Isnin, 10 Mac 2014

Yang Terpendam

Menjadi sahabatmu buat aku bisa rasa belaian kasih Tuhan selalu.
Menjadi sahabatmu bisa buat aku rasa diri ini dicintai selalu.
Menjadi sahabatmu bisa membuatku tenang melewati harihari
Menjadi sahabatmu bisa buat bahagiaku menjadi infiniti

Menerimaku siapa adanya
Cukup kau mahir kekuranganku
Menenangkan saat aku ribut
Menguatkan saat aku tersungkur
Manis senyuman saat ku punya kongsian suka
Tak pernah gagal memberi kata penguat
Sungguh aku selalu bisa kuat kerana bibirmu yang sentiasa meminta Tuhan berikan sedikit sayangNya kepada sahabatmu ini

Sahabat,  tak ada kata mampu ku tutur mewakili bahagia mengenalimu dan Tuhanmu.

Aku tak tahu siapa yang bakal pergi dulu
Juga ku perit membayang perpisahan
Tak pernah ku hilangkan memori kita
Mempunyai sahabat sepertimu buat aku rasa aku cukup selalu.
Kira selepas ini kita tidak punya peluang lagi seerat dulu,  ku mahu kau yakin,  kau tak pernah lepas daripada kalungan doaku.

Ku punya permintaan sahabat,  andai aku gugur,  genggamlah kembali jemari ku supaya kita sentiasa stabil bersama meneroka redha Tuhan.

dan andai gugurku buat selama, cuma satu ku mahu ungkap bimbang tak punya kesempatan, maafkan diri yang penuh comot kekurangan selama bergelar sahabatmu,
Infiniti terima kasih kerana pernah mengajarku erti persahabatan sebenar,

yakni kita mahu bersama sama melangkah ke syurga.

Selamat Hari Lahir
Nur Fatini Nazurah bt Zulkafley
10 Mac 2012

Terlalu mahu bersamamu di syurga,
sahabatmu.

Ahad, 2 Mac 2014

Lama Tidak Bersua

Lama tidak bersua.
Antara jiwa dan papan kunci sudah lama tidak bersua.
Sudah lama tidak berpadu.

Kadang kadang saya letih.Perit pun ada juga.Syukur saja jalan utama. Semua ini bawah aturan besar.

Mencuba untuk setia dengan janji janji yang pernah dilafaz, bagai mencekik sebenarnya. Aku tak pernah minta.

Duduk bersimpuh di daerah kotaraya ini,  mencoba memetik bintangbintang impian yang serasa masih jauh,  galas seribu harapan kadangkadang rasa sakit sendirian.

Namun,  ku tahu ku punya Tuhan. Hela nafas penyelesaian. Aku hamba. Aku punya kerja. Aku punya tempat terakhir. Persembahan ini mungkin masih belum yang terbaik.

Kajilah hati. Kaji. Kita hidup untuk benarbenar untuk capai rahmat Dia. Kasihanilah diri sendiri jika masih jauh daripada mokuteki.

Moga jumpa lagi wahai yang sudah lama tidak dekat.