Isnin, 27 Februari 2012

Hikayat Tudung Besar Saya

Bismilahhirrahmanirrahim..Moga Allah redha penulisanku ini. Moga aku ikhlas untukk berjuang  dan berdakwah melalui jalan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi Muhammad SAW.


Ini cerita saya. Daripada kecil saya dididik dengan tudung besar ini. Mula-mula saya rasa agak terkongkong. Saya juga ingin memakai seperti yang  kawan-kawan lain pakai. Saya pernah memakai tudung 45, ayah saya tegur. Saya segan nak pakai tudung tu lagi, jadi saya hanya ada tudung besar ni. Daripada tingkatan satu sampai tingkatan 5, saya tetap begini.


Pada hakikatnya saya boleh sahaja menukar dengan tudung yang lebih berfesyen dan ikut trend, tetapi saya tak tahu kenapa ada sesuatu yang menghalang saya membuat begitu. MALU. ya, saya malu pakai tudung selalin tudung labuh. Lagi satu, kalau saya pakai bukan tudung labuh, SAYA RASA TAK SELAMAT. Rasa tak dilindungi.Rasa mata-mata itu liar memerhati. Jadi, saya memlilih tudung besar ini. Saya selesa, saya selamat, saya behagia.


 Dan tak suruh awak pakai tudung macam saya, tetapi saya nak kongsi apa yang saya rasa. Pakai tudung labuh ni kadang-kadang susah jugak. Sebab orang lain tengok kita macam malaikat tau. Pakai tudung labuh mesti baik, pakai tudung labuh mesti alim., pakai tudung labuh mesti sempurna. Kalau tak :
"hisyh dia tu, harap je tudung labuh.."
"Tengok tu, ingat pakai tudung labuh semua baik-baik..."
"tak padan dengan tudung labuh.."

Nampak? Kesian kan dekat orang pakai tudung labuh. Tapi sebenarnya lagi kesian dekat tudung labuh, sebab orang yang memakainya, tudung labuh yang jadi mangsa. Saya ingin meluahkan di sini, orang yang pakai tudung besar ni orang yang biasa-biasa je. Biasa-biasa bermaksud sama je macam awak, dia dan mereka. Kami tak lepas dari silap dan salah. Kami pun ada keinginan, kami pun ada matlamat dan ada prinsip.

Kenapa pakai tudung besar kalau dah tau akhlak tak cun sangat? Ok, Sebab saya percaya Dia cakap :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : Ayat 59)

Saya nak dikenali dengan perempuan yang baik. Orang cakap, tak semestinya tak pakai tudung labuh tak baik. True. Tetapi TUDUNG TUTUP DADA ARAHAN ALLAH :) Saya takmau lah, dahlah perangai tak berapa nak sempurna, tambah lagi dengan aurat tak terjaga. Paling kurang, aurat saya tak bermasalah dihadapan Dia. :) Dan saya akan cuba baiki akhlak saya dari masa ke masa. InshaAllah.


Dan kini, saya rasa sayang nak tanggal tudung besar ni, saya bahagia bila pakai tudung ni. Series, SAYA BOLEH JADI DIRI SENDIRI bila saya pakai tudung ini. Mula-mula saya memang kena kuat untuk terima kita ni lain daripada orang lain. Tapi lama-lama tak jadi masalah. Saya adalah saya, Sedangkan orang lain boleh berbangga dengan membuka aurat, kenapa tidak saya berbangga dengan arahan Allah ? :)Kadang-kadang ada rasa terpinggir degan tudung ini, namun bukankah janji Alah untuk yang menaatiNya lebih manis? Akhirnya saya pujuk diri dan tersenyum mengharap Dia redha.


Untuk kawan-kawan saya, saya tak suruh awak ikut saya, jadi diri sendiri sudah cukup. Namun bukankah lebih indah kita menggembirakan Allah dengan patuh kepada arahannya supaya TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA. Tutup aurat Allah sayang tau. Saya harap kita doa sama-sama supaya saya dan awak istiqamah dalam memenuhi perintah Dia yang Baik lagi Cantik lagi Mengetahui Yang Terbaik itu.Kita tak tahu hari esok, hidayah ni milik kita lagi ke tak. Kita ada doa je awak. Doa jum!

