Ahad, 18 Oktober 2015

Panopticism

Bismillah

Jangan berdalih kesempitan waktu
Kalau
Kau yang sebenarnya
kehilangan keberkatan waktu
***

Hari ini

Isnin, 5 Oktober 2015

Kayuhan Asilah

Lewat malam kelmarin
Asilah berkayuh pulang sendiri
Jauh destinasinya menuju asrama
Ditemani cahaya bulan kelihatan kesipuan mengintip 
di balik awan awan yang tak pernah cuba minta permisi 
Mahu sembunyi daripada
Memayungi semesta

"Ya Allah penatnyaaa" desis hati

Selasa, 29 September 2015

Bukan Malaikat

Kalau nak list kesilapan orang lain,
Terbuka luas ruang membenci
Macam luas mulut menguap
Waktu kelas bahasa
Hiks

Semua yang mereka buat
Kita tak suka.
Walaupun logiknya kesilapan mereka
Bukanlah tahap direct masuk neraka
Betul.

Selasa, 22 September 2015

Akhi nan seorang ini

Bismillahirrohmanirrahim..
(Warning saya : Ini hanyalah bacaan untuk mereka yang berada dalam gerabak tarbiyah dakwah dan siasah)
Akhi nan seorang ini
Tadi malam Sewaktu menuju jalan ke rumah akhi Faqur Aneh sekali bagi saya Kekuatan biasabiasa tidak dituntut Gelap sahaja sudah buat saya tidak boleh bertahan lama

Jumaat, 18 September 2015

Lelaki Mohawk dan Perempuan Bergaun

Bismillah.

Flight ke Serawak pada pukul 11.40 pagi nanti. 
Rahman menoleh jamnya. 
Ah baru pukul 10.40pagi. Masih ada satu jam.

Menunggu memang menyeksakan kan.

Duduk menunggu di balai perlepasan membuatnya sangat bosan. 

Isnin, 6 Julai 2015

Bintang Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.
Ramadan kareem. (tanpa rasa bersalah walaupun sudah malam ke 20)

Puasaku di tempat orang ini jangan dibicara tentang sama. Puasa kali ini jauh dari orang kejut bangun sahur, jauh dari lawan tahajud dengan adik beradik, jauh dari makan sedapsedap ibu masak bila waktu berbuka.

Allah itu tak pernah mahu meninggalkan aku sendirian. Allah itu super baiknya hilang bicara hilang kata mahu diterjemah, Allah itu terlalu gah dan idola dalam merencana.

Siapa pernah fikir 2015 aku puasa tanpa teman. Namun kerana Allah bertanggungjawab merencana, maka dia hadiahkan rahmat dan kebaikan.

Semasa tiba disini, kerana di tempat ini muslimnya 0.0000001 peratus, (mungkin lebih banyak bilnagn kosong itu?)maka tiada siapa mahu bicara pasal solatku, pasal auratku apatah lagi puasaku, (Selain awak tak panas ke pakai tu, betulkan orang yang awak sayang je boleh tengok rambut awak,saya nak jadi orang tu? , menyusahkan doe! etc. boleh buat post baru kot pasal bab ini sahaja tett )

Ramadhan kali ini, aku yang baru sahaja menjejak kaki di sini, coba tanya-tanya kepada indonesian di sini, kita buat terawih sama yuk? (tipikal melayu, bersama indon ngomong indon, bersama chinese guna lu dan wa,bersama indian guna itu aa, tutup sana kedai suda la.. dan akhirnya memang patut makin melayu bahasanya, lalang . ) #amboikalaukondem

Maka abang Mun (indonesian yang paling senior di Matsumoto) menjawab, "mahu lor. tapi tempatnya dik. Sebelum ini kita ada masalah orang muslim ngak rame, tempat nya juga ngak ada. Jadi solat jemaahnya susah dilakuin. Tapi tahun ini kayaknya muslim makin ada ya. Tapi aku pula yang balik ke indon mula ramadan di sana " sengih-sengih sambil buat muka betul-betul minta maaf ni,

Kemudiannya ceritanya panjang. Maka dipendekkan , aku dan abang Mun(sebelum pulang ke Indon) telah berjaya meminta izin warden mahu menggunakan sebuah bilik kecil yang boleh ditempah siapa-siapapun penghuni asrama yang dihuni aku. Asrama pelajar international universiti ini. Bilik ini boleh diguna kalau-kalau penghuni asrama ini didatangi teman-teman yang lebih seorang. Bilik kami tak cukup besar.Jadi boleh minta izin guna bilik itu,

Dan Ramadan berlalu dengan cepatnya. Terawih kami harihari bahagia diimami Najm , seorang doktor dari mesir yang sedang mengusahakan PHDnya di sini. Isterinya juga di sini, tetapi tidak pernah lagi bertemu ramadan ini. Kali terakhir bertemu isterinya, di Welcome Party, 4 April yang lalu. Juga ada Aiman, misri yang sedang menemani isterinya, Inaz yang sedang memulakan PHD di Universiti Shinshu. Mereka punya 2orang anak. Tinggal di asrama ini. Bilik untuk keluarga.

