Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Wahai Bakal Suami

Bismillahirrahmanirrahim.  Surat ini saya lakar selang beberapa hari lagi sebelum kita disatukan. Saya tulis ini bagi menggambarkan keterujaan saya pada penantian kita bersama. Tidaklah saya berharap lebih melainkan awak di sana membacanya dengan pengertian dan bahagia. Dan tidaklah saya mahu yang lebih melainkan senyuman dan kegembiraan awak menerimanya. Wahai bakal suami,  Betapa saya ini bersyukur Tuhan sahaja yang tahu saya dipertemukan dengan awak. Perkenalan kita tidak lah lama, tetapi sangat cukup sebenarnya. Cukup untuk saya selalu berdebar bila menatap awak, untuk saya selalu tenang bila memikirkan awak, bahkan cukup untuk saya bahagia bila tahu yang awak sedang merindui dan menyayangi. Wahai bakal suami, Mengenali awak wahai bakal suami, buat saya kagum dengan besar sekali. Betapa awak itu kuatnya mengalahkan hero-hero dalam cerita. Awak berjuang selama ini seorang diri walau sesambilnya penuh dengan sepi dan sedih yang mengelilingi. Tangis awak, keluh awak disimpan rapi seka

Done 2 Tahun Syakaijin

Masa berlalu begitu laju  Bila saya bergelar salary-woman ini Saya selalu merasakan tiba-tiba sudah habis sehari, Habis seminggu, habis sebulan, pap setahun! Nah, tiba-tiba sahaja saya sudah di tahun yang ke-tiga  Bekerja sebagai pekerja asing di negara matahari terbit  Malah hari ini saya menaip tanpa perlu memandang keyboard Malah hari ini saya menjadi antara nadi penting buat sebilangan di sini Malah hari ini saya sudah tidak peduli lagi dengan perasaan takut-takut  Macam-macam cerita saban hari  Ada hari kepenatan, ada hari kebosanan  Hari kegembiraan, hari kesedihan juga tak lekang juga berkunjung Dahulunya saya berfikir tak mungkin lah saya boleh bertahan  Apatah lagi seorang diri sendiri  Tekaan itu malah ada benar, ada tidak benar juga  Menjadi dewasa ini kawan  Seperti terbang bebas dengan sayap yang 'dipasang' sendiri Kekuatan-kekuatan dan tampungan cuma tinggal minta pada Tuhan  Kerana pada akhirnya diri sendiri bebas memilih Menjadi bagaimana dan bersama siapa