Selasa, 29 November 2011

Hacked

Assalamualaikum. Kaifahaluk? Alhamdulillah..
Mood aku membara untuk entry ni. Ya, bebarapa hari yang lalu blog aku yang comel dan cute  ni kena hacked. Fine blog cikai kena hacked siapa tak bangga =.='

Oke. Aku agak terharu  tersentak bila aku type kat bar ilive4well.blogspot keluar gambar naruto dan hinata tengah date.Ye aku tipu. keluar gambar seram kot. Aku dengan pantas lantas dan tuntasnya terus tekan x tanpa baca apa-apa. Aku tak suka oke orang suruh aku tengok gambar hantu-hantu ni. Aku ingat gamba hantu sebab muzik dia boleh tahan. =.= Tambahan pula,aku yakin aku salah taip url.

Selepas itu, aku cuba buka semula. Alangkah tertariknya hamba bila melihat benda yang sama. Nak tak nak aku pun tutup muzik dan baca, (i takda mood oke nak baca dalam keadaan seram-seram) akubukanpenakutjangansalahfaham.

klik gamba untuk baca greeting yang bajet comel
Selepas baca, agak tertekan sedikit. Barulah aku tau aku sayang jugak blog underground ni. aku mintak pandangan seorang senior yang minat-benda-alah ni, Dia cakap contact la dorang jangan guna facebook sendiri. Tak tau lagi hacker ni putih ke hitam.

Dipendekkan cerita, setelah kura-kura menang lumba lari,  aku chat dengan hacker terhebat tu, then aku buat ayat sedih yang aku kecewa blog aku jadi cmni blablabla. (Ayat ni datang secara semulajadi, takboleh nak buat apa-apa ) ;p Pastu aku log out sebab merajuk. XD Ni kalau masuk baca puisi ni boleh menang kot :p Oke aku log out sebab dah maghrib. Lepas solat aku log in, terpapar dengan cerahnya kat profil aku.

klik gamba utk ketahui lebih lanjut XD
Terror tak aku merampas kembali hak aku? :p Actually, facebook tu bukan facebook aku XD.

Oke pada mereka yang dah pernah kena hacked jadikan pengajaran, Yang belum jadikan pengajaran jugak. Bukan semua perkara kita boleh expert. Nama pun manusia, ada bidang kita expert, ada bidang kita slow. Dan Dia kasi kita semua tu atas pelbagai hikmah. Bak kata sinetron syukuri apa yang ada~ Kita PERLU orang lain untuk EXPERT kan perkara kita tak pandai , dan kita juga perlu EXPERTkan orang lain perkara yang kita pandai. yes~ That is. SHARE. sumpahakutakyakinlangsungdenganbahasainggerisaku. lalala~

Saling bergantung. Macam anak burung dalam nest, asyik tunggu mak dia bagi twisties,. Tapi kalau mak dia kasi cacing dia cakap "i selera western, u pergi cari hotdog lah" The End.

p/s : tqvm kepada insan yang berbudi luhur mengehack blogku. atas niat baikmu, kami bersama mendapat pengajaran dan pembelajaran yang sungguh berkesan. Maaf atas penggunaan kosakata yang taksesuai atau takdisenangi. 

Sabtu, 26 November 2011

Cerita Tahun baru

Bismillah. Ya aku kembali.
Kisah apa. 

Amboi kau. Makin cuti panjang, makin panjang tempoh ponteng buat posting, lalala. tak dengar.

Hari ini aku cuma mahu melayan kisah aku. Jadi kamu nak kisah ke tidak aku tak kisah. Hari ini bertambah lagi satu tahun hijrah. 1433. fine. aku makin dekat dengan kematian.