Kami ada Fakhrul , Nadzir malaysian yang tipical. haha

Juga kami punya Kak Seri dan Kak Ai. Indonesian yang sama dengan Najm mengusahakan PHD kimia mereka. Tubuh sama kecil, tetapi sama-sama bercita besar mahu pulang ke Indon dan menjadi Prof di bumi tumpah darah itu.

Maka solat terawih di sini pastinya tidak sama. Kurang orangnya. Tapi syukurnya jadi melimpah.

Ceritanya rupanya Najm sudah lama mahu buat solat berjemaah, tetapi permohonannya untuk melakukan solar berjemaah di asramanya sudah setahun lebih dalam status masih dalam pertimbangan. Cita-citanya nampak sudah mahu terkubur , namun mendengar cerita bilik di asrama ku diluluskan untuk diguna sepanjang ramadan, atas hak aku penghuni sini, maka Najm itu tidak pernah skip berjalan kaki daripada asramanya ke asrama ini walaupun mengambil masa 15 minit pergi, dan balik.

Najm hari hari orang pertama datang. Tidak ada masjid di sini, maka iktikafnya cuma mampu di bilik kecil ruang solat jemaah dengan harapan penuh Tuhan sudi terima usaha kecilnya. Kadang-kadang orang yang datang selepasnya cuma Aiman, bersolatlah mereka berdua sahaja, namun hari ke seterusnya tidak pernah berputus asa datang lagi. dan tunggu jemaah lain lagi untuk solat bersama. Kadang-kadang warden terlupa buka kunci bilik solat itu, maka Najm gigih mengimami solat terawih di lobi asrama,

Hari ini, cuma aku, Kak Seri dan Najm sahaja yang dipilih Allah, Najm memulakan solat isyak dan diikuti terawih dengan bacaan hafazannya yang penuh tartil dan menenangkan seperti biasa. Habis 4 rakaat terawih, dia menyorokkan dirinya ke satu sudut bilik yang boleh bersandar ke dinding namun membelakangkan kami berdua. Aku fikir Najm mahu rehat seperti biasa kerna biasanya jika cuma aku, Najm dan Aiman yang hadir, Najm tidak akan memberi tazkirah di senggang itu sepertimana dia akan memberi tazkirah 5 minit nya pada hari Nadzir, Fakrul dan Kak Seri dan lbih ramai jemaah dipilih Allah untuk datang.

Tiba-tiba Najm berselawat. Aku fikir Najm mahu memulakan doa, maka dengan yakin aku menadah tangan. Rupa-rupanya dia mahu memulakan tazkirah. Lame joke aqilah =.='

Majlis-majlis ilmu seperti ini kecil-kecil cili api namanya, Tazkirah yang diberi Najm biasa sangat ringkas, namun berbekas. Dalam kot. Dalam keadaan langsung membelakangkan kami (aku sangat kenal Najm yang sangat menjaga pandangannya, namun luar jangkaanku boleh menerima tazkirah-tengok-dinding-cukup seperti itu), Najm berkongsi kepada kami. (dalam English okey, arab aku blur nanti)

"Saya mahu berkongsi satu kisah kepada kamu pada hari ini, kisah ini beberapa hari lepas diceritakan oleh Aiman, dan saya sangat percaya akan kesahihannya.

Seorang lelaki dalam keadaan sangat susah. Dia menghadapi pelbagai masalah ketika itu. Dia dalam keadaan bersungguh mencari jalan keluar daripada masalah kewangan yang membelitnya. Tiba-tiba kerana dia memerlukan hasil duit yang banyak ketika itu, terdetik di hatinya ingin melabur. Namun dia jadi tidak keruan memikirkan bank mana yang dia mahu laburkan wangnya.

Sampai satu ketika dia membuat satu keputusan yang sangat dasyat. Dia tidak melabur di mana-mana badan pelaburan mahupun bank dalam negara dan luar negara yang menjanjikan pulangan 7percent 8percent yang nampak boleh menguntungkan. Dia mengambil keputusan muktamad untuk deal dengan Allah, tempat pelaburan yang paling menguntungkan tiada bandingan lagi.

1000pound yang dia ada ketika itu disedekahkan. Dengan keyakinan berasaskan surat akur janji Tuhan bahawa pulangannya akan menjadi 70kali ganda termaktub dalam AlQuran. Dia beri penuh harap pada Tuhan. Dia beri dengan yakin sekali semasa itu.

Tidak sampai beberapa minggu kemudian Allah direct beri pulangan. Ada sebuah rumah usang/pusaka milik bersama lelaki ini dengan adik beradiknya. Rumah itu agak besar maka dibahagibahagi bahagiannya kepada setiap seorang dalam kalangan adik beradik itu. Rumah itu sudah lama dijual, namun langsung tidak ada pembeli yang menunjukkan minat. Saat Allah mahu menunjukkan kuasa Dia sebagai Penepat Janji yang Terkuat, tiba-tiba muncul pembeli yang mahu membeli bahagian lelaki tadi sahaja, untuk kegunaanya. Bayarannya juga diganda-ganda entah sebab apa aku tak berapa faham English Najm ketika itu.

Jadi, dalam kita beramal, dalam kita beribadah dan bersedekah kita mesti tahu,Allah akan balas kebaikan kita itu bukan sahaja di akhirat , tetapi juga di dunia. Jangan tidak yakin dengan janji Allah yang ini. Sebab tu ada doa,  'Robbanaaatinafiddunyahasanah,' Allah akan bagi kebaikan didunia ini. Samada lambat atau cepat, sedikit atau banyak, itulah dari Allah, itulah yang terbaik.

Di bulan ramadan ini apatah lagi. Banyakkan memberi sedekah. Di sini kita sukar bersedeqah mungkin, jadi antara usaha boleh meminta orang di negara kita, family kita melakukan sedekah untuk kita, Subahanallah besarnya ganjaran kalaulah kita mengerti "

Tazkirah Najm ditutup dengan doa , kemudian di sambung dengan terawih seperti biasa selepas itu.

Sungguh, tak terkata rasa syukurku, bila Allah hadirkan seorang yang seperti Najm pada bulan mulia ini. Betapa Allah menjawab permintaanku mahu solat terawih dengan lebih ikhlas, lebih tenang dan supaya berjaya mencapai rahmah, magfirah dan hadiah pelepasan dari api nerakaNya. Najm yang membintangi kami semua di sini.

Antara yang Najm pernah pesan lagi, sedekah itu bukan sahaja harta, kita memuji Tuhan juga sedekah, kita tidak berputus asa menyebut kebaikan Allah juga sedekah,

Dan ramadan sudah mahu pulang. Mengesot sedikit sedikit sampai masa ditentu dia mahu pergi terus. Terima kasih Allah, masih beri peluang ramadhan sampai hari ini. Sampai di sini, aku dapat rasa, aku tidak cuma lapar dan dahaga. Tetapi aku belajar sesuatu yang sangat bermakna. Sesuatu yang bukan satu, sesuatu yang tidak kosong. Terima kasih Tuhan kepada Najm ;'(

Ku ratib lagi rasa syukurku supaya terus mahu dipeluk Tuhan. Terus dihadiahi lagi dan dicintai lagi.

Taqaballhuminnawaminkum.




Rabu, 10 Jun 2015

Tenung

Bismillahiroohmanirrahim

Gadis itu tinggal senyap. Mahu masa, masa yang sudah lama diketepi, masa yang sepatutnya istimewa untuk dia sahaja.

Dia termenung jauh sekali. Tenung dalam tak terluah apa yang mahu. Dia cuma kaget. Dia sesat dalam dirinya .

Soro-soro dia rasa dia cuma mahu tenang. 

Jangan diungkit lagi masa itu. Jangan dipertikai ketentuan Allah. Jangan dibisik lagi suara keluh.

Dia penat. Berjuang mati-matian tanpa ada yang datang menemani, menguat dan menggalak, 
susah nian.

Seorang gadis itu mahu coba lagi jadi dewasa.
Hari-hari yang unggul cuma di mata.
Namun itu sihat, tak mengapa.

Layak dia untuk rasa.Hak dia untuk diberi peluang membesar, Maka nikmatilah hari-hari mu.
Perjalanan ini bukan sebentar . 

Sabtu, 6 Jun 2015

Guru yang penyayang

Bismillahirrahmanirrohim
Ceritanya hari ini aku menggoogle ilive4well.com taktau kenapa tibatiba. maka keluarlah segala linklink yang ada kaitan dekat dan jauhnya dengan belog ini.

Sejarahnya beberapa tahun lalu, aku pernah mengkomen di suatu ruang komen sebuah blog yang aku fikir sangat menarik penulisannya. Maka keluar link belog itu di pencarian mengadangada aku hari ini. Nama belognya Lelaki Introvet . Maka aku belek belek belog milik seorang lelaki yang dikatakan introvet ini, membuat aku fikir lapan belas kali, betapa wujud seorang lelaki yang pemalunya sangat sungguhsungguh di luar, tetapi penulisannya sangat menikam dalamdalam.
Nakalnya aku berbisik, kalau saya jumpa awak, saya takkan tanya , kenapa ye awak ni pendiam pemalu ke apa, mungkin aku akan tanya cenggini, "sebab awak punya tulisan masuk kat hati saya laju macam line intenet kat jepun ni, boleh tak awak cuma kata dua perkataan. Marry me. "

kekeke. Okey serius semula plis.

Walaupun aku lupa bila kali terakhir aku melewati belog ini,aku lihat sudah ada kemajuan , lelaki ini juga wujudkan page di facebook. Aku laju sahaja like dan baca semua postingposting. Jenis aku ini pantang jika ada insan yang sama minatnya dengan aku. Menchentai Hlovate dan menyayangi lagu terbang tunduk fynn, serta nashidnashid yang sebenarnya liriknya rare, tapi insan sejagat selalu tak mahu rasa update bila dengar nashid. Adakah ini kongklusi aku sahaja.  Jenis aku lagi, lelaki yang macho tak banyak cakap lagi baik. Sebab kalau ramah sangat nanti perempuan senang suka, dan senang blah. Bosan. Kot?

