Langkau ke kandungan utama

Semuanya Baik-Baik

Hari yang berlalu serasa laju benar berlarinya 
Tiba-tiba sahaja kita menjadi insan yang sedekat ini hatinya
Biar jasad kita berpisah jauh merentas lautan 
Tapi entah mengapa saya rasa kita boleh melakukan ini bersama 

Kerana awak yang di sana 
Payah benar menghilangkannya dari ingatan 
Semua matahari pagi saya terlukis awak 
Semua senja merah saya dironai awak

Maka demikian hari-hari yang kita lewati 
Menjadi penantian yang penuh debaran 
Kerana kita ini mungkin ditakdir Tuhan 
Tidak akan berpisahnya sampai syurga 

Maka mengenal awak satu pilihan dan anugerah paling besar 
Menyakiti awak menjadi larangan keras  
Senyuman awak itu memancarkan seluruh cahaya semesta saya 
Semua puisi-puisi awak segar terus dalam rima memori saya
Kerana hidupnya bugar buat saya menatapnya hampir setiap hari 
Sebagai penyembuh kerinduan 
Yang hadirnya diam-diam tapi dasyat nian

Saya termangunya tanpa izin beberapa kejap
Pilihan yang dibuat oleh Tuhan kepada saya kali ini 
Suatu keindahan yang mungkin tak berpengganti 
Sehingga saya tidak mahu diakhiri walau sekali sampai bila-bila 

Terima kasih lagi dan lagi kepada Tuhan awak 
Yang menciptakan sebuah keindahan seperti awak itu
Moga semuanya baik-baik untuk kita
InshaAllah, semuanya baik-baik untuk kita. 












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.