Mahu cerita sedikit. 
"oh quran aku mintak maaf " kata aku sambil memandang ke buku kecil pink yang mengandungi 114 surah itu. Apa dah terjadi ? well~ flashback :X

Hari ini aku dating. Dengan Naddy. Kat Jelapang Teguh. Untuk buat lesen L. well, aku kecik lagi.muda lagi :p muda yea? meh sentap : kematian tu tak respect orang kecik ke, alkohol 3.5 percent ke, buat lagu berdua bersatu ke, kalau dah masanya, jumpa jugak Yang Tak Mati tu. hamekk kau budak mudaa~ 

Sambung cerita, nak dijadikan kisah sedih : 26 November 2011. Hari ini dalam sejarah.

Aku : Wey aku nak Khatam benda pink ni 27hb ni, waktu awal muharram ni
Naddy :  Erm, aku pun nak habiskan hafazan Juz Amma
Aku : aku takut lah tak dapat habiskan. Dua juz lagi, maksudnya satu hari satu juz aku kena khatamkan.kalau baca jea insyaAllah takda masalah, terjemahan tu ..
Naddy : Betul. Terjemahan.. Eh Berapa juz tadi? dua? bukan malam ni dah kira malam 1 Muharram ke?
Aku : Oke,

"oh quran aku mintak maaf " kata aku sambil memandang ke buku kecil pink yang mengandungi 114 surah itu. Tak dapat la aku capai sasaran nak khatam quran malam tahun baru. Sebab salah aku. Konon last-last baru nak kejar, tengok-tengok salah malam awal muharram.=.=
Betul la orang kampung aku cakap. If you fail to plan, you plan to fail. Sapa suh tak rancang elok-elok. bajet yakin jea dapat habiskan. Allah nak ajar. kau lalai sangat.Banyak buang masa. Memang kau ucap InshaAllah, tapi tanpa penghayatan. tanpa tawakkal. Allah nak ajar.May be jugak salah niat, mungkin niat mencari keredhaan Dia tu jadi minoriti. Chew~ like!

Tuhan, aku juga manusia biasa, aku tidak tahu contengan ini Engkau redha atau tidak. Cuma aku tak tahu nak luahkan kat siapa. Aku tahu Kau ada. Dan Engkau tahu segala yang aku rasa. Maka, moga contengan ini bisa menyentuh mereka dan mengambil iktibar dalam meningkatkan usaha mereka mendekatiMu.

p/s : orang pakai tudung labuh akan jadi ustazah pilihan bila mereka dalam kelompok kecil. ;D bukan tak sudi, cuma takut tak dapat jadi ustazah pilihan depan Dia sahaja. sekian.

Isnin, 7 November 2011

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum

Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka. 


Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira. 
Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima
Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih
Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira
Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia

Kelebihan menjadi pengawas :
  • Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada)
  • Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah terbuka luas. (dapat lah pahala kan)
  • Popular. ("tak kan tak kenal, pengawas yang rambut belah tepi tu..Yang selalu naikkan bendera tuu")
  • Menambah markah kokurikulum
  • Belajar amanah (daripada melaksanakan pelbagai tugasan harian yang dipikul)
  • Menjaga diri supaya berdisiplin (aku tak kasi orang buat, takkan aku buat. Eh , nanti malulah nama pengawas)
  • Selamat daripada segala syak  a.k.a sentiasa dipandang baik (dia kan pengawas, takkan dia nak buat benda tuu)
  • Rapat dengan guru-guru (eh berkat guru tu penting apa?)
  • Gembirakan mak dan ayah (anak aku pengawas, kenapa nak Drogba tak dapat jadi? oh oh. bagusnya anak aku. Kita dapat pahala kan?)