Penceritaannya seorang lelaki berbenua jauh lagikan langsung tidak kukenali inilah yang mendatangkan mood aku menulis kembali. Betapa masamasa yang aku rugikan itu terlalu lama. Sedangkan hayat ini entah sampai bila, jangan letak target tinggitinggi plis, kau takda masa lama dekat dunia ni, maka usahakan penulisan, kerana penulisan itu hidup walau nyawa penulisnya sudah lama tidak ada.

Terima kasih lelaki jiwa jiwang, lelaki yang mogamoga bisa aku teladani selalu. 

Jadi mari mula perlahanlahan.
Hari ini tarikh lahir Kondo Sensei. Sensei tu (cara baca : cikgu/pensyarah
Eceli kalau doktor kat hospital pun depa panggil sensei, jadi aku taktau nak mengistilahkan sensei tu apa, mungkin boleh dibaca dengan maksud orang yang legend dalam sesuatu bidang? )

Sensei seorang ini pada awal kenal, aku di tahun junior sekolah foundation IBT, aku takut sangat. Dia pengetua sekolah.Sebab dapat berita macammacam yang burukburuk, garang gila, tak suka orang melayu, kuat torture dan pelbagai lagi. Buat aku takut, trauma walaupun aku tak pernah belajar dengan dia, macam orang jepun yang dengar cerita IS, kemudian jadi islamophobia. Mungkin.


Masuk tahun kedua, dia dijadualkan memang akan ajar kelas kami sampai kami grad kelas persediaan . Waktu pertama kali dengar aku rasa, Bashir, bunuh je aku ni. Aku tak sanggup weyh.

Dan bila pertama kali dan kali seterusnya beljar dengan dia, memang benar tertekan. Tapi bila minggu dan bulan kencang berganti, aku rasa perasaan ini berubah. Aku suka Kondo sensei.

Yes, walapun memang dia garang, tapi bukan semua tempat dia garang.
Memang dia ada tak suka cara orang melayu makan pakai tangan, tapi buat apa kita nak terasa sangat, katanya dia itu orang tidak sama tanah tumpah darah dengan kita, jangan dipaksa dia supaya suka. Kerana point kecil itu, tak mungkin mampu menutup setiap katakata mutiasa disusuri bukti yang dia selalu pamer, "perkara yang paling saya suka adalah melihat senyuman kamu semua, dan perkara yang paling saya sedih adalah melihat kamu menangis.".

Memang nak dekatdekat exam , dia selalu torture "result macam ni , mustahil awak dapat fly. " "Kalau awak belajar camni, tak gunanya belajar kat sini. Tolong berhenti" Padahal aku rasa aku dah habis tekun, oke sebenarnya time tu aku time mood aku lari. Hilang . Putus asa semua ada. Tambah ditorture sedemikian rupa. Memang sepatutnya Bashirah melakukan apa yang sepatutnya dari awalawal. 

Pernah satu hari. Ini sangat rahsia paling dalam tak mungkin aku mudah lupa seperti aku mudah lupa nama temanteman japaneseku yang banyak sukukata pelbagai idea boleh direka untuk cara mengingati nama mereka. Oh aku sudah terpesong,

Hari itu aku datang sekolah tanpa membuat review , dan dalam aku tahu kelas dia memang kena review sebelum jejak. Maka keputusannya tidak pernah menakjubkan, aku tidak dapat menjawab soalan sensei dengan sado dan hero. Jadi ditanya "Awak tak review kan? Buat apa malam tadi?" Nasib tak menyebelahi, aku tidak tahu mengapa pada kali itu hati aku terlalu polos menjawab "Aah tak review, semalam abang datang, jadi saya keluar makan malam dengannya"

Kau tahu selepasnya jadi apa? Kejap nak tarik nafas . Drum takde plak nak bagi lagi hot. Kekeke

Mata sahabatsahabat membulat bila mendengar jawapan jujur tak terkawal aku, diiringi hentakan buku sensei kuat sekali  ke meja. "Kenapa Akira? Awak nak dekat sangat dengan exam kan. "
Saat itu aku terlopong. Tak terfikir langsung sensei terlalu marah sampai tindakannya begitu tak tercapai dek akalmu.

"Saya faham awak nak ada masa bersama rakan dan family juga, tapi awak ada tanggungjawabkan.? Awak buang kat mana tanggungjawab awak sebagai pelajar" Aku dah rasa mata aku panas. Sensei.. saya tak bermaksud...

"Exam nak dekat sangat. Saya risau sangat sekarang. Bukan akira je, kamu semua punya result sangat membimbangkan kami. Sangat jauh merosot berbanding pelajar tahun lepas " Dan waktu itu aku sudah mula tersedu.  Aku sudah langsung takboleh memfokuskan apa yang sensei kata seterusnya, tetapi bunyi buku yang dihentak sensei tadi berulang kali bermain di layar minda.

