Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Setenangnya Saya

Apabila saya memikirkan kerisauan-kerisauan  Seperti kacaunya jiwa sang perindu  Seperti sedihnya Zainuddin walaupun kemudiannya mendendami  Seperti menyentak kisah yang tak bisa lagi diubah  Kisah semalam yang wujud tempatnya sendiri  Maka saya terus hilang diri sendiri Kelam dan kesal. Ribut dan serabut. Hiris dan tangis. 'Dimanja' dengan ujian begini kadang-kadang buat saya mempersoal Dalam lemah dan sunyinya saya yang begini  Menuntut dan memperalat 'saya manusia biasa sahaja' Namun menyedari satu : kerana saya cuma manusia biasalah Saya bermimpi indah Tuhan tidak letih dengan saya  Tidak putus asa memberi seribu ribu belas dan rindu  Untuk saya kembali tenang dan dekat Setenangnya saya  Apabila saya melepaskan bulat-bulat  Apa yang telah dan akan kepada yang berhak  Yang Maha Mencatur, Maha Mengasihani dan Baik Menyayangi diri sendiri Menyayangi masa depan  Sebenarnya jauh lagi munasabah  Ya Baari', Engkaulah pereka pelan paling agung  Ya Rahman, Engkaulah penc