Sabtu, 27 Disember 2014

Musafir Ringkas

Bismillahirrahmanirrahim.
Menulis sebenarnya bukan perlu masa yang agakagak rasa nak menulislah, sebab namanya berpuisi. Jadi, Mukminah Aqilah kalau anda malas menulis, jangan beri alasan tunggu mood lagi :'(

Sawangsawang yang melekitlekit di blog ini aku usaha clearkan sikit dengan cerita musafir ringkas aku pada suatu hari ke USIM-UKM-UM pengalaman baru, mogamoga visitor dapat faham, sebenarnya tuan belog ini masih hidup.


Suatu hari, seorang Mukminah Aqilah baru habis exam finalnya atau bahasa negara yang ada Fuji san nya, Shuryou Shiken. Buka perasaan terlalu hepi aku yang aku nak pointkan di sini ye tuantuan, tapi hajat aku . 

CEMANA EH KALAU AKU MASUK IPTA

Dah lama sebenarnya aku tanya diri sendiri, sebab lepas aku masuk IBT, memang tak lah aku akan merasa hidup kat IPTA kan. Hidup kat IBT punya asrama kan tak macam asrama. (Sila rujuk bagaimana asrama IBT di Cerita IBT 1.0)

Jadi, bulatnya azam aku nak merasa macammna life kat kampus ni, mengheret aku menempek kat bilikbilik kawankawan sejati aku yang dah merupakan budakbudak tahun satu comelcomel dah start belajar kat USIM, UKM dan UM.

Cop sebelum tu kenapa 3 bijik tu je?
USIM
Sebab kebanyakan kawan aku yang dah dapat sijil STAM kat Kuliyyah Lughah Waddin, Pekan tu, aku taktau badi apa, reramai semua beraturratur dapat tawaran situ. Sebab tu aku label USIM tu Kuliyyah II. d: Then lepas aku habis final exam, aku berpeluang date ukhwah dengan setset usim. Dan disebabkan masa date kiteorg tak cukup, jadi, aku pun merelakan diri aku diangkut sama untuk menyusahkan depa di sana. Tett .
UKM
On the way naik KTM balik dari Nilai akan mengkonpemkan anda lalu stesen UKM. Jadi aku pun merajinkan diri melepak dan menghirup udara UKM satu malam.

UM
Kat sini tempat classmate f5 aku, nama dia Liyana, amik Law. Ecely UM dengan tempat aku sangatlah berjiran, tapi disebabkan time aku exam, dia nak jumpa, time dia exam, aku exam gok, jadi sukarlah bagi kami mencipta ruangruang mencipta memoir bersama. Balik dari UKM, aku decide lepak UM dulu baru teruskan perjalanan balik ke Pahang.

Jadi cukuplah tiga bijik. Banyakbanyak pun letih. Ecely macam USIM tu aku tak pergi pun kampus dia, aku jenguk camana kawan aku hidup kat Sutera Indah je. dan ecely yang kedua, aku nak straight ke UIA juga sebenarnya, tapi yelah aku risau mak aku membebel tak balikbalik, lagipun UIA aku dah bosan mengulang ke situ. Tett.


Banyak benda aku dapat daripada musafir ringkas ni. 

Aku dapat tahu daripada KTM Nilai, kalau nak pi USIM, jangan naik teksi, ko giler matilah tambang mencekik darah limpa jantung ko semuasemua. Kena ada number manamana kereta yang sudi amik dan hantar kita dengan tambang murah  atau kereta prebet. Kalau budakbudak USIM depa biasanya dah save num sistersister atau bro bro yang menawarkan khidmat prebet ni. Tambang dia adelah RM5 atau RM 6. Okelah kan?

Pastu sebelah KTM Nilai ade Seven E. Satu pesanan aku, kalau ko ketagih sangat air slurpee kat situ pun, pastikan mesin tu oke tau. Aku dah separuh pusingkan mesin tu haritu, pastu baru sedar rosak. Tett, Nasib baik cashier tu setimpal dengan hensem jugaklah dia, dia memaafkan aku yang tenang buat muka , betul takde niat brader, kalau ade niat aku sorok je yang dah separuh ni kat belakang mesin. Point kat seven E ni sebenarnya kat sini ada ATM jugak. Ambank. Tapi kadang dia tulis DUIT HABIS. Jadi tak boleh harap sangat lah kalau timetime terdesak kan.

