Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal

Menggamit masa yang kian singkat
Buat aku terhenti seketika
Apakah ini realiti?
Kabur sirna

Mengapa cepat nian
Sejujurnya, aku masih di tangga itu
Cukup berat mengizin tapak ini menitip memori harapan
Aku tidak mahu pergi.

Terus terusan menjalin rasa dengan anugerah itu
Keras. Belum bersedia
Namun, gelombang ini gelombang imaginasi
Harus ditegah dengan jiwa yang gigih
Harus dihapus bayang kelmarin

Sentakan.
Hidup ini harapan. Hidup ini pengorbanan.
Keguasaran itu sementara.
Bukankah selepas kesusahan itu, kemudahan tetap hadir menyelit?

Hadirlah mimpi.
Cubalah yang terbaik untuk semua :D

#Selamat tinggal semua. Kalau rindu, jangan malu mengaku. Kita hadir di sini, untuk saling menyayangi bukan? Usap air mata itu. Pejamkan mata. Menara harmoni menanti tanpa melihat siapa kita. Sebut nama saya dalam doa awak. Itu cukup. :D

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.