Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Aku Juga Rindu

Semoganya Tuhan menjadi saksi  Betapa kitalah insan yang tidak mahu lagi  Mencari dan menjadi cinta sia-sia  Semoganya Tuhan menjadi saksi  Kita bertaruh hebat melawan rasa  Supaya perjalanan panjang selepas ini tak ternoda  Kerana kita sama-samanya mengerti  Bukan waktunya lagi  Semoganya Tuhan menjadi saksi  Setiap bait dan lirih  Tidak mahu menanggung dan menangguh lagi  Kerana kali ini rasa yang datang  Nyamannya nian, debarnya tak terucap  Semoganya Tuhan menjadi saksi  Aku juga rindu. Semoganya Tuhan menjadi saksi Dan menjaga kamu, doa-doamu dan perasaanmu baik-baik Erat-erat, dekat dan selalu dalam dakapanNya  Benar, aku juga rindu. 

Memaafkan

Dengarkan suara paling besar ingin saya jeritkan  Biar semua di arena hijau mahupun biru buka mata seluas-luas Biar matahari jadi kaget lantas merubah waktu Biar yang di dalam ini selesai satu persatu  Biar saya dan kita lebih lega lebih selesa  "Dalam putus cinta, tiada pihak yang menang, teman!" Anda tak pernah rasa sesulit yang diamuk Andai bukan anda yang di situ.  Apa yang anda mahu suatu ketika itu, belakang harinya anda tidak bisa beroleh Ngilu dan lara cukup buat anda serik sekali Ibarat merosot dalam lembah khali Gelap tanpa ada rasa sedap sezarahpun Dan sampai sampai, anda rasa terlalu murahnya apa yang telah diserah  Untuk kali ini juga andalah insan paling zero untungnya  Kerana di tangan anda cuma ada luka cedera  Entah bilanya ia mahu pulih mungkin ia sendiri tidak mahu  Lebih lagi bila anda memerhati dia yang seperti tiada apa sakitnya  Seperti satu pelepasan yang lama dinanti Seperti satu gembira yang tertangguh lama  Dia gembira dan anda mangsanya  Ah! Celaka