Asrama kawan aku stay namanya Sutera Indah. SI. Daripada KTM naik prebet saga gold yang punctual adalah dalam 6minit. SI ni 15 minit kalau naik bus ke kampus utama, satusatunya asrama depa yang semua akhowat kata kawan aku, kalau dia tipu maksudnya aku sedang menipu readers semua. Maafkan saya. ( Bapak bajed orang nak baca dia mengarut je) . Sebelah SI ada restoran. Nama aku lupa. Jadi, kawankawan saya yang kebulur akan cari sumber makanan kat situ dengan sukahati. Harga dia oke lah. Satu yang menarik aku nak share, bila turun daripapda kereta saga, hujan yang boleh tahan lebat jugak, kawan aku boleh je selamba redah berjalan macam tak hujan. Dalam keadaan aku menggelisah tak selesa tu, dia kata "Mukmin jum beli makanan sebelah tu", then sambung je jalan macam tak hujan ke restoran sebelah tu. Sampai situ aku tanya, "Pasai hangpa boleh selamber je redah hujan macam tak hujan ha?" serius aku rasa depa tak perlukan payung pun hidup kat situ. Relax je kawan aku jawab "dah biasa pun cenggini. Mungkin jugak sebab takde budak laki kat asrama kiteorang ni " aku dengar rasa, wao,, caya jugak kan,  makesense kan =O

Kat restoran tu aku jumpa kucing comel. Gemok. Warna oren belang putih. Tak habis main lagi, nasi dah sampai. :(

Aku duduk kat bilik Syakirah sebab tingkat dua, aku malas choose bilik Asilah sebab tingkat 4. Helo aku bukan pemalas dan gemok oke, tapi yelah kesianlah kat Asilah makin kurus nanti susah melayan aku (memang syakirah tak susah ). Dalam satu rumah tu ade 3 bilik. Stay 8 orang satu rumah tu. Not bad lah walaupun sempit jujurnya. Takpelah kawan, jihad menuntut ilmu kan . winkwink.


Waktu aku balik prebet dia lelaki walaupun syakir telefon num perempuan. Dia kata husband dia yang akan amik. Syakir risau lebih sebab aku sorang je kan, padahal life aku sorangsorang kat kl, kekadang malammalam pun amik je risiko. Banyakbanyak berdoa supaya Allah jaga. Aku macam fikir dalam kereta tu , pandai juga depa buat untung dengan ada kereta ni . Tapi waktu tu kan, series dalam purse aku ade RM6 je. Hoho kan dah kata awalawal Seven E punya mesin tak boleh harap tadi. So aku fikir kalau dia caj lebih ke apa ke ni, memang aku jadi mangsa pemerdangan orang pun tak pelik. Tapi alhamdulillah , Allah masih sayang aku, driver tu tengok muka aku seposen ke dua posen ni, pastu dia give up, cincai RM5. yay!


Dari Nilai aku gerak ke UKM. Oh aku tak cerita lagi, aku paling tak suka KTM. Sebab kena tunggu lama. dan sepupu dia, Monorel. Yang monorel aku tak suka time duludulu, waktu tu dia dalam proses upgrade apetah, memang aku tunggu lamaa gile, bengang kot, sampai tahap aku search kat Fb, KAMI MAHU SISTEM MONOREL KL YANG LEBIH BAIK. Dan aku kecewa sebab tak jumpa. Panas. Yang KTM ni sebab aku tak pernah tunggu dia dalam tempoh bawah 20minit. Aku rasa kalau aku buat shukudai (cara baca kerja sekolah) bape banyak aku boleh buat . huh. Waktu kat KTM aku jumpa sorang akak pakai purdah , cun je. Sebab muka aku jenis kerek sikit jadi aku rasa dia takut kot nak tegur aku, lepas aku tanya dia soklan hape ntah, baru aku bole buat kawan baru.

Sampai UKM. Aku ni jenis segasegan sikit nak tanyatanya jalan walaupun tu firsttime aku sampai satu tempat tu. Jenis berlagak sikit. Jenis pandai berlakon buat muka orang dah 15 tahun stay area tu. tett. Lepas punch card , aku dengan muka rasa hero cerita jalan je keluar dari stesen ikut suka hati. aku follow je sorang mamat sampai boleh meyakinkan dia yang aku memang nak ikut jalan yang sama bukan taktau jalan atau nak stalk dia ke apa. Walaupun dia jelingjeling aku sebab waktu tu hujan sikitsikit, takkan aku pun nak ikut dia jalan jauhjauh takde bumbung nak pergi kat motormotor, aku yakin je pandang slek balik, eh aku tak ikut hang pun. Aku ikut hati aku. Dan aku taktau kalau hati aku dah terikut hang. Tett . haha. Lastlast aku berhenti je kat teksiteksi. Beg aku tak berat mana, aku lepas je tengahtengah jalan pejalan kaki tu,  penat kod. Keluar fon ececeh kononkonon dah janji dengan orang nak tunggu situ, padahal kat mana entah aku aku pun taktau.

Uncle teksi india yang lepaklepak situ taktau tunggu apa tegur aku, dik amik lah beg tu, jangan letak situ. Aku buat signal saboo pakcik saboo. Konon tengah cakap dengan kawan padahal bengang kawan tak reti nak angkat. Eh kena pandai cover tamau nampak sangat janggal tak pernah datang situ. Tapi uncle india tu jenis tak racist aku rasa, dengan saboo nya dia angkatkan beg aku letak tempat oke sikit. Pendek cerita aku decide dengan member kiteorang jumpa kat situ je. Kira aku takyah geraklah kan. 5 minit, 10 minit. 15... oke fine aku dah give up duduk temenung sorangsorang walaupun earphone ada, still tak boleh duduk diamdiam.


