Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Saatnya Di Atas

Pada saat kita berada di puncak Serasa semua yang kepingin telahpun diraih  Meniti hari kenyang dek senyum dan tawa Di sisi sekelingkungan yang inklusifnya kebaikan  Ketahuilah diri,  Ketika ini Tuhan sedang memerhati memeduli Sekadar mana hakikatnya sebuah syukur  Bila pengharapan ambisi diperkenan Bila doa-doa diijabat Tuhan al Muhsin Ketahuilah diri,  Jangan dialpa mereka yang ketika ini tidak sepertimu Pada mereka juga ada penghidupan dan jauh berkah  Dekat dengan Tuhan dan berhati polos Kerana bukan material dan buana fana yang menyenangkannya  Duhai diri,  Moga hatimu tidak terbuai lalai Moga dirimu selalu ingat berjaga berawas Moga ibadahmu tak cetek terbatas Moga kedekatanmu dengn Allah tak berpenghujung. Beringatlah selalu bahawa ujian Tuhan itu bukan pada bentuk kepahitan sahaja Kerana dunia ini tetaplah menjadi tempat berseteru Antara diri dengan licik nafsu  Tiadanya yang kekal lama apa yang digenggam Selepas ini roda penghidupan akan berputar jua Jadi, tak perlu selesa dan