Rabu, 18 Januari 2012

Sakit

Bismillahirrahmanirrohim.
Ya Allah, jadikanlah penulisan ku ini satu ibadah kepadaMu. Golongkan aku bersama orang-orang yang ikhlas. Selawat dan salam ke atas nabi yang baik hati lagilah mulia dan aku mengaku, aku salah seorang pemiutang nya, selawat dan salam ke atas baginda, Nabi Muhammad S.A.W keluarganya sahabat sahabat tabi' tabi'in dan sekaliannya.

Kali ini aku mahu berkongsi rasa, Sedang aku tersenyum dalam menahan air mata. Kamu mahu tahu? Sakit itu sangatlah osem. Sakit itu begitu baiik untuk kita :)

Sakit membuat kita merintih dalam hati, menjerit sekuat-kuatnya melalui corong hati, mengadu kepada Dia , kita sedang melalui keperitan. Sakit itu mendidik kita kenal Tuhan. Menyulam benih-benih rahmat Allah kepada kita. Allah yang Maha Mengetahui itu sangat Maha Mengasihani. Allah tu sayang sangat kat kita. Tak kan dia tak kasihan kat kita. Sedang kamu merindih pedih itu, ingatlah bahawa rasa sakit inilah yang menebus dosa-dosa mu selama ini yang terlalu banyak. Dia Maha Baik. Maha Pemberi. Dia beri peluang kita buang dosa sedikit demi sedikit melalui rasa perit ini. Dosa kita ni banyak kan? Dah tentu! Apalah sangat rasa sakit ini jika dibanding dengan dosa-dosa kita yang terkumpul dalam tempoh berapa lama kita bernafas ni.

Bertahanlah! Bersyukurlah! Dia mengetahui yang terbaik. Dia tahu kita perlu rasakan keperitan itu. Itu yang terbaik. Siapa kita untuk menidakkan? Dia tak sekali mahu menghukum kita. tapi kerana rahmatnya terlalu luas. Kita sering meminta diampunkan dosa, namun kita tetap tak serik melakukan apa yang dilarangNya, Bisakah dosa kita diampunkan terus-menerus? Nah.. Sakit lah satu wasilah Allah menunjukkan rasa sayangnya kepada kita . Jelas Dia tahu natijahnya. Jadi jangan bermuram wahai hati.

Kita selama ini punyai kesihatan , tubuh badan yang sempurna. Sangat sempurna, namun, pernahkah kita tanya diri kita, sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada? Syukur itu bukan hanya lafaz di mulut. Tapi juga satu pembuktian. Bersyukurkah kita dengan nikmatNya jika solat tahajud amat liat kita kerjakan? Allah itu mahu ajar kita erti bersyukur dengan wasilah rasa keperitan ketika sakit ini. Sukar untuk beribadah membuat kita terfikir, sewaktu kita sihat sekhusyuk mana kita solat? Sejauh mana kita selalu mengingati Dia? Nyata satu kesimpulan, Dia Yang Terlalu Cool itu mahu membimbing kita. Mahu kita selalu ingat kepadanya. Mahu mendampingi kita selalu. Mahu kita dekat kepadaNya. Ya Allah, sungguh Engkau lah Yang Terlalu Luas Pengampunannya.

Menangis menghadapi ujian ini? Wahai insan, sedarlah Allah sudah memberi ubat kesedihan buatmu dengan kalamnya yang memahami kita selalu :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(al-`Ankabut : 2-3)

“Dan sesungguhnya Kami akan berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:

“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.”

Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)





Dia maha memahami. jangan gundah wahai hati, saat kau berteriak keseorangan tanpa seorang pun memahamimu, pasakkan dalam-dalam pada akar jiwa dan imanmu. Dia itu pemberi yang setimpal. Tanamlah kata-kata bahawa " moga-moga dengan kesakitan ini , Allah sudi mengampuni dosa-dosaku yang terlalu banyak ' :) Jadi? Jangan bersedih lagi. Hidupkan hidupmu dengan rasa kehambaan padaNya. 


Kadang ada insan yang sudi menjenguk lubuk perasaan kita, mungkin dari sisi seorang teman atau keluarga. Ya benar kita tak dapat memendamnya keseorangan. Namun yakinlah , Dialah tempat mengadu yang paling tepat. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. dan hanya Dia yang bisa membantu diri ini. Memang tak salah berkongsi rasa dengan sahabat atau keluarga, namun sedalam mana mereka memahami kita , rasa sakit itu tetap Dia yang kurangkan. Ya, memang mereka boleh merasakan keperitan yang sama selepas kita meluahkan kerana ukhwah yang osem , mungkin dapat mendoakan kita atas nama seorang yang sangat menyayangi kita, namun, semua itu pasti akan lebih hebat jika Dia yang menjadi tempat kita berkongsi. Kita tidak menyusahkan sahabat untuk memikirkan kita kerana mereka juga punyai masalah sendiri, kita juga lapang bersahabat dengan mereka seperti kita dalam keadaan sihat, tanpa ada rasa simpati mereka, tanpa ada kehilangan tawa ceria bersama. 


