Sabtu, 24 Mei 2014

Saatnya penat

Bila saatnya penat itu menerjah,  saat itu kau akan rasa kau buta kepada semua,  melainkan kau mahu rehat.

Mahu tenang tanpa suarasuara sampah. Mahu sunyi daripada yang melelahkan.

Kau sudah cukup penat sekarang. Ambil. Ambil hati ada bara jangan fikir dua kali buang jauhjauh. Jangan fikir banyakbanyak lagi. Rehat sahaja. Rehat.

Manusia yang ramai buat mazhab masingmasing dan kau sudah penat untuk sepi sahaja. Jangan fikir.

Esok tak mahu penat lagi.

Selasa, 13 Mei 2014

Terima kasih

Kadang kita selalu petah mengatakan kita sakit. Kita perit.Namun saatnya kita senang saatnya kita tenang , mengapa sebenarnya ucapan syukur dan terima kasih selalu menjadi yang lambat.

Kerdip-kerdip Rasa

Kerdip kerdip rasa
Sebenarnya itu hak
Maka kalau baik jangan tinggalkan
Masa lain kau tak yakin
Akan ada lagi
Kerdip kerdip rasa
Buat aku semangat mengukir
Buat aku mahu buas menghirup lagi udara esok
Ikut rasa ini ada waktunya buat aku puas
Kerana hatiku di situ
Di medan pikuk sepitan cari redha Tuhan.
Kerana hatiku di situ
Tak pernah ingat untuk dibawa

Sabtu, 3 Mei 2014

Bila rasa cukup selalu

Sekarang aku rasa sesuatu
Bila rasa sesuatu aku perlu medium untuk menujah
Rasa rasa ku sudah punya semua.
Apa lagi yang kumahu
Semua yang ku mimpi telah pun ditunai Tuhan
Benar. Rasarasa aku cukup semua
Tutup semua loreng kecilkecil
Kerana ku telah punya Allah yang sangat santun terhadapku.
Maka ku telah rasa Dia terlalu lembut terlalu menyayangiku memberi semua yang kuguna kini
Kutelah punya dua sinar yang membawaku ke dunia
Mengheretku mengenali dan mengaplikasi membentuk mukminah hari ini
Punya saudarasaudara yang pelbagai rupa rasa dan warna
Senyuman dan titisan air mata duka yang terkeluar demi mereka banyak mentarbiyah jiwa jadi insan lebih dewasa
Mencukupiku,  menerima atau tidak menerimaku,  apa lagi kata syukur yang bisa disua agar hati ini bisa memantulkan kebahagian dengan adanya kamu
Masalah semut dan gajah yang lalu lalang sebenarnya mengikis keyakinan bahawa aku kuat sendirian
Maka ku perlu semua
Maka ku bahagia ku punya semua
Cicipan ini di olah
Kerana rasa cukup ini sukar sekali dibias dek masa yang deras sekali
Cukup. Kerana tiada yang tidak cukup.
Bila rasa semua cukup,  ingatlah Dia yang mengkayakan jiwa ragamu tanpa kau pinta lebihlebih pun. Dia memberi kadar kecukupan, maka pancarkan selalu senyuman kegigihan seorang yang ngerti berterima kasih. Kerana kau tak pernah ada dalam kasut yang tidak cukup.