Besar sangat ke salah aku? Bukan setiap hari aku tak review? Kenapa kena marah terus?
Sepanjang kelas belah pagi sensei aku menangis terus. Sensei meneruskan sesi nya walaupun kadang seduku kedengaran mengganggu. Habis kelas itu, dalam tangis teruk lagi aku menuju kepada sensei , "Boleh tak nak rehat kat bilik rehat?"

Dalam dakap cuba dieratkan. Dia tenung wajah basah hingus nak keluar bebanyak aku,
"Tak boleh. Akira kena lawan sekarang ni. Jangan manja."Aku diam tak senang . Plan aku tak menjadi. Aku kalau menangis takda ubat lain melainkan tidur. Kalau tak makan ubat ini, memang akan jadi parah.

"Lawan Akira lawan. Awak selalu kata awak kuat kan?"Aku angguk dalam menangis. Makin bertambahlah, tadi terasa dengan sensei, tak dapat pula masuk bilik rehat tidur."

Kelas seterusnya kelas Sagayama Sensei. Guru kelas. Juga guru aku selalu berperang pada zamanzaman konon nak jadi legend aku ketika itu. Sepanjang dia ajar, aku dengar tapi aku pejam mata. Tak nak dengar. Diamlah! Sambil aku bunyi buku terhentak tadi terus membayang, sambil aku seperti ada dalam khayal . Sambil sedu terus berlagu.

Aku dapat ubat aku.

Sedarsedar sensei dah habis kelas. Alhamdulillah Sagayama sensei tak bersuara tegur pun aku, tak marah macam biasa tak psyco macam biasa, taknak meletakkan ayatayat menikam dia pada hari itu. Mungkin dia boleh lihat atas kepalaku ada tulisan "kau sentuh aku kali ini, mati!" Mungkin kali ini dia bagi aku menikmati apa yang dia nak? +.+ Eloksangatlahbersangkaburuktukilah

Waktu rehat. Kemas beg, aku bertekad balik. 


Aku ini jenis tak biasa dimarahi. Aku ini nampak taf nampak berlagak kaklong kawasan, tapi aku tak terdidik dengan marah yang keterlaluan. Aku tak ingat entah darjah berapa  kali terakhir aku dirotan dengan hanger ayah. Bila dah besar, aku tak pernah diasak dengan suara yang tinggi begitu. Jauh sekali berkaitan fizikal.

Kilah tak pernah balik macam takde peraturan macam ni kan?
Teksi meluncur laju. Sambil dalam aku cover menangis depan driver teksi, aku terus menerus fikir apa aku buat sebenarnya ni? Apa aku cuba buktikan ni?

Eh kalau kau stay kat kelas, kau fikir ada makna? Dengan hidung merah badut dengan air mata tak nak berhenti dengan hingus nak keluar macam dia baca tulisan "sila keluar lajulaju, ini kawasan bebas anda" . Padanlah sebab selama berlakon jadi kaklong mengizinkan seorang aku menangis adalah sebulan sekali. Dan sekali dapat peluang menangis tu, teruk dia, macam anak kembar baru mati.

Sampai rumah. Kunci pintu . Jerit kuatkuat. Menangis tanpa rasa bersalah dan cover lagi. Telefon ayah telefon ibu,

Yes aku masih ingat . Hari tu befday ibu. betapa tegarnya aku memberi hadiah terburuk tahun itu, seorang Puan Salamiah perlu menerima hakikatnya anak perempuannya seorang ini tidak sado , lembik dan tidak ada kemahiran mengawal diri yang hebat.

Dan kes itu setel pada keesokannya aku hantar surat direct kepada sensei. Ibu juga bagi nasihat . Ingat lagi ibu dengan nada penuh pengetian

"Kilah ni, kalau cakap, bukan sampai sangat maksud. bahasa melayu pun cenggitu, bahasa jepun mestilah lagi teruk. Apakata tulis surat kat sensei. Kilah kan terer tulistulis. Bagitau jujur, kilah semalam terkejut sangat bila kena marah. Kilah cakap tadi dah rasa sensei macam mak kan? Bagitau je dia, Sebab saya tak biasa kena marah, lagilagi oleh orang yang dekat dengan saya "-Mafhumkatakataibu

Dan kerana perancangan ibu itu biasanya diselit sama dengan doa. Aku kembali aman semula dengan sensei. Plus, peristiwa itu menjadikan aku lebih kenal diri aku. Aku ini orangnya jenis tak sanggup nak bagitau orang lain, aku ni lembik aku ni takdelah sado mana, aku ni manja selalu nak depend dengan orang, selalu kalah dengan emosi, lambat proses menjadi orang dewasanya.

