Sabtu, 18 Ogos 2012

Memori

Bismillahhirrahmaniirahhim
Bulan Ramdan saya takda post. Belagak konon-konon tak sempat dengan muka slumber, dalam hati cakap "akulah manusia paling malas". Dont try this at home .
Aku memang rasa kot tahun ni Ramadan aku lagi TERUK daripada tahun lepas. Taknak lah ingat, nanti aku nangis menyesal 88 hari. Entah je tahun ni, mungkin sebab tahun lepas SMA, jadi perlu hati yang bersih untuk menghafal, tahun ni pulak SPM hati yang kejam dan keras sangat diperlukan untuk buat Addmath dan akaun. Oh anda, sila abaikan. Yang penting aku nak azam, aku taknak izinkan syaitan gelak-gelak kat aku takde perubahan lepas Ramadan, TIDAK SAMA SEKALI WAHAI HANTUHANTU BUNGKUS SEKALIAN. Sila rasa anda dalam mimpi jika mahu berbuat demikian.
So, awak awak yang tervisit sini, aku mahu share somethings.
Pertama, ini pasal kelas aku, kelas 5Bukhori, jadi, awak yang rasa awaklah orang yang pertama dislike kelas ini boleh pergi jauh jauh tanpa paksaan. Nanti aku cerita cerita ko tak iklas baca, Tak ke menambah dosa ko mencaci maki dalam hati? :P Abaikan kali ke 2
Kedua, untuk post ni, aku cuma mahu bagitau semua orang yang aku sayang kelas ni, SEBAB NI TAHUN LAST AKU kat SMA Al-Khairiah.
Ketiga, tiada idea. Maaf. Justeru, lihat sahajalah gamba-gamba insan-insan ohsem dalam kelas ini.
Arakian, gambar ini telah disnap pada Iftar 2.0 kami pada 14 Ogos yang lepas.


Oh. anda pasti menanti ayat saya untuk menerangkan siapa mereka? kan? Abaikan lagi
Baik , dengan hati yang suci mereka ini adalah, Majlis Tertinggi kelas kami. (Suara sumbang said: woi bajetnye guna MT!! suara comel said : kelas senior oke? sila diam)
Dari kiri tu, nama hasif the monitor. Sebelah tu Big Boss kami, MR. Thoha Jamal. Then, Fatma the CPU, Jumi the Ceti dan Nabila the pendek pandai. Nabil tu secretary tak diiktraf. Nasib baik dia tak aktif sangat online. *peluh lega

Ni pulak Workpaper. Ha? garu dagu lah tu . eh awak. ni la nama budak bukhori. orang lain  tak buat kami buat :D. kertas kerja ni kami buat pada asalnya nak rancangperjalannan beli belah kat bazaar, starmall, bata, Big Apple, Kilat, oke. KS Walk in Mart.Kami plan plan, then terbahagi tugasan terus. Ape? Nak tau sape buat ea? Ha.. ni orang nya :


Makcik ni la. Dia ni tangan seni sikit. Nampak tak seni kat ibu jari dia tu. *ini cuma ayat amik hati. :P. By the way, balqis ni banyak tolong aku . Terimas more young.


Lihat sikit ketwadhu'an kami. Bukak puasa dengan kurma dan muratabak je. *nangis dalam riak. Pembohongan secara sederhana ini terserlah dengan kehadiran gambar di bawah. =.='


Sponsor 112%. Mohon jeles. Mohon.


Ini sponsor jugakk. TQ *sengih jahat


Kami terawih bersamaa... Winkwink. Tahun last. :'(


Unit Makanan . yang kuat makan , Dari kanan, Hairul yang ceria, Gurus Kelas, Arifah yang datang awal, Farah yang bancuh air, dan Hikmah yang sponor iftar 1.0 > Mereka sangat best oke.


Unit Ibadah yang muka macam kuat ibadah. Dari kanan, Fahmi yang tak jadi imam pun =.=, Aziz imam part time a.k.a kami punya penaja XD, Guru Kelas, Mukmin yang tak bagi solat lewat , dan Ili yang menjaga kebajikan asrama . haha.



Unit Fotografi. Dari kanan, Hamizan yang macam tak macam fotografer pemalu siot, Guru Kelas, Aweena yang bajet kiut, Balqis the.. .. Oh my .. Balqisss.. ko ade dua kali dahhh. =.='


Gambar ni ada cerita dia. Kenangan last :D tahun depan tak sambut Ramadan sama sama dah kan :)



Oke ni gambar Last. Kami bahagia di sini. Doakan kami :D
tiada dalam gambar : Liyana, Teh, Raihana, Syamil, Fahana, Amira, Ili, dan Hikmah.


Thats all tentang aku dan mereka yang kiut kiut, henseng henseng, poyo poyo , dan bajet bajet belaka. Moga kenangan suka duka sama sama ni akan jadi sesuatu yang bermakna dalam hidup kita. Aku sayang korang sangat-sangat kawan. Jaga diri. Kalau kita berpisah, kita berpisah kerana Allah jugak yea. Dah dah , tak mao sedih. Esok nak raya.

Memori tu, kalau kita tak hargai, dia akan hilang, kita pun lupa, kita tak amik sebagai sesuatu yang bermakna. Rugi. Kita kena hargai hidup. Hidup ni tak lama. Sekali pulak tu. Setiap detik yang kita lalu tu kalau boleh ada ertinya. Syukuri apa yang kita ada. Kunci senyuman. Pis

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mintak maaf atas segala kekurangan dan kelebihan diri ini. May Allah bless :D