Sabtu, 5 November 2011

Jangan Mengharap

Bismillah. Alhamdulillah. aku masih bernafas atas nama hambaNya, dalam alir darah seorang kuli kepada Dia.
allahummahbaarikfilmaut,wabaarikdiba'dalmaut.. amin *(ni doa untuk kesejahteraan di alam sana yang kekal abadi)


Kebelakangan ni amat malas la menulis. Seperti biasa aku meneropong dari mati dan akal. Semalam aku baca sebuah novel. Tebal kot. (sebab tu aku tak habis baca)  Aku bosan kerana novel tu menceritakan betapa indah nya rasa bila hero yang berpisah dengan heroin selama 10tahun bertemu kembali.Hero tu macam dah diagak,macam biasa,  terkejut dan sedih. Dan aku tutup buku, sebab dah tau akhir nanti mesti dorang akan bersama walaupun sebelum tu dorang akan menempuh pelbagai ujian. (err, sebenarnya aku tutup buku nak bangun solat asar, bukan dah tau cerita tu) =p

Aku rasa kalau korang baca novel-novel yang lain pun biasanya camtu jugak kan. Kebanyakan novel kita dah tau mana penghujung dia. Tapi kita baca sebab nak tau macam mana cerita tu boleh berakhir dengan penghiran bahagia , sedih dan sebagai. Dan aku kat sini bukan sebagai pengulas apa-apa novel. Cuma aku nak ajak diri aku dan kamu supaya memandangnya dari sudut berbeza.

Selepas khatam satu novel, kadang-kadang kita tersenyum sendiri.
"alangkah indahnya kalau aku ada kat tempat hero/heroin tu"
"wah. best nya ..sweet sangat hero tu. " 
dan pelbagai dialog yang tak mampu aku nak catatkan semuanya di sini. 

Semua ini kadang-kadang menghayutkan kita dalam arus kehidupan realiti. Yalah, bila hero dalam novel tu sweet , kita mencari-cari lelaki yang berkarakter sweet.
Bila hero dalam novel tu kejar heroin separuh mati, kita mengimpikan ada lelaki yang mengikuti setiap perkembangan diri kita sebagaimana yang dilakukan hero dalam novel.
Bila hero dan heroin bertemu setelah lama berpisah, kita berharap orang yang pernah kita sayang juga kembali semula dalam hidup kita.
Bila heroin tu cakap dia takkan tinggalkan hero sampai bila-bila, kita rasa alangkah untungnya jika kita yang memiliki heroin seperti itu,
Bila heroin banyak berkorban, dan akhirnya dia dapat bersam heronya, kita juga berkorban dan mengharap benda yang sama.


Tak mudah menolak rasa ingin dibelai kehidupan seperti dalam novel. Semuanya indah. Diselangselikan dengan sedikit dugaan, kemudian kebahagiaan akan kekal menjadi milik hero/heroin. Aku menyebut kerana kebanyakan novel begitu. Maka kerana itu aku menyeru kepada diriku dan kepada sesiapa sahaja yang mungkin terbaca, 

Kehidupan ini tak seindah novel. Takdir kita di tangan Dia, bukan di tangan penulis yang enak mencanai pelbagai rencah. Kita sendiri yang memandu kehidupan. TakdirNya adalah yang terbaik. Namun, bukan menjadi alasan kita menyerah diri dan pasrah.
Tak usah mengharap hidup yang indah-indah. Cukuplah kita yang mengindahkan hidup kita. Tak usah mengharap keajaiban berlaku. Cukuplah kita pasrah dengan apa yang ditentuNya. Kerana kita tetap akan meninggalkan dunia yang fana ini. Sebentar cuma diberi olehNya untuk kita menikmati seadanya.

Selamat menghidupkan hidupmu.

3 ulasan:

  1. sangat tepat entri ini, Lia juga begitu. setiap kali pasti terimpikan perkara yang sama tapi tuhan itu lebih berkuasa tidak semestinya kehidupan kita akan jadi seperti yang kita inginkan..

    BalasPadam

kumen2