Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2023

Belakangan Ini

Assalamualaikum wahai blog.  Maafkan saya kerana selalu gagal mencari waktu menitipkan tinta.  Belakangan ini berhasrat saya jujurkan.  Bahawasanya saya rasa sangat aman dan semara. Dengan kedudukan tugas pekerja dan khidmat di rumah. Dengan suami, anak, ibu bapa dan mertua.  Saya rasa Allah terlampau elok kepada saya Memilih saya menyuapkan banyak lebih pada detik ini. Meski saya tahu setiap sesuatu pasti ada kesudahan,  Tetapi ingin saya rakam denyut kemujuran. Supaya nantinya bila saya di bawah nestapa, Saya tahu menyukuri Bahawa Tuhan pernah membela saya dengan baik begini. Mungkin banyak unsurnya. Dengan resmi, lebih dan kurang saya yang begini,  Menjadikan saya tegar memilih memandang yang molek-molek sahaja Adakalanya banyak juga yang serasa mahu namun masih tak mampu,  Namun tidaklah menjadikan saya dudukkan ia punca perihal utama Untuk bermuram durja melupakan apa yang sudah di tangan Bila difikir.  Saya suka Tuhan meletakkan saya di sini sekarang.  Saya tulus mensyukuri k