Rabu, 28 Mac 2012

Penulisan itu hidup.

Bismillahhirrahmannirrahim. Salam sejahtera. Allahummasollia'lamuhammadwaa'laalihiwasahbihiajmainn. Tuhan, jadikan setiap kali jariku menekan punat-punat kecil ini sebagai satu ibadah kepadamu.


Kebelakangan ini sudah lama aku meninggalkan ruang ini. Sepatutnya kalau mengikut protokol esok exam pqs dan kena tasmik ar-rum, aku tak boleh mencoret di ruang ini. Tapi aku pun tak tahu mengapa, waktu terdesak merupakan waktu paling bagus untuk aku bermesra dengan keyboard. Mungkin deras hati ini sederas tarian jariku di keyboard.

Kebelakangan ini, aku sukar memahami diri. Aku sukar mencari diri. Aku tenggelam dalam identiti hakiki. Rasa itu hadir melambai membelai  hati supaya mengharap sesuatu yang tidak ketahuan. Keliru. Aku tersepit antara kehendak diri, persekitaran dan cinta utama. Kosong. Aku tanpa Dia rasa gelap sekali. Diri ini rasa di awangan. Terbang lolos tanpa ikatan Dia.

Mengapa? Kerana Dia jauh. Hilang. Kusam. Aku tidak mencari kerana lalai. Aku rela melepaskan tanpa sedar. Menyesal? Sudah pasti. Jadi aku menulis untuk mengurai maksud di jiwa. Penulisan itu lebih daripada jari dan pena sahaja. Penulisan itu bisa mencari semula yang lenyap. Penulisan itu pada hakikatnya banyak sekali membantu aku mengenali hati sendiri. Kerana, apa yang ditulis itulah menggambarkan apa yang ada di jiwa. Senyum.

Kini, diri ini bangkit. Tak menyesal aku menimba ilmu penulisan ini. Dengan menulis aku bisa membina kekuatan diri. Dengannya, aku bisa mengembalikan kejituan paradigma insani. Aku bisa tersenyum mengukir mimpi-mimpi yang indah sekali melalui penulisan. Mengurai segala kekosongan. Merobek kesunyian tanpa Dia. Mencanai semangat untuk hidup dengan gembira. Memproksikan penulisan sebagai mediam topup pahala adalah sesuatu yang boleh membantu aku di sana. Aku mati bila-bila, tetapi penulisan itu hidup :)
 
 
 
Kamu dan aku mungkin berbeza, kamu suka membaca, aku suka menulis, kamu suka menyanyi aku suka menghayati, kamu suka bercakap, aku suka mengkritik, kamu suka melihat, aku suka menilai, kamu suka mencari, aku suka menjadi, kamu suka memperolehi, aku suka memberi, kamu suka yang indah, aku suka memperindahkan, kamu suka bahagia, aku suka berhati-hati,kamu tidak suka menangis, aku suka menghapus air mata. Cukup.

Kerana dunia kita berbeza. Maka tenanglah. Berehatlah untuk menyayangi diri. 

1 ulasan:

  1. sayangi diri, hiasi peribadi, insyaallah ramai yang suka :D

    BalasPadam

kumen2