Khamis, 30 Disember 2010

Detik itu

Detik itu
Aku tersengih sorang
Yeah! aku memang pandai
Pandai kecewakan mak bapak

Detik itu
Aku tersengih lagi
Doktor kah??
Sengihku bertukar gelak sakan

Detik itu lagi
Aku buang sengih 
Apa aku dah buat?
Kabur lagi

Detik itu
Aku cuba mencari kongklusi (bak kata hujan)
Kerah dan perah petunjukMu
Moga solusi (majalah kesayangan kakak) dapat ku temui

Detik itu
Diam ku tanda setuju
Moga ini terbaik
Tuhan, aku perlu kekuatan 

Detik itu
Aku menjerit dalam sepi
Ini yang terbaik! insya Allah
Ghaffur, kupercaya (yakin 140%) takdir

Detik itu,
Hatiku terus berkelana
Ibu, kilah mintak maaf!!!

Tuhan, aku redha, aku milikmu dan Engkau memilikiku. Maka kau peliharalah aku sebaiknya,
Tuhan, segalanya ditanganMu dan..

AKU PASRAH!

Isnin, 20 Disember 2010

Padan muka

salam3.. hari ni aku puas hati!! nak tau kenapa?? inbox yahoo aku kosong daripada si penyibuk notification facebook.. x daya den daripada dulu x delete.. hari ni tercapai impianku.. aku buat akaun yahoo baru khas untuk notification fesbuk! yeah! 


korang-korang dipersilakan try.. untuk mengelak daripada stress bila bukak inbox! =p.. (baca quran lar nak hilang stress!) cekodok! aku blah! salam.


Jom tukar style shoutmix!

salamalaik.. aku agak teruja dengan komen ni :


pergh.. sabor je la.. dengan rela hati aku pun try la "menupgradekan" shoutmix ku.. dan jadilah cenggini :(padahal tukar pic jer)

amek kau!!klik sini arrr
sebenarnya, bukan itu yang aku nak cakap. aku cuma nak share dengan bloggers2 yang may be nak tukar style shoutbox/mix dorang menjadi float a.k.a terapung, kalau nak suruh aku ajar wasalam je la, so aku suggest korang pergi kat link ni.. senang dan cepat ! selamat mencuba!!

Ahad, 19 Disember 2010

Khas untuk k.Ainul =)

salamalaik! aku baru belaja printscreen!Nampak macam lembab sangat, peduli haper aku =p tengkiu k.Ainul! May Allah Bless=) 

ni hasilnya: 


KRU's Memories =)


Rasa bersyukur gila =p

Jumaat, 17 Disember 2010

Jawab Survey Kejap

salam.. di tengah-tengah malam ni, aku mengagahkan mata untuk terus segar dengan menjawab soalan-soalan servay berikut.. kalau ada yang nak jugak jawab pergi kat sini survey


1) Apakah jenama telepon bimbit yg anda gunakan sekarang?
nokia

2) Apakah jenama komputer riba yang anda gunakan sekarang?
bluedot

3) Apakah jenama kamera digital yang anda gunakan sekarang?
panasonic

4) Apakah saluran jalur lebar yg anda gunakan sekarang?
streamyx

5) Apakah jenama pakaian yg anda selalu beli sekarang?
tidak diketahui

6) Di manakah restoran/cafe yg selalu anda singgah untuk makan?
aku makan kat umah =p

7) Di manakan gedung membeli belah yg selalu anda kunjungi?
tau terus maju?? koi layan cowboy=p

8)  Apakah saluran radio tempatan yg selalu anda dengar?
ikim fm

9) Apakah saluran TV tempatan yg selalu anda tonton?
ceria

10) Apakah jenama pewangi badan yg anda gunakan sekarang?
oh,saya x pakai minyak wangi=p

11) Apakah jenis bahan bacaan yang anda selalu baca?
naruto, conan

oqeh setel =)


Rabu, 15 Disember 2010

Muhammad Al-Fateh

Salamalaik.


1) Anda perlu tahu :

Rasulullah bersabda 

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam, pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin, dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (H.R Ahmad Bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

2) Tahukah anda :

Usaha untuk menakluk konstantinopel telah bermula sejak  tahun 34 Hijrah oleh Saidina Ali . Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah, Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397, dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.


3) Anda mesti tidak tahu :


Biodata Sultan MUhammad Al-Fateh
Nama : Muhammad 
Tarhikh lair : 30 Mac 1432
Tempat lahir : Edirne 
Nama bapa : Sultan Murad
Nama ibu : Huma Hatun 
Kepakaran dan kelebihan : Mahir dalam ketenteraan, matematik dan sains. 
Menguasai bahasa bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi dan Latin)
Tarikh meninggal dunia : 3 Mei 1481 (pada usia 49thn)

4) Mari aku beritahu :

Pada usia seawal 21 tahun Sultan Muhammad telah berjaya menakluk Konstantinopel yang merupakan pucuk utama empayar byzantine (Rom), Satu kuasa kuat yang amat sukar ditumbangkan pada zaman itu.. Subahanallah..Beliaulah sebaik-baik pemerintah yang dimaksudkan oleh Rasulullah,hebat bukan,, aku ada cerita 

:


