Langkau ke kandungan utama

Memaafkan

Dengarkan suara paling besar ingin saya jeritkan 
Biar semua di arena hijau mahupun biru buka mata seluas-luas
Biar matahari jadi kaget lantas merubah waktu
Biar yang di dalam ini selesai satu persatu 
Biar saya dan kita lebih lega lebih selesa 

"Dalam putus cinta, tiada pihak yang menang, teman!"

Anda tak pernah rasa sesulit yang diamuk
Andai bukan anda yang di situ. 
Apa yang anda mahu suatu ketika itu, belakang harinya anda tidak bisa beroleh
Ngilu dan lara cukup buat anda serik sekali
Ibarat merosot dalam lembah khali
Gelap tanpa ada rasa sedap sezarahpun

Dan sampai sampai, anda rasa terlalu murahnya apa yang telah diserah 
Untuk kali ini juga andalah insan paling zero untungnya 
Kerana di tangan anda cuma ada luka cedera 
Entah bilanya ia mahu pulih mungkin ia sendiri tidak mahu 

Lebih lagi bila anda memerhati dia yang seperti tiada apa sakitnya 
Seperti satu pelepasan yang lama dinanti
Seperti satu gembira yang tertangguh lama 
Dia gembira dan anda mangsanya 
Ah! Celaka sekali rasa ini 
Mengapa anda yang dihinggap sebal dan sial ini
Anda gemas merah telinga malu tak berakhir

Sampailah suatu ketika 
Andai sudah cukup habis dengan perasaan anda
Anda mulai sedarkan sesuatu 
Kerana pihak sana juga ada lukanya 
Ada rasa tersiat, ada hati yang merintihkan rawannya setiap dini hari

"Putus cinta bukan lah pilihan anda atau si dia"

Tetapi pilihan Tuhan yang paling tepat pada waktu dan tempatnya 
Tuhan yang meletakkan anda di tempat paling sakit itu 
Untuk anda mafhum semula kewujudan diri tujuannya apa 
Untuk anda kembali menyungkur, tunduk hanya pada satu Cinta Besar

Kalahnya anda pada harini 
Senyatanya memberi peluang untuk anda memaafkan 
Memaafkan dengan tahap yang paling telus dan tulus 
paling ikhlas dan jujur rela 

"Untuk ujian ini sekali lagi saya memaafkan dia dan diri saya sendiri"

Kerana anda mahu Tuhan terus memafkan anda
Anda mahu terus percaya penuh mantap dan konstan
Setiap ketentuan, setiap tanda dari Dia. 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.