Kekurangan menjadi pengawas :
  • Dipulau, tak ramai kawan(oh , dia kan barua. nak mati ke aku kawan dengan pelapor terhebat)
  • Banyak kerja (alah, nak study lagi, nak jaga gate lagi, nak buat homework lagi, nak hantar laporan bulanan lagi, nak susun kerusi cikgu waktu perhimpunan lagi, nak main Sim Social kat facebook lagi, nak tanya cikgu formula math lagi. adoiii)
  • Serba salah (wey, kawan aku bawak phone, kalau report aku putus kawan, tak report menjadi-jadi. =.=)
  • Semua orang mengharapkan yang terbaik ( kamulah harapan sekolah..bantu cikgu, berakhlak baik , berdisiplin , cemerlang dalam akademik dan farm ville, menghapuskan rekod-rekod buruk jenayah sekolah, pembimbing rakan sebaya dan sebagainya)
  • Tak boleh buat silap ( Pantang melanggar peraturan kecil pasti akan dijadi bahan bualan hebat,post di fb, kutuk dan sebagai..Tu belum kira langgar peraturan yang hukumannya sampai gantung/ buang sekolah )
  • Dipandang serong (dasar kaki bodek. Eh, kalau pengawas mesti cikgu lebih-lebihkan kan?.)
  • Prefect must perfect? (yew~ kau nak tegur-tegur aku? weh cermin sikit diri tu. Dah boleh masuk syurga ke? kau tu pun bukan nya berdisiplin sangat.)
  • Nila setitik rosak susu sebelanga (alah.. pengawas sendiri pun banyak masalah.)
  • Ditakuti 
  • Tak merasai keseronokan menjadi pelajar (ye lah, kalau aku tak jadi pengawas, mesti aku boleh selamber hang out waktu cikgu mesyuarat, jamming ramai-ramai lagu Aduh Saleha dalam bilik darjah, hantar surat layang kepada orang aku tak suka, jadi leader buat sketsa WWE ,curi kunci kereta cikgu untuk betulkan jawapan sejarah Final Exam, dan segala bagai. Kan tu seronok tu? Nanti boleh senyum sendiri bila teringat semua kenakalan yang aku buat waktu bangku sekolah ni. Tapi aku tak mampu buat semua tu kerana satu benda. Baju yang aku pakai warna dia lain dengan orang lain.)
Nampak tak? Mungkin ada yang tidak setuju dengan point-point aku. Tapi aku menulis mengikut fakta bukan auta. Pelajar-pelajar hari ni bukan lagi pelajar yang mudah akur pada peraturan sekolah. Malah kadang kala bangga dengan kenakalan mereka.

Dengar kan ini luahan kami. Kami menjadi pengawas, atas pilihan Dia, samada kami sememangnya rela atau tidak, itu perlu ditolak tepi. Yang pastinya kalau kami buat, kami dapat pahala, dan kalau kami tak buat bererti kami khianat pada kamu, pada guru dan sekolah. Jadi? apa harus kami lakukan?


Jika kamu masih keras untuk tidak memahami kami, aku pinta satu. Tolong letakkan diri kamu di tempat kami. Tolong rasa apa yang kami rasa. Sesungguhnya kami tersenyum tika kamu mengumpat pelbagai macam mengenai kami kerana kami yakin dengan Dia. Bukankah rancangan Dia tetap terhebat? Walaupun kami kadang kala jatuh kesedihan dengan apa yang kamu katakan, tetapi kami tanam dalam-dalam kekuatan menjadi pemimpin dalam sanubari kami.

Masihkah kamu keras? aku pinta sebuah lagi permintaan. Tolong fikirkan keadaan dunia yang tiada peraturan. Tiada insan yang berminat untuk menegur, menjaga dan melaksanakan peraturan. Bagaimanakah? Bahagiakah hidup kita ketika itu?

Aku menulis bukan atas rasa dendam dan iri. Seribu pohonan kemaafan aku minta kalau ia menyakitimu.Tetapi aku mohon aku dan kamu berfikir dan mencerna kembali. Moga sinergi perubahan dan praktikalnya akan terus mekar mewangi. Azimat keanggunan insan bermaruah dan harmoni.



