Entah

Kenapa bila saya cuba menyatakan persoalan dan kebimbangan 
Akhirnya saya semula seolah yang bersalah 
Saya tidak selesa dengan kewujudan 'takdir' yang begini 
Kerana bila tergantung begini terlalu rapuh untuk jatuh sebenarnya

Secobanya meluahkan yang terbuku 
Tiba-tiba saya juga yang menjadi punca rosaknya keharmonian seolahnya 
Maka saya sakit berkali-kali 
Sedangkan di pihak satunya lagi semacam tiada apanya terjadi 

Tuhan, 
Di saat saya menangis sehari-hari 
Mengadu padamu yang saya tak ampuh mana 
Berilah saya pandangan kasihanMu selalu 
Berilah saya ketenangan dan kekuatan selalu 

Saya tidak rasa saya yang gopoh 
Kerana pada asalnya perjanjiannya tidak kena 
Saya marah, saya kecewa lagi dan lagi 
Entah sampai bila kesudahannya 
Saya penat dengan mudah sekali.

Bukan saya minta, bukan saya mahu.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Drama Nur : #TeamDeeja

Musafir Ringkas