Langkau ke kandungan utama

Watak

Kerana kisah-kisah saya sebelum ini 
Cuma menjadi watak sampingan cerita mereka-mereka
Menjadi yang disinggahi dan dikecewakan 
Menjadi yang singgah dan mengecewakan
Sesampai saya tenggelam merasai saya tiada berhaknya tiada harganya
Sesampai air mata seolah rakan karib 
Sesampai harapan untuk itu tidak berani dipegang lagi
Membayangkan hari esok sahaja seolah melihat mimpi ngeri

Walaupun kadang saya mempertikai dan memboikot kerja Tuhan
Derhaka seorang hamba ini tidaklah berani menghilangkan kesyukuran  
Tarungan demi tarungan memegang watak yang meredhakan dalam tangis dan sunyi
Seorang saya ini cuma mahukan tenang, mahukan dirinya lebih mencintai Tuhan sehari-hari
Kerana Tuhan saya tetapnya Allah,
Tuhan Maha Baik, Maha Mengasihani 

Dia menyelamatkan saya berkali-kali
Tanpa jemunya tanpa gagalnya 
Kerana Dia mahu membiarkan saya berlagu sedih seketika
Dari menjadi watak utama yang menyedihkan
Dari menjadi watak yang tidak disudikan 
Watak yang kelihatannya gah di depan semua namun menyembunyikan luka dan duka 
Untuk selamanya 

Maka kali ini Tuhan mencatur watak saya dengan luar biasa sekali 
Sampai saya rasa jika saya ini hanya bermimpi 
Jangan sedarkan sesekali kerana ini terlalu indah 
Seolah sayalah yang paling disayangi dan dihargai selayaknya 
Menjadi puteri dalam cerita dongengan

Tidaklah saya yang berharap lebih ataupun yang pelik-pelik
Melainkan kesabaran yang berpanjangan, juga kedekatan kita kepada Tuhan
Kerana kitalah yang akan membawa keluarga ini
Menuju redha Tuhan dan sorganya 

Moga semuanya baik-baik sahaja, 
Selamat Hari Wanita sedunia, Aqilah dan semua wanita di luar sana. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.