Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

Menenangkan Diri

Menenangkan Diri Semakin aku kejarkan cinta manusia Semakin aku hilang dari roda keyakinanNya Entah. Mengapa yang hadir  Cuma untuk sebentar  Untuk apa kamu berjuang  Andai bukan untuk selamanya  Tarik nafas. Mengalahlah diri  Bukan kamu yang memiliki dirimu  Diri ini untuk diserahkan  Biar lumat, hancur berkecai sekeping hati,  Redha, dan yakin tak pernah surut  Tuhan,  Andai ini jalan-jalan yang Kau pilihkan  Tiada rasa lain yang berhak hamba persembah  Melainkan, rasa rindu, rasa terus mahu diuli  Dengan bimbingan dan sayangMu  Untuk ujian harini dan semalam.  Aku bersyukur seribu syukur  Telah dibekalkan diri dan hati yang begini.  Untuk ujian harini dan semalam,  Terima kasih lagi, Allah :)  Akan aku terus berjuang  Biar sepi biar sendiri  Asal tak lekang rasa syukur dan percaya  Aku, untukMu.  Mukminah Aqilah,  29 Sept 2018, 12:43  BastbSeptember