Bismillah, Assalamualaikum
Kekurangan menjadi pengawas :
Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.
Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.
Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima
Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih
Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira
Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia
Kelebihan menjadi pengawas :
- Mengasah bakat kepimpinan (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada)
- Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah terbuka luas. (dapat lah pahala kan)
- Popular. ("tak kan tak kenal, pengawas yang rambut belah tepi tu..Yang selalu naikkan bendera tuu")
- Menambah markah kokurikulum
- Belajar amanah (daripada melaksanakan pelbagai tugasan harian yang dipikul)
- Menjaga diri supaya berdisiplin (aku tak kasi orang buat, takkan aku buat. Eh , nanti malulah nama pengawas)
- Selamat daripada segala syak a.k.a sentiasa dipandang baik (dia kan pengawas, takkan dia nak buat benda tuu)
- Rapat dengan guru-guru (eh berkat guru tu penting apa?)
- Gembirakan mak dan ayah (anak aku pengawas, kenapa nak Drogba tak dapat jadi? oh oh. bagusnya anak aku. Kita dapat pahala kan?)
- Dipulau, tak ramai kawan(oh , dia kan barua. nak mati ke aku kawan dengan pelapor terhebat)
- Banyak kerja (alah, nak study lagi, nak jaga gate lagi, nak buat homework lagi, nak hantar laporan bulanan lagi, nak susun kerusi cikgu waktu perhimpunan lagi, nak main
Sim Social kat facebook lagi, nak tanya cikgu formula math lagi. adoiii) - Serba salah (wey, kawan aku bawak phone, kalau report aku putus kawan, tak report menjadi-jadi. =.=)
- Semua orang mengharapkan yang terbaik ( kamulah harapan sekolah..bantu cikgu, berakhlak baik , berdisiplin , cemerlang dalam akademik
dan farm ville,menghapuskan rekod-rekod burukjenayahsekolah, pembimbing rakan sebaya dan sebagainya) - Tak boleh buat silap ( Pantang melanggar peraturan kecil pasti akan dijadi bahan bualan hebat,post di fb, kutuk dan sebagai..Tu belum kira langgar peraturan yang hukumannya sampai gantung/ buang sekolah )
- Dipandang serong (dasar kaki bodek. Eh, kalau pengawas mesti cikgu lebih-lebihkan kan?.)
- Prefect must perfect? (yew~ kau nak tegur-tegur aku? weh cermin sikit diri tu. Dah boleh masuk syurga ke? kau tu pun bukan nya berdisiplin sangat.)
- Nila setitik rosak susu sebelanga (alah.. pengawas sendiri pun banyak masalah.)
- Ditakuti
- Tak merasai keseronokan menjadi pelajar (ye lah, kalau aku tak jadi pengawas, mesti aku boleh selamber hang out waktu cikgu mesyuarat, jamming ramai-ramai lagu Aduh Saleha dalam bilik darjah, hantar surat layang kepada orang aku tak suka, jadi leader buat sketsa WWE ,curi kunci kereta cikgu untuk betulkan jawapan sejarah Final Exam, dan segala bagai. Kan tu seronok tu? Nanti boleh senyum sendiri bila teringat semua kenakalan yang aku buat waktu bangku sekolah ni. Tapi aku tak mampu buat semua tu kerana satu benda. Baju yang aku pakai warna dia lain dengan orang lain.)
Nampak tak? Mungkin ada yang tidak setuju dengan point-point aku. Tapi aku menulis mengikut fakta bukan auta. Pelajar-pelajar hari ni bukan lagi pelajar yang mudah akur pada peraturan sekolah. Malah kadang kala bangga dengan kenakalan mereka.
Dengar kan ini luahan kami. Kami menjadi pengawas, atas pilihan Dia, samada kami sememangnya rela atau tidak, itu perlu ditolak tepi. Yang pastinya kalau kami buat, kami dapat pahala, dan kalau kami tak buat bererti kami khianat pada kamu, pada guru dan sekolah. Jadi? apa harus kami lakukan?
Jika kamu masih keras untuk tidak memahami kami, aku pinta satu. Tolong letakkan diri kamu di tempat kami. Tolong rasa apa yang kami rasa. Sesungguhnya kami tersenyum tika kamu mengumpat pelbagai macam mengenai kami kerana kami yakin dengan Dia. Bukankah rancangan Dia tetap terhebat? Walaupun kami kadang kala jatuh kesedihan dengan apa yang kamu katakan, tetapi kami tanam dalam-dalam kekuatan menjadi pemimpin dalam sanubari kami.
