Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Tenung

Bismillahiroohmanirrahim

Gadis itu tinggal senyap. Mahu masa, masa yang sudah lama diketepi, masa yang sepatutnya istimewa untuk dia sahaja.
Dia termenung jauh sekali. Tenung dalam tak terluah apa yang mahu. Dia cuma kaget. Dia sesat dalam dirinya .
Soro-soro dia rasa dia cuma mahu tenang. 
Jangan diungkit lagi masa itu. Jangan dipertikai ketentuan Allah. Jangan dibisik lagi suara keluh.
Dia penat. Berjuang mati-matian tanpa ada yang datang menemani, menguat dan menggalak,  susah nian.
Seorang gadis itu mahu coba lagi jadi dewasa. Hari-hari yang unggul cuma di mata. Namun itu sihat, tak mengapa.
Layak dia untuk rasa.Hak dia untuk diberi peluang membesar, Maka nikmatilah hari-hari mu. Perjalanan ini bukan sebentar . 

Guru yang penyayang

Imej
Bismillahirrahmanirrohim
Ceritanya hari ini aku menggoogle ilive4well.com taktau kenapa tibatiba. maka keluarlah segala linklink yang ada kaitan dekat dan jauhnya dengan belog ini.
Sejarahnya beberapa tahun lalu, aku pernah mengkomen di suatu ruang komen sebuah blog yang aku fikir sangat menarik penulisannya. Maka keluar link belog itu di pencarian mengadangada aku hari ini. Nama belognya Lelaki Introvet . Maka aku belek belek belog milik seorang lelaki yang dikatakan introvet ini, membuat aku fikir lapan belas kali, betapa wujud seorang lelaki yang pemalunya sangat sungguhsungguh di luar, tetapi penulisannya sangat menikam dalamdalam. Nakalnya aku berbisik, kalau saya jumpa awak, saya takkan tanya , kenapa ye awak ni pendiam pemalu ke apa, mungkin aku akan tanya cenggini, "sebab awak punya tulisan masuk kat hati saya laju macam line intenet kat jepun ni, boleh tak awak cuma kata dua perkataan. Marry me. "

kekeke. Okey serius semula plis.
Walaupun aku lupa bila kali terakhir aku …