Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Entah

Kenapa bila saya cuba menyatakan persoalan dan kebimbangan  Akhirnya saya semula seolah yang bersalah  Saya tidak selesa dengan kewujudan 'takdir' yang begini  Kerana bila tergantung begini terlalu rapuh untuk jatuh sebenarnya Secobanya meluahkan yang terbuku  Tiba-tiba saya juga yang menjadi punca rosaknya keharmonian seolahnya  Maka saya sakit berkali-kali  Sedangkan di pihak satunya lagi semacam tiada apanya terjadi  Tuhan,  Di saat saya menangis sehari-hari  Mengadu padamu yang saya tak ampuh mana  Berilah saya pandangan kasihanMu selalu  Berilah saya ketenangan dan kekuatan selalu  Saya tidak rasa saya yang gopoh  Kerana pada asalnya perjanjiannya tidak kena  Saya marah, saya kecewa lagi dan lagi  Entah sampai bila kesudahannya  Saya penat dengan mudah sekali. Bukan saya minta, bukan saya mahu.

Secawan Cocoa Miruku

Hye cocoa miruku Hari ini sedikit kesedihan dan air mata datang menyapa saya Saya penat sekali dengan situasi seolah melawan takdir  Atau saya yang sebenarnya yang tidak cukup ampuh menghadapi takdir  Saya benar-benar keliru dan ragu  Maka sesenang itu air mata saya tumpah  Hye cocoa miruku  Di saat saya menangis lagi di depan Tuhan  Menyatakan yang saya tidak faham  Menyatakan keluhan-keluhan dan sangkaan sangkaan saya Saya benar-benar jatuh pada titik paling lemah  Maka membawa saya kepada pilu lagi dan lagi  Hye cocoa miruku Serasanya semua mata mata memandang penuh ketidaksukaan  kerana kurang saya yang bermacam ini  kerana lain saya yang penuh ego  Serasanya hari ini kelam dan muram  maka saya jadi kelu begini seolah menjadi musuh dunia  Hye coco miruku Terima kasih kerana menemani dengan sejukmu  Mendengar cerita saya yang tak seberapa  Namun tenang awak semacam membentuk ruang bercerita jujur Terima kasih untuk hari ini

Done 1 Tahun Syakaijin

Setahun sudah saya bergelar 'syakaijin' / salaryman  Dan ianya tiba-tiba menjadi setahun tanpa dirancang Memajukan diri sendiri di tempat yang asing benar  Saya sebenarnya tidaklah sekuat itu  Mengharungi cabaran silih berganti dan berselang hari Saya kadang patah sebelah, menapung bahu sendiri  Menjadi dewasa sebenarnya membuat saya makin tak tahu Apa bisa dicapai matlamat sebesar yang dipikul selama ini  Apa bisa saya berlari lagi dan lagi  Apa bisa saya bertahan terus teguh di perantauan ini  Entah.  Yang saya tahu saya beruntung  Kerana Tuhan selalunya tidak jemu memayungi  Menjaga saya sejaga-jaganya  Meskipun saya kerap hilang diri dan marah marah  Allah itu benar-benar tidak berputus asa menyayangi  Terus memeluk dan melimpahkan kasihnya  Untuk awak,  Saya boleh bersumpah  Tak mungkinlah saya boleh senyum lagi dan selalu  Tanpa awak yang tak pernah jemunya mendokong  Saya jadi ingin tahu Tak pernah letihkah awak di sana

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu