Rabu, 28 Mac 2012

Penulisan itu hidup.

Bismillahhirrahmannirrahim. Salam sejahtera. Allahummasollia'lamuhammadwaa'laalihiwasahbihiajmainn. Tuhan, jadikan setiap kali jariku menekan punat-punat kecil ini sebagai satu ibadah kepadamu.


Kebelakangan ini sudah lama aku meninggalkan ruang ini. Sepatutnya kalau mengikut protokol esok exam pqs dan kena tasmik ar-rum, aku tak boleh mencoret di ruang ini. Tapi aku pun tak tahu mengapa, waktu terdesak merupakan waktu paling bagus untuk aku bermesra dengan keyboard. Mungkin deras hati ini sederas tarian jariku di keyboard.

Kebelakangan ini, aku sukar memahami diri. Aku sukar mencari diri. Aku tenggelam dalam identiti hakiki. Rasa itu hadir melambai membelai  hati supaya mengharap sesuatu yang tidak ketahuan. Keliru. Aku tersepit antara kehendak diri, persekitaran dan cinta utama. Kosong. Aku tanpa Dia rasa gelap sekali. Diri ini rasa di awangan. Terbang lolos tanpa ikatan Dia.

Mengapa? Kerana Dia jauh. Hilang. Kusam. Aku tidak mencari kerana lalai. Aku rela melepaskan tanpa sedar. Menyesal? Sudah pasti. Jadi aku menulis untuk mengurai maksud di jiwa. Penulisan itu lebih daripada jari dan pena sahaja. Penulisan itu bisa mencari semula yang lenyap. Penulisan itu pada hakikatnya banyak sekali membantu aku mengenali hati sendiri. Kerana, apa yang ditulis itulah menggambarkan apa yang ada di jiwa. Senyum.

Kini, diri ini bangkit. Tak menyesal aku menimba ilmu penulisan ini. Dengan menulis aku bisa membina kekuatan diri. Dengannya, aku bisa mengembalikan kejituan paradigma insani. Aku bisa tersenyum mengukir mimpi-mimpi yang indah sekali melalui penulisan. Mengurai segala kekosongan. Merobek kesunyian tanpa Dia. Mencanai semangat untuk hidup dengan gembira. Memproksikan penulisan sebagai mediam topup pahala adalah sesuatu yang boleh membantu aku di sana. Aku mati bila-bila, tetapi penulisan itu hidup :)
 
 
 
Kamu dan aku mungkin berbeza, kamu suka membaca, aku suka menulis, kamu suka menyanyi aku suka menghayati, kamu suka bercakap, aku suka mengkritik, kamu suka melihat, aku suka menilai, kamu suka mencari, aku suka menjadi, kamu suka memperolehi, aku suka memberi, kamu suka yang indah, aku suka memperindahkan, kamu suka bahagia, aku suka berhati-hati,kamu tidak suka menangis, aku suka menghapus air mata. Cukup.

Kerana dunia kita berbeza. Maka tenanglah. Berehatlah untuk menyayangi diri. 

Selasa, 13 Mac 2012

Renyah

Dengan nama Dia aku menulis, Tuhan, limpahkan aku keredhaanMu untukku terus tega mengorak langkah luas dalam kehidupan seharianku.
Air mata ini merembes tanda kerdilnya aku dengan cobaan Dia. Saksi betapa aku hati terkoyak kerana menghampakan insan yang telah banyak membantu. Aku tak pernah minta untuk jadi begini. Keraaa pentingkan diri, aku emosi. Kerana tertekan dengan keadaan sekeliling, aku marah-marah. Tanpa memikirkan janji-janjiNya aku lemas menyakiti insan itu.

Memikirkan bebanan ini aku selalu kecewa. Ya! aku bukan yang terbaik untuk berada di tempat ini. Aku kecil. Nampak aku ketawa, namun tersembunyi tangisan yang paling dalam. Nampak sahaja aku kuat untuk memberi arahan, namun aku sebenarnya cuba membina diri. Aku sayangkan jemaah ini. Terlalu. Aku mahu sekali lihat jemaah ini bahagia. Namun sirna melebihi sinar. Aku tak pinta begini Tuhan

Sebelum ini aku mendamba kebaikan untuk dikecapi semua. Namun, Dia tak beri apa yang kita mahu, Dia beri apa yang kita perlu. Tangis, sedih , duka , kecewa bergabung meletuskan satu impak negatif kepada jemaah. Tak dapat memberi dan menerima satu kelemahan yang sukar dibaiki. Persoalan yang paling besar untuk dirungkai " MASALAH HATI".

Masalah kedua. "PENTINGKAN DIRI". Kerana peribadi, jemaah jadi mangsa. Aku selalu sebut . Mereka kata aku suka menyakiti. Sayang, aku bukan menyakiti tetapi sangat berharap untuk membaiki. Kerana kita perlu membaiki jemaah ini. Dan perlu bermula daripada diri sendiri. Kau sakit? Aku seribu kali lebih sakit. Ucapan ini sudah cukup menggambar KITA PENTINGKAN DIRI. Aku tak kuat untuk semua ini. Jadi siapa yang kuat?

Kosong . Aku sayangkan jemaah ini. Namun beban lain sentiasa memerhati. Mencemburui dan mengheret aku kepada satu keadaan . RENYAH.  Aku perlu exam, aku perlu berdisiplin aku perlu menjaga serba-serbi. Beban ini menuntut aku tidak mengikut hati sendiri. Ya. aku sangat lemah untuk semua ini. Aku meluah bukan untuk memuaskan hati sendiri jauh sekali untuk mohon dipuji, tetapi aku ingin sekali membimbing kamu, generasi baru. Memberi pengajaran. Aku bertekad seratus peratus, batch bawah aku takkan jadi macam batch aku. InshaAllah. :')

Mengapa pesimis? Mengapa tidak positif? Aku sudah cuba, namun gagal berkali-kali. Buat aku serik. Buat aku sentiasa cuba hipokrit tersenyum dalam kebencian. Sedang aku mencuba menerima seadanya. Aku tak kuat jika Dia tidak menghampiri. Aku lemas sendirian jika Dia tidak simpati. Entah bila akan berakhir. Pastinya di tangan Dia.

"kalau kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu " Perlu yakin.