Selepas Konstantinopel berjaya ditakluk, umat islam ingin mengerjakan solat jumaat yang pertama di masjid aya sophia(sebelum ni sebuah gereja termasyhur).. Sultan Muhammad membuat pemilihan imam untuk mengetuai solat Jumaat, semua tenteranya diminta berdiri.. beliau melaung : 
" siapa-siapa yang sejak baligh pernah meninggalkan solat fardu sila duduk!"
masyaAllah.. tidak ada seorangpun tenteranya yang duduk..next question :
"siapa-siapa yang sejak baligh pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk "
Subahanallah.. hanya separuh daripada tenterannya yang duduk, 
Last question.. jeng..jeng..jeng
"siapa-siapa yang sejak baligh pernah meninggalkan solat tahajud sila duduk!"
semua tenteranya duduk, KECUALI seorang..
iaitu..??
beliau sendiri.., SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH!
Allahuakbar.. betapa hebatnya Sultan Muhammad..
sekarang.. readers.. KITA??
 cuba kita fikir, usia kita sekarang?? apa yang kita sudah berjaya lakukan?? Jom pakat cari buku ni ! best woo


Utusan Tuhan Bersabda
Benarkan Satu Ketika
Derapan Kuda kan Tiba
Bebaskan Kota di Roma

Tentera Fateh pun Datang
Hadis Nabi Kuatkan Iman
Layar Kapal Rentas Daratan
Tanduk Emas dibantu Tuhan

70 kapal pun tiba
Byzantin Gegak Gempita
Dua Ratus Ribu Tentera
Mimpi Buruk Sudahpun Tiba

800 Tahun Penantian
Konstantin Akhir di Tawan
Panji Islam dikibar Hasan
Tubuh Syahid Jiwa dikorban

Itulah Si Anak Muda
Beraksi Menggegar Dunia
Itulah Sebaik Raja
Itulah Sebaik Tentera




alhamdulillah~

Khamis, 9 Disember 2010

Last Breath ??

SALAM. yup readers! jom dengar lagu ni! dah tepu telinga sumbat dengan lagu Life your life, Hot n cold, Poker face, HealWord, Cray, Love story, Kau,  baaanyak lagi. tu tak masuk lagi Do it Do it, Mystery, Heartbeat, Shock, Bad girl, Lie, Day by day.(huh letih aku type).rasa da penat sangat dah dengar lagu-lagu tu kan.. so meh sama-sama kita hayati lagu best ni pulak!


Subahanallah! aku first-time dengar lagu ni rasa nak nangis, macam mana la nanti kann..aku percaya readers aku semua dah besar-besar. so, lu pikir la sendiri! =p


Sabtu, 4 Disember 2010

Under Repair

salam! blogku masih direnovate, maaf banyak yer. Korang jangan buat banyak sangat walking, flying, lepaking dan sewaktu dengannya (malu koi). Aku repair sebab ada je suara sumbang cakap, 
"KO BUAT IKLAN DIGI KE?? ".. =.= sabo je la


Jumaat, 3 Disember 2010

Selamat Tahun Baru!

Salam. Moga tahun mendatang memberi seribu kebaikan, Barakallahufik!




Khamis, 2 Disember 2010

JOM SANTAI D' BLOG MENCARIISTERI

salamalaik, aku dikerah oleh si aref untuk buat entry seperti yang tertera..
Dah lame aku x buat entry macam ni. Siapa-siapa yang nak join, klik kat image bawah ni, understand?


as well, bila ada entry cenggini kena la jawab soalan kan.. 

1- Tulis URL korang :

http://ilive4well.blogspot.com
  1. 2- Nyatakan siapa yang ajar korang buat blog ?
No answer. Secara betul, diri sendiri yang mengajar a.k.a belajar sendirian. Tapi puncanya bila aku tengok kakak berbelog, timbul la hasrat nak jugak belog, Next, belajar sendiri la
  1. 3- Blog yang macam mana korang suka ?
Blog yang banyak bagi ilmu kepada readers!
  1. 4- Apa azam tahun baru korang ?
Moga lebih baik daripada sebelumnya..

Treng.treng ..treng..

TAMAT!

award lagi =p

3 HOBI

salamalaik! aku ditag oleh si mariatul untuk buat entry tentang 
3 HOBI WAKTU KECIK-KECIK,


puas aku fikir apa nk tulis?
sebab aku memang banyaakk sangat hobi waktu kecik-kecik
tapi yang first sekali telintas dalam fikian aku :




MAIN TENG-TENG!
aku x tau lah apa nama yang lebih hebat daripada teng-teng tu..ketinting? ting-ting? aku panggil teng-teng sampai sekarang =p, 


untuk lukis petak-petak tu, kiteorang pinjam (lebih tepat curi) kapur sekolah berdekatan, pastu maen lar,, biasanya ada geng-geng, bila ada geng ape lagi,, selalu gaduh la.. seronok woo.. lama dah aku x lompat-lompat guna satu kaki=p

next : aku suka,


BACA BUKU!



Nampak macam kelentong je kan, tapi kali ni aku x tipu macam biase, aku pun x tau kenapa macam mana aku boleh minat gila baca buku waktu kecik-keik dulu (petala ke-8 kalau nak bandingkan dengan time dah besar)..satu faktor mungkin sebab prinsip parent aku x nak ada tv dalam rumah? entah..siap pernah dapat award dari sekolah TOKOH NILAM wow!. nak ketawa ada jugak kalau ingat balik.

akhir sekali aku suka :


MAKAN!



secara jujurnya, ni la hobi aku yang paling hakiki =p Kepada para readers dilarang meniru aksi di atas, aku pernah baca satu entri, dia cakap penyakit kebanyakan datangnya daripada perut, iaitu?? makanan.. ingat tu! 



okeh setel entry kali ni. Mariatul ade suruh letak gambar kecik-kecik.. gambar ye?? ha, ni gambanya =p


alhamdulillah setel entry ni.. penat woo fikir ape hobi aku..
disuruh pulak tag 5 org.. malas koi.. follower-follower yang rajin boleh lah try jawab yer..
SALAM