Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Semuanya Baik-Baik

Hari yang berlalu serasa laju benar berlarinya  Tiba-tiba sahaja kita menjadi insan yang sedekat ini hatinya Biar jasad kita berpisah jauh merentas lautan  Tapi entah mengapa saya rasa kita boleh melakukan ini bersama  Kerana awak yang di sana  Payah benar menghilangkannya dari ingatan  Semua matahari pagi saya terlukis awak  Semua senja merah saya dironai awak Maka demikian hari-hari yang kita lewati  Menjadi penantian yang penuh debaran  Kerana kita ini mungkin ditakdir Tuhan  Tidak akan berpisahnya sampai syurga  Maka mengenal awak satu pilihan dan anugerah paling besar  Menyakiti awak menjadi larangan keras   Senyuman awak itu memancarkan seluruh cahaya semesta saya  Semua puisi-puisi awak segar terus dalam rima memori saya Kerana hidupnya bugar buat saya menatapnya hampir setiap hari  Sebagai penyembuh kerinduan  Yang hadirnya diam-diam tapi dasyat nian Saya termangunya tanpa izin beberapa kejap Pilihan yang dibuat oleh Tuhan kepada saya kali ini  Suatu keindahan yang mungkin

Untuk Saya Yang Semalam

Untuk saya yang semalam  Terima kasih kerana selalu memilih yang hasilnya baik-baik Terima kasih kerana selalu mendekati Tuhan  'Memujuk' Dia memberitahu jalan-jalan yang tak pasti  Menyakini selalu Dia menemani  Untuk saya yang semalam  Terima kasih kerana selalu memilih jadi kuat Walau badai terlalu banyak untuk diberi alasan-alasan  Menjadi kulai tak bernafas seperti tidak mahu hidup  Awak ada pilihan untuk itu berapa kali banyaknya  Tapi awak tegar sahaja bangkit dan bangkit lagi selepasnya  Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana memegang watak-watak kebaikan  Yang lurus dan jujurnya bila dengan Tuhan Yang memberi dan menghargai sekeliling tanpa hampa Yang tegar hidup memikul ketidaksempurnaan diri dan yang lain  Untuk saya yang semalam Terima kasih kerana memaknai hidup sepenuhnya  Walau masih banyak tempat yang masih kurang,  Saya tetap benar-benar bangga dengan awak  Terima kasih kerana menjadi diri sendiri selama ini Menjadi yang begitu seadanya sudah cukup  Un

Monolog Takut

Memandang yang kehadapan ini  Kadang buat saya bermonolog takut dan bimbang  Terutama pada kejahatan, kelemahan dan kurangnya diri  Saya takut saya mengecewakan dan melukakan  Saya takut saya hilang sabar dan meletakkan jangkaan yang bukan-bukan  Seperti saya yang sebelum ini, dan semua kebarangkalian yang terlintas itu Bagaimana ini Tuhan, saya melirih kerap sekali  Kerana saya yang begini  Saya yang begini sebenarnya perlu melakukan apa? Berapa kalipun dibilang kepada diri  Doa yang baikbaik sahaja.  Niatkan yang harmoni sahaja. Tapi nyatanya bila tiba pada masa-masa yang tersebut Saya sukarnya lolos dari bimbang dan takut  Waktu-waktu begini begitu mudahnya saya menulis Begitu banyak yang bermain berlegar di angkasa fikiran,  begitu banyak yang masuk dan menuntut difikirkan  Kadang ia melemaskan dan merimaskan Sudahnya saya cuba untuk mengeluarkan satu-satu apa yang tidak jelas itu  Kerana benar, perempuan dan hatinya tidak pernah bersahabat Saya ini sebenarnya mahunya apa? Mahu

Watak

Kerana kisah-kisah saya sebelum ini  Cuma menjadi watak sampingan cerita mereka-mereka Menjadi yang disinggahi dan dikecewakan  Menjadi yang singgah dan mengecewakan Sesampai saya tenggelam merasai saya tiada berhaknya tiada harganya Sesampai air mata seolah rakan karib  Sesampai harapan untuk itu tidak berani dipegang lagi Membayangkan hari esok sahaja seolah melihat mimpi ngeri Walaupun kadang saya mempertikai dan memboikot kerja Tuhan Derhaka seorang hamba ini tidaklah berani menghilangkan kesyukuran   Tarungan demi tarungan memegang watak yang meredhakan dalam tangis dan sunyi Seorang saya ini cuma mahukan tenang, mahukan dirinya lebih mencintai Tuhan sehari-hari Kerana Tuhan saya tetapnya Allah, Tuhan Maha Baik, Maha Mengasihani  Dia menyelamatkan saya berkali-kali Tanpa jemunya tanpa gagalnya  Kerana Dia mahu membiarkan saya berlagu sedih seketika Dari menjadi watak utama yang menyedihkan Dari menjadi watak yang tidak disudikan  Watak yang kelihatannya gah di depan semua namun me