Rabu, 24 September 2014

Suka

Bila kau rasa kau suka, tak semua tu baik untuk kau.

Bila kau suka,  sebenarnya tu bukan namanya serius. Sebab kau tak betulbetul suka pun.

Masakan betulbetul suka boleh tidak menjaga diri. Dan menjaga yang disukai.

Sabtu, 20 September 2014

Suatu hari nanti

Bila aku besar nanti
Aku akan cari semula muka muka tu
Mukamuka yang sangat handal hari ini
Bagai tiada mati untuk mereka

Tak apa. Aku belajar memaafkan
Hari ini milik kamu
Katalah sepuas

Sebab aku belajar erti kemaafan sebenar dari ibu bapaku.
Ibu bapaku tak pernah ajar aku berkata buruk,  tak pernah sekali ajar mengeji.

Dan aku taktau pula ibu bapamu

Katalah sepuasnya
Kiranya aku tak sempat di dunia
Mari berjumpa di pengadilan Allah

Dan kiranya sempat
Ku mahu cari juga kamu
Lihat apa jadi pada keturunanmu
Moga pintu rahmat Allah mengasihi
Sebelum kau tamat

Moga mulut itu sempat suci.

Isnin, 15 September 2014

Bukan aku

Bukan aku kalau yang jenis merayurayu meminta simpati

Silap besar kau rasa aku lah yang lemah yang bodoh

Aku juga punya harga diri

Tak pernahnya aku ishtihar kamu menang sebab yakin mengalah tak bererti kalah

Kupunya kekuatan luar biasa sebenarnya segansegan tunjuk

Jangan sampai aku serius

Aku juga punya harga. Tak pernahnya mahu jadi yang bawah kamu.

Kekecewaan hari ini naik lagi satu darjah kematangan.

Isnin, 1 September 2014

Proses

Sabarlah hati
Proses membesar memang susah.

It is tough to trust.