Sensei juga selepas itu tidak pernah lagi memarahi dengan suara yang tinggitinggi. Ada, tapi tidaklah marah aku seorang direct sebegitu. Luka aku juga segera sembuh. Dan meneruskan kelaskelas aku dengan sensei dengan baik, review sebelum kelas, tidak tidur sembunyisembunyi ,jawab soalan sensei dengan sepower yang boleh dan datang kelas tanpa ponteng dengan jayanya. Kondo sensei juga selalu jadi hero, jadi penyelamat mempercayai aku walaupun mungkin dia selalu dapat berita burukburuk tentang aku daripada Sagayama sensei yang masih banyak tak puas hati dengan aku ketika itu.

Betapa aku selalu tunggu kelas sensei . Aku happy dan aku sedar. Aku dah jadi sayang sensei dalam aku sedar atau tidak. Aku rindu katakata powernya, motivasi tak langsungnya,ceritacerita zaman dia kanakkanak, sejarahnya dia jadi pengetua IBT, ketawanya dan semua .

Terima kasih. Sensei. Menjadi yang sangat menguatkan saya suatu masa dahulu. Mungkin sensei juga disayangi semua, tapi ketahuilah, sensei layak mendapat itu , dan dalam hati ini, nama sensei dipahat utuh tanda satu kenangan tercalit sukar padam ada satu .

Kadang kita tak perasan pun , apa yang kita buat tu kita nampak kecil tapi, mungkin pada seseorang tu ada kesan. Hidupkan roh menghargai. Hidupkan roh menyayangi.

Al Qasas ayat 17
Buat lah baik kepada orang lain seperti mana Allah buat baik kepada kamu 

Terima kasih kenagan yang meloncatkan saya satu tahap.

p/s : sekali tulis panjang sangat lar pulak. Maaflah saya bukan introvet. Saya ni cakap ke tulis ke memang laju , tapi kalah sikit dengan bullet train.


Jumaat, 1 Mei 2015

Hari ini

Bismillahhiraahmanirrahim

Ceritakan kepadaku cerita percintaan yang paling hebat yang pernah kau dengari.
Sedarlah, cinta Tuhan itu tahapnya tiada ungkapan yang bisa menceritakan kondisinya.

Dalamnya bukan seperti dalamnya cinta si isteri kepada suami
Hangatnya bukan seperti perasaan kamu dicintai orang yang kamu sedang cinta
Tiada kata.

Kasih sayang dia itu, kalau bukan kita yang bergerak, untuk meminta untuk merayu dan rengek  sehabis daya, cengkaman nya tak berbisa.

Sungguh betapa lama aku tidak merasai perasaan aku mahu terus dalam sujudku buat selamanya. 
Berilah aku masa yang lama untuk rasa ini. Biarkan aku jadi terus dahaga begini. 

Kerana.
Aku takut kejahatan masa laluku.




Selasa, 10 Mac 2015

Bila lagi mahu usrah ?



Bismillahirrohmanirrahim.

Sirah Rasulullah saw telah jauh melangkaui masa, membuktikan pembentukan individu sangat memerlukan unsur persekitaran yang soleh yang bisa menyokongnya. Usrah pertama dianjur, Dar Al-Arkam menjadi pilihan sebagai titik tolak penyebaran ajaran seorang Nabi Terulung. Ketika itu kumpulan manusia ini tidaklah mempunyai label usrah, namun daripada satu kumpulan kecil inilah panji-panji ketauhidan, kupasan-kupasan al-Furqan, konsep-konsep ibadah yang disemai mantap oleh Rasulullah, tersebar luas ke pelusuk Mekah. 


Sampai hari ini, alhamdulillah, kebanyakan kita sudah tidak janggal lagi dengan perkataan usrah. Pertama kali mengenali perkataan usrah itu , setiap orang pasti lain waktunya, caranya dan tempatnya. Namun, mungkin boleh dikongsi di sini sebenarnya usrah itu bukan sekadar bulatan gembira, malah perkataan usrah itu membawa maksud yang dalam, istimewa sekali. Kiranya kita mengerti.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu tolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan). Dan bertakwalah kepada ALLAH kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab SiksaanNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).” Al-Maidah : 2

Jadi jelas, ikatan usrah kita ini bukanlah sekadar bulatan setiap minggu atau 2 minggu sekali itu, bukanlah sekadar menyambut hari lahir atau mangadakan jamuan hari raya bersama-sama, tetapi ianya lebih besar maknanya. 

Kita berada dalam ikatan usrah ini untuk saling membantu dalam taqwa. Mencegah dosa dari menghampiri. Kita berusrah ini untuk redha Allah. Untuk sama berpegang tangan menuju syurga.
Nah tidak kecil matlamatnya usrah ini. Mungkin ada antara kita yang alergi dengan istilah usrah, istilah bulatan gembira atau interactive group. Cuma mahu tegur, andai kita rasa kita tidak seronok berada dalam usrah, jangan disalahkan naqib konon tak pandai membawa, jangan disalahkan adik-beradik yang lain konon selalu tidak hadir, jangan disalahkan silibus konon tak sesuai , tapi salahkan hati ini , salahkan nafsu ini yang buta menilai erti usrah.

