Dosa dan kita . Tak pernah nak berpisah. 
Kalau dah jadi kawan karib, kita jadi jauh dengan Allah. 

Allah bagi keletihan, untuk berehat. 
Untuk kembali lebih dekat kepada Allah, 
Selepas itu. 

Kadang saya selalu mengambil kesempatan ke atas nikmat rehat. 
Rasa diri layak untuk rehat lama-lama 
Kerana kepenatan semalam untuk Allah katanya. 

Celakanya saya 
Sanggup mengimpi kerehatan dunia 
Lupa tanggungjawab untuk akhirat. 

Mereka bilang, beri masa untukmu bernafas, 
Supaya perjalanan selepas ini lebih laju. 
Tapi saya salah tafsir atau sengaja salah
Saya berehat untuk nafsu, bukan kerana Allah. 

Maafkan saya lagi, wahai Allah. 
Saya malu sangat. 

Isnin, 17 Oktober 2016

Perantau

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam diam aku di sini
Dalam ratapan dalam aku bersuara

Rasa makin jauh daripada diri aku yang dahulu
Rasa aku hidup dalam diri yang baru

Diri baru yang amat aku benci
Aku jadi sukar berani menjadi diri sendiri