Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

40 Hari Mencintaimu Suami

Pada Tuhan, seandai cuma satu permintaan sahaja yang boleh dikabulkan di saat ini, kabulkanlah permintaan hamba; agar kami dapat menjaga hubungan ini sebaiknya sehingga ke syurga.  40 hari menikahi satu sosok yang dah tertulis di siratan menjadi jodoh saya, membuatkan saya semakin yakin dengan janji Tuhan. Serasanya benar sekali; ingin saya pesan baik-baik kepada diri dan mereka yang lebih muda mentah pada satu ketika:  'Jika kita sedang membaiki diri kita harini walaupun sedikit sahaja, yakinlah bahawa jodoh kita juga sedang melakukan yang sedemikian' Kerana Tuhan itu adilnya luar biasa. Kita akan disusun dan dijumpakan dengan niat dan hasrat kita pada akhirnya. Apakah ada yang lebih gembira bila mengetahui sang suami selama ini mengulang rutin dan memegang pandangan hidup yang sama? Apakah ada yang lebih menyenangkan bila suami kesayangan menggembirakan dengan cara yang paling dimahu? Apakah ada yang lebih mengujakan bila suami sanggup memilih kesabaran sehari-hari dalam menu