Isnin, 20 Februari 2012

Garang

Assalamualaikum Selawat dan salam ke atas baginda , utusan sekalian alam. Firstly, Tuhan, aku ingin ikhlas dalam menulis.
Hari ini entri masih menjurus ke arah peribadi, namun tetap tak lepas daripada tanggungjawab insani. Berkhidmat untuk kamu dalam memesan ke arah kebaikan , agar secebis bekalan, bisa menunjukkan hikmahnya di sana. Ok cukup.
Garang. Ramai yang cakap aku garang. Dan aku dengan yakin mengaku Yup! aku garang. Sila takut. Tetapi di sini ingin aku menyelak tirai halus perbezaan di antara garang dengan kuat marah. Kuat marah tu maksudnya garang? Setuju? tak!
Kuat marah bererti dia selalu tak dapat mengawal emosi amarahnya dalam keadaan apa pun. Ini saya ok. Garang pula pada aku bererti dia akan reflek dengan TEGAS walaupun benda tu tak perlu tegas sebenarnya. Jadi? anda dapat lihat bezanya tu? tak dapat? Aku pun.Orang yang kuat marah semestinya garang. Tapi orang yang garang tak semestinya kuat marah. Yay! Sukati korang lah nak faham cemana.
Aku memang kuat marah dan garang. Jadi ramai orang takut dengan aku. Erk (Kenapa macam diragui). Entah kadang-kadang aku tak berniat pun nak marah orang, tapi tengah-tengah elok aku susun ayat, tiba-tiba je "la.. janganlah marah." Intonasi aku kot yang macam tinggi. Eh stop! intonasi tinggi tu maksud dia marah atau tegas atau menarik perhatian atau memboldkan ayat atau apa?
Konfius. Tak faham aku. Waktu aku ckp slow "weyh tak dengar , kuat sikit."
Waktu aku meninggikan intonasi "la. jangan marah" Series konfius.
Dan daripada itu aku dapat satu kesimpulan. BESEDERHANALAH. The End 

Jumaat, 17 Februari 2012

Leader

Dengan Nama Dia yang terlalu banyak memberi peluang untuk saya menitip rasa.Kali ini entry ini akan menggunakan saya menggantikan aku. (untuk entri-entri seterusnya wallahua'lam). Entri kali ini agak membosankan kerana ia tentang saya. Kalau awak rasa tak nak baca, saya pun tak nak paksa kerana mood hitler saya tak berada di puncak lagi.

Disini saya ingin menarikan jari untuk ditujukan kepada orang-orang yang berada di bawah saya. Maksud saya orang-orang yang pernah, sedang dan akan dipimpin oleh saya.

Awak, saya nak cakap sikit ni (kalau panjang awak jangan marah sebab macam awak tahu, saya memang suka membebel) Awak, saya ni kan, boleh kata orang atas awak lah kan. Saya agak janggal bila orang panggil saya "the ketua", awak nak tahu kenapa? Sebab saya bukan yang terbaik antara kita semua. Awak, boleh tak saya nak mintak awak buat skuba di dasar hati saya? dan tengok karangan laut suka duka di lubuk kecil ini?

Saya sedar saya penuh celoreng yang bewarna warni pada diri. Jika ada ditawar peluang untuk memilih, diri ini akan kebelakang mengundur. Namun sakitnya dihiris jika yang perlu dipimpin terlonglai kaku tanpa mesin pemikir. Jadi saya redha. Saya redha dengan harapan awak jugak redha.

Saya tak pernah mengimpikan untuk berada di tempat penuh ngilu dan payau ini. Namun saya cuba untuk mengindahkan tempat ini dengan sedikit haruman one drop. Sesekali kan awak, kistal mahal jernih saya mencurah juga daripada tubir mata. Saya cuba juga beri alasan kononnya, mata saya memang bermasalah, atau pasir memang ada di mana-mana, saya kata saya kuat untuk semua ni, namun hakikatnya hanya Dia sahaja yang tahu. Saya juga biasa-biasa je awak. Saya bukan batman, supersaiya atau adiwira yang sentiasa megah berdiri untuk melindungi.

Saya ini cuma insan yang sudah dikunfayakunkan untuk jadi pemikir gerak kerja kita. Jadi saya memang banyak mengarah awak, membebel kat telinga awak, marah awak dan kadang-kadang membuli dan menyindir awak. Saya tak nafi tu. Saya memang macam tu. Ulang sekali lagi, saya memang macam tu. Saya tahu, saya banyakk sangat buat awak terasa. Sory awak. Kat sini saya nak awak tahu, jelas dan faham inferens nya saya bertindak macam ni. SEBAB SAYA NAK YANG TERBAIK UNTUK KITA :)

Awak janganlah rasa saya ni ketua, awak tak boleh rapat dengan saya. jangan lah. Saya taknak jadi orang di atas awak, tapi saya nak jadi orang di sebelah awak. Boleh tak? Boleh lah.. Ye awak, saya tahu, saya mengaku, kadang-kadang saya buat silap. Saya salah, tapi saya mintak sangat, satu je daripada awak, TOLONG TEGUR kalau saya terover atau terkurang.