Masihkah kamu keras? aku pinta sebuah lagi permintaan. Tolong fikirkan keadaan dunia yang tiada peraturan. Tiada insan yang berminat untuk menegur, menjaga dan melaksanakan peraturan. Bagaimanakah? Bahagiakah hidup kita ketika itu?
Aku menulis bukan atas rasa dendam dan iri. Seribu pohonan kemaafan aku minta kalau ia menyakitimu.Tetapi aku mohon aku dan kamu berfikir dan mencerna kembali. Moga sinergi perubahan dan praktikalnya akan terus mekar mewangi. Azimat keanggunan insan bermaruah dan harmoni.
teringat ms jd pengawas dulu, hihi
BalasPadamikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan...insya Allah, mendapat pahala..
BalasPadamassalamualaikum ,
BalasPadamjadi pengawas mmg byk cbrnnya .
be strong ok . hehe .
*sy merasai apa yg awk rse . :)
alhamdulillah. saya cuba mencari bahan-bahan yang berkaitan dgn pengawas kerana selama 4 tahun, saya tidak bersungguh-sungguh menjalankan amanah ini. tapi, untuk lebaran baru, InShaaAllah, saya ingin berubah kepada yang lebih baik. entri saudari banyak mengajar saya. terima kasih :)
BalasPadamooo saya baru saja menjadi pengawas
BalasPadamsetakat ni aq jadi pengawas sekolah menengah nak masuk 3 tahun , everything is still fine . aq ta dilabel barua dan sbagainya . tpi fed up lha jugak jadi pengawas kalo pelajar yg tinggi-2 badan besar nakal ta mau dngr ckp . frustt betul . but this year , no more takut !
BalasPadamnice entry ^^ memang sesuatu yg mahu diluah oleh setiap pemimpin pelajar sekolah
aku jadi pengawas kat sekolah aku,tak ditakuti langsung,kitorang yg takut dengan pelajar...sedih...
BalasPadamjom buat group pengawas, saya ni pengawas di sekolah menengah yg selalu di gossip kan. tapi kat rumah saya seorang hackers. tapi saya hackers baik. jom buat group pengawas nah fb saya https://www.facebook.com/syed.muhdikmal.35
BalasPadamsaya berharap menjadi pengawas sekolah tahun depan,cikgu cakap reputasi awak akan dinilai jadinya dari segi permakahan belajar perikse....saya pulak turun,dulu dapat no.2 sekarang 14 ...banyak sangat main fb...
BalasPadamSy applky nk jdi pengawas masih belum dapat keputusanya lagi hrp hrp sy dpt sedih say a selalu fikiran tntg pengawas takut stress :'( :)
BalasPadambest kot jadi pengawas ...tapi ada pelajar yg degil keras kepala la..aduhh..geram..
BalasPadampegang jawatan pengawas sejak 2014.. Pada mulanya Exco, 2015 jd SU, 2016 jd Majlis Ketua Pelajar bawah unit 3K , Tahun ni 2017 jadi Ketua Umum.. Banyak jugak cabaran.. Orang kata gpang la, bz body la , mcm2 cacian dapat.. hahah.. Tp disebabkan itulah hati ni jadi tabah.. x senang koyak, hahah.. yang kena maki kt luar sana jgn risau, kita kena tahu kita sedang jalankan amanah kita, so yang cacian2 tu biaselah drpd individu2 yg xberdisiplin.. Tp kita jd pengawas ni , kita kena fikir juga strategi memimpin sebelum kita start pimpin.. nak jd pemimpin yang orang suka pastikan sempoi dan friendly pd masa yang sama tunjuk yang seorang pemimpin boleh bergaul baik dengan anak pimpinannya.. Kalau ada pelajar buat salah, jgn condemn terus.. rapatkan diri dengan dia, talk normally and selitkan with teguran dengan nada yang baik , In Sya Allah pelajar tu x buat mistake lg dh.. Paling penting, sbg pemimpin kita kena jaga imej kita sendiri. Kalau imej kita rosak, orang xkn hormat kita. So, kalau kena pape jangan cepat koyak atau cepat marah.. Steady je. Kalau saya, saya takkan aibkan sesiapa kalau berucap kat depan.. pastikan teguran tu bkn utk org specific shj, pastikan teguran tu utk semua dan diri sendiri.. In Sya Allah mereka respect kita sbg pemimpin.. 👍
BalasPadamNi okay lagi tau. Daripada saya. Dah jalankan tanggungjawab semua dah.cikgu je bermasalah kadang2. Bila dah lapor semua. Tak buat tindakan. Pengawas x dpt nak buat ape2 lah sebab xde hak nak merotan🙃
BalasPadamAmanah yang diberikan olehNya😊
BalasPadam