Ahad, 2 Mac 2014

Lama Tidak Bersua

Lama tidak bersua.
Antara jiwa dan papan kunci sudah lama tidak bersua.
Sudah lama tidak berpadu.

Kadang kadang saya letih.Perit pun ada juga.Syukur saja jalan utama. Semua ini bawah aturan besar.

Mencuba untuk setia dengan janji janji yang pernah dilafaz, bagai mencekik sebenarnya. Aku tak pernah minta.

Duduk bersimpuh di daerah kotaraya ini,  mencoba memetik bintangbintang impian yang serasa masih jauh,  galas seribu harapan kadangkadang rasa sakit sendirian.

Namun,  ku tahu ku punya Tuhan. Hela nafas penyelesaian. Aku hamba. Aku punya kerja. Aku punya tempat terakhir. Persembahan ini mungkin masih belum yang terbaik.

Kajilah hati. Kaji. Kita hidup untuk benarbenar untuk capai rahmat Dia. Kasihanilah diri sendiri jika masih jauh daripada mokuteki.

Moga jumpa lagi wahai yang sudah lama tidak dekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kumen2