Awak, akhir sekali saya nak awak tahu satu je. SAYA TAK KUAT BILA SAYA SEORANG, saya perlukan awak!sangat.

Khamis, 2 Februari 2012

Kerana sayang itu konsepnya luas

Bismillahirrahmanirrahim..Tuhan, aku mahu ikhlas dalam menaip :)
 
Sayang itu konsepnya luas, luas sekali. Kadang-kadang kita salah mentafsirkannya. Kadang-kadang kita mengkhianati makna sayang. Kita rasa kita sayang, namun kita salah. Kadang kita rasa dia tidak sayang, namun sebaliknya. Yang pasti sayang itu bukan bermakna hak memiliki. Tetapi sayang bererti menjaga dengan rasa cinta.


Kamu faham? Ada orang kata kerana dia sayang, dia tidak mahu berenggang dengan yang disayanginya itu walau sesaat. Itu tidak benar, sayang. Sayang itu konsepnya menjaga. Menjaga kepentingan yang disayanginya. Sayangkah jika kita asyik mengikat? Sayangkah jika kita tidak memahami?

Konsep sayang itu kadang sampai tidak mampu diungkap kata-kata. Namun jelas, konsep sayang itu tak terhad. Sayang itu tidak bermaksud hanya perlu sayang kepada satu atau seorang. Kadang menyayangi lebih ramai itu lebih baik. Bukankah untuk disayangi ramai, kita perlu mula terlebih dahulu menyayangi yang ramai?

Sayang, jangan kecilkan skop itu. Bukalah mata, hidup ini untuk menyayangi. Menjauhi benci, kadang aksi dia pernah buat kita rasa kita tidak disayanginya, namun percayailah, jangan pernah membalas perkara yang sama. Ia tidak akan membuah apa-apa faedah di sini dan di sana nanti. Menjaga itu tanggungjawab. Menjaga itu kerana menyayangi. Jadi, menyayangi itu boleh jadi satu tanggungjawab.

Dia Yang Maha Penyayang, kadang beri kita pelbagai ujian, kita rasa keberatan, penat. Sangat banyak mengeluh. Sedikit sekali kita mahu mengingatinya. Kita sukar untuk sedar, bahawa ujian itu tanda dia sayang kita. Dalam kepenatan menjalani pelbagai mehnah, kita selalu leka dengan ayat-ayat penguat daripadaNya,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? 
Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia (Allah) mengetahui orang yang dusta -Al-ankabut
Jelas bukan, ujian itu tanda dia mahu menjaga kita .Dia tidak mahu kita bersenang-senang melupakaNnya. Jadi kenapa gundah? Bukankah Dia jua yang mengetahui segala yang terbaik? 

Insan pula, kadang kita mahu sekali menyayangi dia tapi kita juga takut untuk kehilanggannya. Sedarlah kamu, dia bukan hak mutlak kita. Sekalipun di sudah sah menjadi milik kita, namun secara mutlak, dia Dia yang punya. Sedangkan kita ini hidupnya sementara. untuk apa kita memendam rasa? Jangan berkecil hati jika kita tidak disayangi, tetapi tangisilah diri keran kita gagal memahami makna sayang yang hakiki.

Sayang itu konsepnya sering disalah erti. Tak salah menangisi kehilangan yang disayangi, namun perlu jelas bahawa, tangisan itu membawa erti bahawa kita sudah tidak bisa menjaganya dengan penuh cinta lagi. Kehilangan itu bukan suatu noktah dalam kita menyayangi.

Sayang Dia itu luas. Malah peringkat wifi, bukan dial up. Tak perlu bayaran bulanan. Malah dibantu dengan kredit advance waktu kita desprate. Sayang Dia itu perlu dijaga. Dirai. Dibalas. Kerana Dia sahaja yang benar-benar menjaga dan memahami kita dengan cinta. :)

Mudah analoginya, saya tidak memandang awak bukan kerana saya tak sudi memandang awak, saya menjaga pandangan saya dihadapan awak kerana saya sayang awak. Saya tidak mahu menambah dosa awak. Saya mahu menjaga awak. Saya tidak hairan awak mahu menyayangi saya ataupun tidak, tetapi saya tahu saya benar-benar faham erti sayang itu. Dan saya mahu awak juga faham :)