Langkau ke kandungan utama

Kayuhan Asilah

Lewat malam kelmarin
Asilah berkayuh pulang sendiri
Jauh destinasinya menuju asrama
Ditemani cahaya bulan kelihatan kesipuan mengintip 
di balik awan awan yang tak pernah cuba minta permisi 
Mahu sembunyi daripada
Memayungi semesta

"Ya Allah penatnyaaa" desis hati


Diselang dengan bunyi laju keluar tarik hembus dari rongga hidung
Dada Asilah luar biasa laju nya ke hadapan dan ke belakang jadi tanda 
Jantung di dalam beribu ganda bekerja keras
Laju juga kakinya sedaya dicuba maintain mengayuh
Kenderaan dua tayar berusia hampir hampir 2 tahun diwarisi
Lenguh sekali.
"penatt woii"
Ada yang mendengar?

Kayuh lagi
Serasa perjalanan nya sangat letih kali ini
Mungkin kerana kaki saya ni sudah tidak pedung ni,
muhasabah Asilah perlahan 
Pulang ke tanah air tidak memerlukan ini semua.
Sana senang je kan. 
Syurga sana.

Buat Asilah sedih sendiri.
Buat dia terimbau semuanya
Wajah-wajah mereka yang mengelilingi di sana
Juga perbuatan yang sukar dimaafi
Kesedihan kini memuncak
Mulutnya tiba-tiba terasa asin
Menelan air jernih
Yang tiba-tiba laju berguguran dari mata sepet
Aku sendiri. Ada yang mahu tahu?

Asilah rasa mahu berhenti mengayuh. 
Penat sangat. Series aku tak mampu dah ni.
Dihadapan masih jauh,
Masih curam ini belum sampai akhir
"tapi kalau aku berhenti ni, ada apa je aku boleh buat?"
"takde siapa lah nak peduli kalau kau penat macammana pun"
"dalam pikir mereka kau tiada kesusahan"
"mereka rasa kau cukup semua tidak ada kurang "

Kayuhan dimaintain seupaya
Dalam esakan tangis , dalam helaan nafas paling kuat
Berapa ramai yang laju memintas
Bersama teman-teman gelak gembira
Ramai juga yang sudah habis pendakian
Gembira pulang dengan tenang senang
Tak perlu bersusah kayuh lagi
Jadi peneutralisasinya

Ketahuan.
Asilah jadi tahu
Bukan dia yang diletak Tuhan di tempat mereka
Biar perlahan. Biar susah
Tapi istiqomah. Tapi tak berhenti
Dia tidak mahu mengalah.
Visi nya satu,

Kerana Asilah pasti sekali
Dia di sini tak mungkin 
Di sia-sia Tuhan
Tak mungkin tiada
Fungsi kewujudan

Sayup-sayup kelihatan bangunan asramanya
haih nasiblah duduk kat area berbukit tak habis
Esok kena pam tayar ni
Baru boleh jadi juara lumba
Seperti biasa.

Untuk cerita Asilah
Biarlah cerita ini tergantung lagi
Ya akhirnya Asilah bisa sampai ke asramanya
Keadaannya bagaimana, Bila dan kesudahannya
Biarkanlah
Kerana ada Sang Pencerita yang lebih agung 
lebih tahu bagaimana menyambungnya.

Tiada yang berani mengaku
Tahu kodeksku yang kompleks
Disleksia cuba rilek macam okey macam okey
Bila dunia haram nak memahami
Dia kata dia kuat kerana Dia yang kuat
"Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan."
An Nahl  16 :127

Wallahua3lam.
Mukminahaqilah
bilik208
322pm







   


Ulasan

Catat Ulasan

kumen2

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan