Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Comot

Nama aku Hanna. Aku comot. Selekeh. Jijik. Itulah aku. Ya ! Penerangan yang paling tepat. Rasanya. ***** Cerita semalam punya semalam. "Allahuakbar! Allahuakbarr!!" tinittt.. tinitt. tinittt. tinitt. Argh . sudah pukul 5.45 pagi. Rasa-rasa baru sahaja aku lelap. Penat lagi lah.. Pap! Jam dibisukan. Tidak. Dibiuskan. Buktinya bateri jam yang sedang bergolek golek hampa di jubin bilik. "Kakak! Kakak dah Subuh ke belum? Dah pukul 6.40 ni." Lembut tutur ibu. "Kejap lagi la ibu, " selimut ku tarik menutupi kepala. Akibatnya hari itu aku Subuh tepat pada jam 7.00 pagi. Ditambah 20 minit selepasnya. Argh! semua ini salah Big Bang. Merekalah penyebab aku tidur pukul 4.00 pagui semalam. Kelmarin, Secret Garden HD juga punca aku tidur 3.00 pagi.  Oh kesannya  ada baiknya juga. Esoknya di sekolah aku gah berkongsi semua yang aku tonton kepada rakan-rakan dalam bulatan usrah tidak rasmi selepas perhimpunan pagi. Aku puas hati. Puas

Merangkak

Istana pasir dibina sedikit demi sedikit. Ambil pasir, design bentuk, keluarkan semua kekreatifan yang ada. Kadangkadang lagi banyak yang terlibat buatkan lagi sukar terjemahkan idea. Dengan segenap kepayahan, mungkin ringkas dan simple, istana impian bisa tersegam megah disusuli senyuman cantik lesung pipit. Tapi, tibatiba datang makhluk stranger, Sekonyong membawa sekalung air busuk, Istana idaman renyuk tanpa sempat mata berkelip. Sedih. Memang kecewa. Tapi harapan jangan putus kawan. Kita ada Allah kan :)

Klise

Assalamualaikum. Aku terfikir. Kita hidup dalam sebuah masyarakat. Dan kita sering terhanyut dengan biah sekeliling. Aku tak rasa ini bagus untuk aku. Ya. Pembetulan. Kadangkadang ia ada baik juga untuk aku. Kita sering tidak diberi peluang untuk membentuk diri sendiri. Daripada kecil kepala disumbat dengan itu salah. Ini tak betul. Ini boleh lagi. Ini bagus. Kita didesak untuk menerima tanpa memahami. Kita didesak untuk mengamal tanpa memeriksa. Kalau atas dasar agama, ajaran Islam inshaAllah aku yakin seratus peratus ia membawa kebaikan kepada semua. Sangat bermanfaat. Tapi budaya. Budaya masyarakat. Budaya keliling. Budaya yang kata orang tak dapat masuk u tu bodoh datang daripada mana? Budaya yang kata baju kurung untuk kenduri dan hari jumaat muncul daripada siapa? Budaya kalau tak pakai kereta besar tu mesti miskin siapa yang bawa? Budaya kalau nak kahwin mesti cukup segala siapa yang mengajar? Aku hairan. Mudahnya kita mengikut. Hanya menonton terus cepat belajar. Oh tid

Kanak kanak

Kanak kanak tu kadang kadang macam span. Senang serap. Senang keluar. Senang kotor. Tapi susah jugak nak kasi bersih semula. Kasihan ada. Bersyukur pun ada. Notakaki : nabi sangat sayang kanakkanak. Sekian.

Tempuh

Tempuh sahaja Ada dua kemungkinan. Macam masuk rumah hantu atau masuk rumah 6D Memang menyeramkan Tapi tak salah kita mencuba  Kuatkan hati

Tembok

Ada tembok. Saya nak pecahkan. Bila dah pecahkan, rasa kosong Bagus juga. Cangkir keinsafan.  Selamat tinggal jahiliyah. :)

Mari Melabel SeMalaysia

Bismillahirrahmanirrahim. Tuhan, berkati usaha sugho ini. Hari ini rajin membuka new post walaupun dalam kepala habuk pun takdak Hlovate. Yea. Baru habis khatam Anthem. Memang gila hard and tahap-nak-mati kot nak buat perubahan macam Dash tu. Okey korang yang tak baca lagi tu, maaf sangat. My Blog, My Voice. Ini kalilah. Pui tetiba. Then, memang aku rasa sebenarnya something yang aku perlu korek dalam cakaran aku kali ini. Kenapa saya, awak, kamu, kita, mereka, dia, atau beliau senang untuk mengejugde something easyly. oke, macamana nak amik muet ni. Habis kau goreng dan rojakkan. Kita selalu defend diri kita , 'eh bukan semua orang kot suka melabel' yey, saya tahu. tapi tapi tapi, Awak setuju tak kalau saya cakap [itu dah jadi budaya kita] Amalan melabel, menjenama, mengeluarkan fatwa, menge cop, menge ban, menjuih bibir, mengutuk, meng compare ni memang dah lali kot. Seperti umum tahu, dalam sesetengah hal, amalan amalan ini boleh dipraktiskan dengan jayany

Istikharahlah Sayang

Salamalaik. Hari ini aku minta cuti. Cuti untuk turun berkempen katanya. Sebenarnya aku mahu istirahat. Aku bingung hakikatnya.  Mereka kata bermusafirlah ke sana. Mereka kata tempat sana sesuai untukmu. Mereka kata gunakanlah peluang ini Mereka juga kata , kalau kamu pergi berapa banyak hati terluka Mereka juga kata, kalau kamu pergi berapa banyak masalah timbul Mereka juga kata, kami masih memerlukanmu Jawapan yang difikir senang. ISTIKHARAHLAH SAYANG Membalas dengan senyuman manis yang menutupi rasa kelat. "istikharah aku tak khusyuk kot. Takpun aku awai-awai berat sebelah" Nampak aku ketawa. Hakikatnya.  Kuingin tanya pada Tuhan. Kenapa sebenarnya? Atau lebih tepat. Apa sebenarnya semua ini? Kilauan hikmah itu terlalu padu. Jadi iris memainkan peranan dengan spontan Sukar sebenarnya membuat keputusan. Kaku lagi.  Takut. Sangat takut. 

Selamat Tinggal

Menggamit masa yang kian singkat Buat aku terhenti seketika Apakah ini realiti? Kabur sirna Mengapa cepat nian Sejujurnya, aku masih di tangga itu Cukup berat mengizin tapak ini menitip memori harapan Aku tidak mahu pergi. Terus terusan menjalin rasa dengan anugerah itu Keras. Belum bersedia Namun, gelombang ini gelombang imaginasi Harus ditegah dengan jiwa yang gigih Harus dihapus bayang kelmarin Sentakan. Hidup ini harapan. Hidup ini pengorbanan. Keguasaran itu sementara. Bukankah selepas kesusahan itu, kemudahan tetap hadir menyelit? Hadirlah mimpi. Cubalah yang terbaik untuk semua :D #Selamat tinggal semua. Kalau rindu, jangan malu mengaku. Kita hadir di sini, untuk saling menyayangi bukan? Usap air mata itu. Pejamkan mata. Menara harmoni menanti tanpa melihat siapa kita. Sebut nama saya dalam doa awak. Itu cukup. :D