Ya semua orang ada cara mereka. Dan di atas cara aku. aku sayang persaudaraan ini, kerana itu aku tak mahu mengadu. Aku tak mahu kamu susah hati kerana aku, cukuplah aku telah banyak menyusahkan kamu selama ini. Aku sangat menyayangimu, kerana itu aku tak mahu kamu terpalit sama dalam jeritan rasa pedihku ini. Cukuplah, aku bahagia bersama kamu tika senang dan susah selama ini, kamu terlalu banyak membantu aku, menyokong aku, jadi tak perlu lagi aku menambah beban kamu. Aku tak mahu kehilangan tawa ceria ini, aku tak mahu kehilangan rasa bahagia ketika bersama kamu, aku tak mahu kehilangan penghibur aku, jadi aku mengambil keputusan ini. Jangan kamu merisaukan ku, cukup kamu melayani aku seperti aku sebelum ini. Aku yang tak lokek sengih kerana kamu. Aku bahagia kerana adanya kamu. Yang mendoakan aku sentiasa dalam redhaNya. Yang cukup memahami telatahku. Dan aku tak mahu kita bersaudara dengan baik atas rasa belas kasihanmu. Cukup Allah jadi saksi penulisanku. Moga kamu memahami. Tidak sekarang, mungkin masa hadapan. Maafkan segala khilafku.


Ahad, 8 Januari 2012

Cerita 2011 : Episod 1

Bismillahhirrahmannirrahim.Allhummasollia'lasaidinamuhammad waa'laalihuwasohbihiwasallim. Sungguh. aku sedang mencari mood menulis. Sangat tidak rajin kebelakangan ini.

Post tahun baru kah? Boleh tak aku nak cerita pasal 2011? Tak boleh? Nak jugak!

2011.
Tahun yang banyak jugak kasi aku pengajaran dan pembelajaran.
Banyak cerita apda tahun ni. Seronok , tak berapa seronok , sedih dan tak berapa sedih.

Peristiwa dalam memori 1 :
Kelas 4 bukhori. Kelas budak akaun. Sangatlah diluar jangkaan hayat bila aku duduk dikerusi 4b itu.Segala impian yang aku bina ranap. Hancur. Kecewa. (ayat aku memang sastera kan). Sebelum ni, daripada Form1 aku nak ambil sains oke. Aku nak jadi doktor kot. *sedang tebalkan muka. Tapi parents aku cakap itu bukan yang terbaik bilamana result PMR aku cuma 8A. Yelah aku mengaku waktu sebelum dan semasa PMR tu aku buat banyak perkara jahat, memang Dia nak tebus lah tu. Dah-dah takmau ingat. Cukup aku, dia dan Dia yang tahu. Nanti luka lama berdarah kembali. Aku takmau ulang perkara yang sama dah. Enough.

Tapi sebenarnya memang benar Dia nak kasi aku pelangi kat kelas Bukhori ni.Aku diajar olehNya macam-macam perkara kat sini:
  • diajar bersabar berpisah dengan teman-teman yang dah stay 3 tahun dengan dorang
  • diajar jumpa kawan baru yang mula-mula nampak macam takboleh masuk dengan aku je
  • diajar kenal orang tak semestinya kena stay lama dengan dorang. kenal orang means kita faham mereka.
  • diajar atasi rasa awkward dengan orang baru
  • diajar hias kelas lawa-lawa untuk fight anugerah kelas paling cute *lalala
  • diajar buat jamuan yang sangatlah mantap
  • diajar rasa bersyukur bila fikir, subjek yang aku ambil tak berat sangat macam kelas sains
  • diajar rasa bersyukur sebab boleh datang hari-hari ke sekolah tanpa ada masalah keluarga dan kesihatan macam dua orang classmate aku
  • diajar bila berkawan tu tak semestinya kena together2 selalu dengan seorang sahaja, tapi semua kita kawan :)
  • diajar rasa malu bila kena berdiri kat depan tak dapat jawab nahu
  • diajar melayan kerenah member-member yang pelbagai kepala.
  • Weena dengan kpopnya, Balqis dengan ImammudaMujahidnya, Fatimah donlodsemua videomatlutfinya, Yana selalu balut magazine kpop(takut kena cekau dengan Mr.pengawas) nak kasi kat orang yang tempah, Hafizah dengan cerita abangabangnya, Nadiah asyik mempertahankan kehidupan di asrama sangat best, dan macam-macam kepala lagi yang buat aku sengih hari-hari.

