Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Bintang Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim. Ramadan kareem. (tanpa rasa bersalah walaupun sudah malam ke 20) Puasaku di tempat orang ini jangan dibicara tentang sama. Puasa kali ini jauh dari orang kejut bangun sahur, jauh dari lawan tahajud dengan adik beradik, jauh dari makan sedapsedap ibu masak bila waktu berbuka. Allah itu tak pernah mahu meninggalkan aku sendirian. Allah itu super baiknya hilang bicara hilang kata mahu diterjemah, Allah itu terlalu gah dan idola dalam merencana. Siapa pernah fikir 2015 aku puasa tanpa teman. Namun kerana Allah bertanggungjawab merencana, maka dia hadiahkan rahmat dan kebaikan. Semasa tiba disini, kerana di tempat ini muslimnya 0.0000001 peratus, (mungkin lebih banyak bilnagn kosong itu?)maka tiada siapa mahu bicara pasal solatku, pasal auratku apatah lagi puasaku, (Selain awak tak panas ke pakai tu, betulkan orang yang awak sayang je boleh tengok rambut awak,saya nak jadi orang tu? , menyusahkan doe! etc. boleh buat post baru kot pasal bab ini sahaja tett