Langkau ke kandungan utama

40 Hari Mencintaimu Suami

Pada Tuhan, seandai cuma satu permintaan sahaja yang boleh dikabulkan di saat ini, kabulkanlah permintaan hamba; agar kami dapat menjaga hubungan ini sebaiknya sehingga ke syurga. 

40 hari menikahi satu sosok yang dah tertulis di siratan menjadi jodoh saya, membuatkan saya semakin yakin dengan janji Tuhan. Serasanya benar sekali; ingin saya pesan baik-baik kepada diri dan mereka yang lebih muda mentah pada satu ketika: 

'Jika kita sedang membaiki diri kita harini walaupun sedikit sahaja, yakinlah bahawa jodoh kita juga sedang melakukan yang sedemikian'

Kerana Tuhan itu adilnya luar biasa. Kita akan disusun dan dijumpakan dengan niat dan hasrat kita pada akhirnya. Apakah ada yang lebih gembira bila mengetahui sang suami selama ini mengulang rutin dan memegang pandangan hidup yang sama? Apakah ada yang lebih menyenangkan bila suami kesayangan menggembirakan dengan cara yang paling dimahu? Apakah ada yang lebih mengujakan bila suami sanggup memilih kesabaran sehari-hari dalam menuai resam kebaikan menyenang dan memuliakan seorang isteri?

Mana mungkinlah kita menjalani kesempurnaan belaka tanpa ada calit-calit gusar dan hampa. Apatah lagi pada saat kita masih setahun jagung dalam area pernikahan. Tetapi mengapa perlu memandang kekusutan padahal kita boleh memilih saling mahu menuju kepada yang lebih baik? 

Terima kasih belahan hati kerana selalu hadir dengan penuh cinta dan kebahagiaan. Akan saya ingat seumur hidup saat saya memilih abang sebagai suami, dunia seisinya seolah menjadi milik saya. 

Terima kasih kekasih selamanya kerana selalu hadir dengan penuh kebaikan, kekuatan dan penghargaan. Akan saya tanam sedalamnya kenangan lalu dan harapan mendatang untuk kita terus utuh melangkah bersama selepas ini. 

40 hari yang luar biasa dalam 25 tahun hidup saya. 
Buat saya mahu terus senyum menjadi satu-satunya bintang awak paling menyinar.

Terima kasih, suami 
Happy 40th day! I am the luckiest girl in this world for having you <3


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.