Banyak lagi kenangan suka duka kat kelas ni yang sengaja aku rakamkan. May be suatu hari nanti aku tengok balik :) May be jugak akan jadi in-memory bila aku dah takda suatu hai nanti. winkwink. Trimas wahai 4bukhori!

Peristiwa dalam memori 2:
AJK Biro Usrah Badan Dakwah. Serius aku rasa agak tergamam, (wah, kelas ayat kau) Oke. Siapalah diri ini, aku rasa takda orang lain dah kot.(member aku cakap kita kena selalu husnuzhon)
Tapi ianya sangat mantap lah bila aku
  • belajar datang mesyuarat yang selalu diberitahu last minit,
  • belajar pegang tanggungjawab sebagai naqibah walaupun muka aku stok boleh-caya-ke,
  • belajar bersabar bila adik usrah aku dua persepuluh je yang datang,
  • belajar share pengalaman dengan nuqaba' lain dalam post-mortem
  • belajar buat muka baik bila dan tak bersalah bila mesyuarat walaupun akhirnya kena bagi pendapat jugak,
  • belajar jadi unit protokol bila ada program BADIB (kenapa baru aku rasa macam aku pegang amanah besar je?)
  • belajar buat modul untuk adik-adik walaupun sebelum ni aku yang "dimodulkan"
  • belajar cemana jadinya kalau tak jaga hati bila pegang amanah
  • belajar cemana nak membeta menghadapi orang atasan
  • belajar sakitnya bila tak dihargai
  • belajar jadi teguh bila rasa diri tak dipeduli
  • belajar betapa indahnya ukhuwah yang disemai bersama
  • belajar berkongsi rasa dengan sahabat terhebat.
  • belajar tolong abang buat planner tresssure hunt,dan ucapan untuk magazine BADIB. (sorylah cik abang, ini pengalaman aku)
Dan belajar segala bagai lagi. Serius aku sangatlah menghargai pengalaman ini. Akan dirindui selalu. Badib, maaf, saya tersayang anda. :')
Peristiwa dalam memori 3:
Pengawas. Oke MT pengawas sebagai ceti comel. *takperlu lah nak buat2 muntah kan. segala suka duka pengawas ni aku dah cerita kat sini

Kem pengawas tahun 2011 dekat Janda Baik. (kenapa mesti sangat lama ambil masa baru aku ingat nama tempat ni) Not Bad lah kem tu. Then aku belajar jugak mesyuarat pengawas. Wey , series waktu aku jadi orang bawahan, aku rasa eh hapelah MT , tak buat itu tak buat ini, sepatutnya camni, bukan camtu , dan blablabla. Sekali dapat sedepuk (oi ada ke kosa kata ni) sebijik atas kepala. Amekaw! Memang Dia suka bagi aku pengajaran kan.
Waktu Hari Guru kena jadi MC. Mr. Chairperson. Oh My God. Memang aku buat muka yakin waktu kena pegang menda ni. Then, lepas berlangsungnya hari guru tersebut, aku trauma dah nak jadi MC untuk majlis cenggitu. Aksi aku sungguh tak cool oh~Namun pengalaman pegang mic sangat beharga walaupun aku rasa nak buat mic tu jadi lempeng je kerana perangai nya yang hampeh. On off semedang, siapalah aku untuk bertahan kerananya. =.='
Oleh kerana dah magrib, nanti aku sambung lagi. Malas lah nak save. Tak update-update lah gayanya, winkwink. Gambaq nantilah aku edit  :)
Cau! Assalamualaikum




Selasa, 3 Januari 2012

Tenanglah wahai jiwa

Tenanglah wahai jiwa.
Perhatikan.

Diriku
Kamu itu tidak sehebat mana
Bukan tak boleh berbangga dengannya
Namun tegakah kamu senang berbangga jika ada yang terluka keranamu

Diriku
Ya, kamu punya kelebihan
Tapi kamu bongkak, sombong
Jahat sekali terhadap mereka
Buat mereka terpaksa mengahadiah senyuman palsu

Diriku, 
Kamu selama ini selalu mementingkan diri
Tak rasa bersalah bila bersalah
Sentiasa rasa betul walaupun tak betul

Diriku
Sedarlah
Mencintai dunia itu satu penyakit
Penyakit.
Senangnya kamu dengan penyakit itu

Diriku
Jangan begitu
Dia itu Maha Memerhati
Memerhati hati-hati kamu dan mereka
Dengan penuh hati-hati dan tulus

Jahat
Kamu jahat sekali
Sanggup ikuti rasa 
Terus senang langgar batasan Dia

Dia itu ada
Sentiasa ada
Jangan begini diri
Bermujahadahlah

Sedikit sahaja lagi masa kamu
Sedikit sahaja.
Gunakanlah sebagai hamba
Well or hell?

Tuhan peliharalah aku dan mereka.