Sabtu, 5 November 2011

Jangan Mengharap

Bismillah. Alhamdulillah. aku masih bernafas atas nama hambaNya, dalam alir darah seorang kuli kepada Dia.
allahummahbaarikfilmaut,wabaarikdiba'dalmaut.. amin *(ni doa untuk kesejahteraan di alam sana yang kekal abadi)


Kebelakangan ni amat malas la menulis. Seperti biasa aku meneropong dari mati dan akal. Semalam aku baca sebuah novel. Tebal kot. (sebab tu aku tak habis baca)  Aku bosan kerana novel tu menceritakan betapa indah nya rasa bila hero yang berpisah dengan heroin selama 10tahun bertemu kembali.Hero tu macam dah diagak,macam biasa,  terkejut dan sedih. Dan aku tutup buku, sebab dah tau akhir nanti mesti dorang akan bersama walaupun sebelum tu dorang akan menempuh pelbagai ujian. (err, sebenarnya aku tutup buku nak bangun solat asar, bukan dah tau cerita tu) =p

Aku rasa kalau korang baca novel-novel yang lain pun biasanya camtu jugak kan. Kebanyakan novel kita dah tau mana penghujung dia. Tapi kita baca sebab nak tau macam mana cerita tu boleh berakhir dengan penghiran bahagia , sedih dan sebagai. Dan aku kat sini bukan sebagai pengulas apa-apa novel. Cuma aku nak ajak diri aku dan kamu supaya memandangnya dari sudut berbeza.

Selepas khatam satu novel, kadang-kadang kita tersenyum sendiri.
"alangkah indahnya kalau aku ada kat tempat hero/heroin tu"
"wah. best nya ..sweet sangat hero tu. " 
dan pelbagai dialog yang tak mampu aku nak catatkan semuanya di sini. 

Semua ini kadang-kadang menghayutkan kita dalam arus kehidupan realiti. Yalah, bila hero dalam novel tu sweet , kita mencari-cari lelaki yang berkarakter sweet.
Bila hero dalam novel tu kejar heroin separuh mati, kita mengimpikan ada lelaki yang mengikuti setiap perkembangan diri kita sebagaimana yang dilakukan hero dalam novel.
Bila hero dan heroin bertemu setelah lama berpisah, kita berharap orang yang pernah kita sayang juga kembali semula dalam hidup kita.
Bila heroin tu cakap dia takkan tinggalkan hero sampai bila-bila, kita rasa alangkah untungnya jika kita yang memiliki heroin seperti itu,
Bila heroin banyak berkorban, dan akhirnya dia dapat bersam heronya, kita juga berkorban dan mengharap benda yang sama.


Tak mudah menolak rasa ingin dibelai kehidupan seperti dalam novel. Semuanya indah. Diselangselikan dengan sedikit dugaan, kemudian kebahagiaan akan kekal menjadi milik hero/heroin. Aku menyebut kerana kebanyakan novel begitu. Maka kerana itu aku menyeru kepada diriku dan kepada sesiapa sahaja yang mungkin terbaca, 

Kehidupan ini tak seindah novel. Takdir kita di tangan Dia, bukan di tangan penulis yang enak mencanai pelbagai rencah. Kita sendiri yang memandu kehidupan. TakdirNya adalah yang terbaik. Namun, bukan menjadi alasan kita menyerah diri dan pasrah.
Tak usah mengharap hidup yang indah-indah. Cukuplah kita yang mengindahkan hidup kita. Tak usah mengharap keajaiban berlaku. Cukuplah kita pasrah dengan apa yang ditentuNya. Kerana kita tetap akan meninggalkan dunia yang fana ini. Sebentar cuma diberi olehNya untuk kita menikmati seadanya.

Selamat menghidupkan hidupmu.

Jumaat, 4 November 2011

Selamat Tinggal

Bismillah,. Sudah lama tidak update.
Cuma dua sebab :
-Fator Dalaman / Alasan Peribadi : Aku kan bizi, nak exam ni, malas la, tak tau nak habaq pasai pa. etc2
-Faktor Luaran / Realiti : Yelah blog aku kan cikai, tak famous, tak de orang minat etc2


Jadi setelah lama aku menyepi , aku kembali membawa berita sedih bahawa aku dah bercerai dengan SMA (Sijil Menengah Agama). Tak mengapa aku pasrah . Terima kasih atas segalanya wahai kekasih gelapku.

Selamat Tinggal.