Tak pernah ada usrah yang boleh selalu menggembirakan seperti dalam bayangan kita. Tak pernah wujud usrah yang tiada langsung perbedaan pendapat sepeti yang kita mahu, Yang ada biasanya, usrah yang tidak berapa mahu sempurnanya. Yang ahli-ahlinya datang kerana mahu menjaga hati naqib, yang naqibnya selalu lewat, yang silibusnya selalu tak terkejar, yang dan yang lain yang penuh dengan ketidaksempurnaan.  YANG MEMERLUKAN KITA MENYEMPURNAKANNYA.

Antara kita adalah naqib atau tidak, harusnya sedar, usrah ini sunnah Rasul. Sunnah yang mulia, yang punya banyak lebihnya. Bila kali terakhir kita menghadiri usrah? Usrah ini bukan sekadar menghidupkan hati dengan ilmu-ilmu baru, bukan sekadar mendengar naqib membentang tajuk, bila habis, pen dan buku nota disimpan dan balik. Tiada yang lebih dan kurangnya selepas itu. Tidak. Tidak sama sekali.

Malah pernah satu susuk mujaddid abad ke 21 , Imam Hassan Al-Banna menyebut "usrah bermula selepas tasbih kifarah dan berakhir dengan surah al-Fatihah" . Mohon hadam benar-benar kata-kata sakti ini,

Kita berusrah bukan untuk suka-suka sahaja, tetapi untuk memastikan kita juga boleh maintain bersuka-suka di syurga sana kelak. Kita berbulatan gembira bukan untuk menambah ilmu sahaja, tetapi menghidupkan hati dengan ilmu, langsung mengguna hati yang hidup itu untuk mengagungkan Allah dan ajarannya. Kita ini berbeda mempunyai usrah kerana kita harus selalu top-up diri, tarbiyah diri supaya tak karam dengan desakan nafsu. Supaya tak gian dengan dunia yang ranum ini. Kita ada adik-beradik lain ayah ibu bukan untuk berukhwah sengaja-sengaja, tapi untuk memastikan ukhwah kita ini menjadi saksi kita bertolong bantu untuk agama Allah. Kita hadir mengadap wajah bersih naqib bukan untuk mengambil ilmu sahaja, tetapi meneladaninya supaya kita juga bisa sehebat dia menggoncang jiwa-jiwa pemuda suatu hari nanti. 

Berusrahlah. Sekerap yang kamu mahu. Segembira yang kamu perlu. Sepuasnya, Biarlah sampai tiada istilah usrah yang terakhir, Biarlah sampai tahap hati-hati kita tetap bersua dengan kemanisan iman dan ukhwah walaupun jasad-jasad ini tidak berkumpul. Kerana, sekali hati ini diikat dengan ikatan usrah, selamanya ia subur di dalam kerinduan dan tangisan doa. 

Jadi, bila lagi mahu usrah?

Selasa, 27 Januari 2015

Senyum lagi


Biar satu lafaz bisa tenangkan hati
Biar satu bicara bisa reda
Biar satu hembusan aku mahu senyum lagi

Kau rasa kau cukup penat memberi
Jadi kau tekan diri rasa keluarkan lagi korban
Sebenarnya kau tak punya banyak mana stok
Jadi kau kerah kau penat

Diri, kau penat.
Kerana dah lama tak topup 
Rindu

Tapi selalu kecewa ditelan 
Nafsu besar

Aku mahu senyum lagi
Senyum lagi



Isnin, 5 Januari 2015

Banjir I : Ujian Sesaat Hikmah Sejuta

Bismillahirrahmanirrahim


A014
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! 67 : 14

Banjir Disember 2014 menyaksikan betapa manusia ini tiada upayanya di hadapan Dia. Lambang kekuasaan Allah itu tiada melihat pada bila dan di mana, tapi menuntut kita bermuhasabah mengapa Allah menurunkan ujian dan betapa tiada bilangan hikmah yang terselit atas semua ini.

Banjir kali ini dashat,bukan biasabiasa. Pahang antara negeri yang dipilih Allah untuk diuji. Tidaklah seteruk Kelantan, namun ada juga kawasan-kawasan yang menjadi padang jarak padang terkukur. Temerloh tempatku, bandarnya menjadi pulau. Tak pernah terbayang dek akal orang orang. Namun bilamana Allah kata Kun tiada kudrat melawan, semua makhlukNya cuma mampu tunduk. Rumah aku turut dinaiki air. Tidak lah teruk cuma paras dada ayah. Tidaklah teruk berbanding orang yang rumah cuma tinggal bumbung. rumah musnah sama sekali malah ada yang menemui Tuhan melalui bah yang dashat. Aku okey. Family juga semua sihatsihat tiada cederanya manamana.

