Langkau ke kandungan utama

Menenangkan Diri

Menenangkan Diri





Semakin aku kejarkan cinta manusia
Semakin aku hilang dari roda keyakinanNya

Entah. Mengapa yang hadir 
Cuma untuk sebentar 

Untuk apa kamu berjuang 
Andai bukan untuk selamanya 

Tarik nafas. Mengalahlah diri 
Bukan kamu yang memiliki dirimu 

Diri ini untuk diserahkan 
Biar lumat, hancur berkecai sekeping hati, 
Redha, dan yakin tak pernah surut 

Tuhan, 
Andai ini jalan-jalan yang Kau pilihkan 
Tiada rasa lain yang berhak hamba persembah 
Melainkan, rasa rindu, rasa terus mahu diuli 
Dengan bimbingan dan sayangMu 

Untuk ujian harini dan semalam. 
Aku bersyukur seribu syukur 
Telah dibekalkan diri dan hati yang begini. 

Untuk ujian harini dan semalam, 
Terima kasih lagi, Allah :) 

Akan aku terus berjuang 
Biar sepi biar sendiri 
Asal tak lekang rasa syukur dan percaya 
Aku, untukMu. 

Mukminah Aqilah, 
29 Sept 2018, 12:43 
BastbSeptember 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas ...

Kisah 3 Pagi

Bismillahirrahmanirrahim. Hari itu Sarieyah dan teman-teman ada program, Mereka perlu bermalam untuk sehari. Mereka pilih bentang futon (baca : tilam) dan tidur ramai-ramai di ruang luas Lebih luas kasih sayang katanya. "Hey esok kejut tau siapa bangun awal,