Harihari sukar kami sekeluarga daripada mengangkat barang ke tempat yang lebih tinggi sebelum banjir, bersiap sedia, mental juga sedikit terdera dengan kedengaran beritaberita sedih yang menimpa saudarasaudara lain yang sudahpun bertarung nyawa dengan banjir, kebuluran, terpisah jauh dengan keluarga dan sebagainya. Hari kejadian dalam keadaan kami cuba bersedia menunggu bah tiba ke pintu rumah, berdebardebar tak terkira, setiap jam bergilir melihat paras air di luar rumah yang menjenguk. Nafas lega kerana air masih belum ketara naik, berselang dengan nafas risau kerana kampung kelilingdan kawasan yang lain sudah ada suarasuara mengeluh penat melawan, mengarung air, jalanjalan utama ditutup, letrik sudah tiada, buat hati tak tenang, gelisah. Kerana kawasan rumahku merupakan kawasan rendah, aku kerap membayangkan air cuma memberi peluang atap rumah kami sahaja yang bisa timbul. Ayah kata keadaan ini pernah terjadi beberapa puluh tahun lalu.

Aku masih ingat, malam pertama bah naik, mulanya 10.15malam , dalam tak sampai setengah jam air memenuhi rumah. Pukul 12 lebih air sudah di paras lutut. Aku yang kepenatan mengerah tenaga mengangkat barangbarang rumah ke tingkat dua bersama adikberadik lain daripada siang hari lagi, tidak tahan lagi berjaga, memilih untuk tidur sahaja. Kalau berjaga pun, kan mustahil namanya jika seorang aku bisa kata hey air kalau kamu makhluk Allah, keluar dari rumah.Maka lena membuaiku walaupun aku sedar ibuku tidak tenang tidurnya memikirkan harihari esok bagaimana jalannya. Munajat hariharinya pada Tuhan diganda terus sampai buat kami segan untuk tidur selesa lama.

Hari kedua kami sudah tidak betah lagi selesa bertahan di tingkat dua kerana di tingkat satu pagi nya air sudah diparas pusat. Ibu memilih menerima pujukan rakan sekolahnya berpindah ke rumah kedua beliau di Kg Bukit Lada, jauh larinya luar dari sempadan daerah Temerloh, dengan Dmax ayah dan keretakereta ibu kami angkut barangbarang penting untuk survive beberapa hari seperti maggi, sardin dan biskutbiskut , maka bermulalah kehidupan baru kami di rumah tompangan baru, sunyi dari dunia luar, internetnya slow nak mati, dan ada ketikanya letrik tiada. Namun bahagia kerana kami masih selesa, tidak perlunya bercampur dengan ajnabi seperti di pusatpusat pemindahan, solat mandi selesa dan makan juga mengenyangkan. Aku rasa tenang di situ.  Alhmdulillah.

Hampir 5 hari kami struggle di rumah baru. Time letrik ada buat marathon movie berejemaah, bila letrik fungsinya tiada baru keluar tengok air ataupun tidur berjemaah. Sampai hari ke 5 air pula tiada. Buat majlis syura, barisan jum balik rumah yang diketuai ayah , dibantu ibu dan disokong aku seorang per lima adik beradik lain dikira menang tanpa majoriti kerana sokongan kuasa veto bersama kami. Biarlah terpaksa mengarung bah yang masih belum surut sedikit paras lutut di tingkat 1 rumah, daripada tidur di masjid, bukan tak betah tapi aku cukup tak suka pertanyaan orangorang kampung sekarang, dengan sindiransindiran pakej, menghabiskan air letrik masjid, macam mengambil kesempatan lah kerana masjid tu orang lain tak buat tempat tidur. Entah bila aku ikut perangai orang Jepun yang mementingkan perasaan orang, memikirkan apa yang orang yang dihadapan fikir. Biarlah kita susah, tapi tak buat orang lain susah hati. Sebenarnya aku selesa di rumah. Lebih bebas. Ah tak kisahlah,yang penting aku menang walaupun terpaksa hadap mukamuka takpuashati barisan pembangkang. Sorry you all.

Balik rumah juga tiada letrik di sini. Tapi yang lain cukup alhmdulillah. Kadangkadang lepak masjid juga caj henpon cukupcukup balik buat nafkah ahli keluarga semuanya.Lihat muka mereka gembira menyambut henpon masingmasing bateri penuh buat hati tercuit juga dengan suka. Ini mengarut. Pengalaman baru selalunya tak pernah menjemukan. Dari air mula masuk rumah, air mula mengancam ketenangan, ribut risau melanda di klimak, sampailah air mula surut sikitsikit , air bertahan dan air mundur, aku cukup kelu bila tak pernah kedengaran rungut ayah ibu, tak terkeluar caci maki, tiada keluh berat mereka ajar kami redha, sabar dan tempuh sahaja semuanya dari Tuhan yang selalu ada untuk menjaga kami. Bila air surut aku masih ingat ibu selak langsir rumah dan kata "alhmdulillah surut banyak ni. Ibu terfikir kalau Allah nak suruh kat tepi ni jadi tasik pun, boleh je kan?"

Terima kasih ya Allah.
Kerana masih sudi menjaga kami ini,
Alhamdulillah.

Cuma mampu menitip rasa syukur.Cuma mampu baca cerita hiba mereka.  Cuma mampu tompang sedih mereka. Cuma mampu mendoakan mereka dilindungi.

Innalillahiwainnailairojiun.