KEDAI MEMBAIKI KASUT. Wait. I saw that. Hehe. Aturatur step, aku bersila sebelah pakcik tu. Pakcik kasut saya basah sikit sebab redah hujan, pastu tengok ni haa, tolong jahit sikit tepitepi ni, haritu saya terbawak masuk hutan, sportshoes saya bagi member pinjam, sayang kot kasut ni. Biasa berapa ? Well, ni qilah kan, walaupun tak banyak, tapi uncle tu kurangkan jugak. tringg. Mission Passed. Sebelah kedai kasut tu ada kedai jual kepropok, cucur badak, popia dan sebagainya, jadi aktiviti aku jadi 4 sekrang ni. Pertama tunggu pakcik jahit kasut, kedua makan keropok , ketiga sembang dengan pakcik. Dan yang last tu, aku ushar dari jauh mamat yang aku follow tadi sembang dengan kawan dia yang baru datang naik motor. Aku tak kisah, yang tu, eh aku boleh cari lagi hensem ar dari dia, tapi aku tengok kerusi sebelah dia berdiri tu. Beg aku! Yang uncle tak racist dan baik hati letak tadi. Maigod. Takdelah apape pun dalam beg aku tu, tapi kalau dia bawak lari susah lah dia nak cari aku balik pulang mende tak bermanfaat untuk dia. Okelah sebenarnya aktiviti ke 4 aku tunggu kawan aku yang dari UKM jemput aku, entah kenapa lambat pula katanya bus UKM mai haritu.

Kawan aku study kat UKM ni nama dia Maisyarah, stay kat Kolej Tun Hussein Onn , pelajar tahun pertama fakulti pengajian islam. Masa tunggu bus , ade dua orang pakcik dari Indon mai tunggu bus sama juga, peramahnya depa. Kat situ aku dapat rasa wujudnya bibitbibit 'kita kan serumpun'. Tapi sebab salah sorang tu speaking fluent jea, aku rasa depa ni jenis educated lebih ni. Aku boleh je sembang lebat lagi, tapi aku tatau kenapa , sebab tempat baru , orang baru, aku jadi sopan dan pemalu sikit masa tu. Sampai bilik Mai, aku hepi sebab luas. Itu satu, satu lagi yang lagi hepi. Roomate dia balik. hoho. Aku lagi paling suka asrama UKM. Sebab satu bilik 2 orang je. Dan luas. Dan Wifi free. Yay! Mohon Mai gunakan dengan sebaiknya semua kelebihankelebihan ini.

Pastu Mai sempat bawak aku jalan Fakulti dia, pastu pergi masjid besaq UKM. Not Bad. UKM ada keunikan sendiri di mana bangunan bangunan yang depa buat, depa akan serlahkan satu ciri istimewa , batubatu tu , depa tak simen habis, tapi sengaja tinggal susun cantikcantik. Begitu juga dengan kita ye adikadik, jangan ikut orang, apa orang lain buat tak semestinya kita kena ikut. Kita semua masingmasing istimewa :D Silap aku tak bawak fon untuk snap picture waktu jalanjalan situ. choii. takpelah. Tapi kawan baru kat UKM nama Fitri, Darjah 4. Aku kawan dengan dia pasal dia kawan dengan PakTam, kucing hitam suka nyorok bawah kerusi atau melepak dengan Fitri kat kafe. Sekor lagi kucing aku jumpa waktu aku nak masuk ke kolej Mai barubaru sampai, gemok kot. Warna kelabu, comel. Tapi sombong. Puii aku ak salam pun tamau. Fine.


Salah satu keistimewaan UKM ni, keutamaaan depa untuk golongan OKU sangat best. Setiap laluan pejalan kaki tu, depa akan fikir macam mana nak utamakan golongan OKU. Tandas, bilik air pun sama. Malah masjid pun. Huu Bestkan ?

Balik keluar dari kolej mai, hujan. Alhmdulillah Mai bukan sahaja belanja aku macammacam, jaga aku baikbaik, malahan juga teman aku tunggu bus sampai selamat naik bus, baikkan ? Tapi. Bus aku naik nak balik tu rosak pulak lepas lalu keluar dari kolej Zaba. Sikit lagi nak keluar dari pintu UKM. Tube apetah yang pecah,driver suh tukar bus lain. Yay seronok, pengalaman baru :D

Daripada KTM UKM, aku direct ke Mid valley, amik bus balik kondo aku. Lepak sampai petang, dekatdekat pukul 6 , jumpa Liyana kat Mid semula, pastu amik teksi pergi UM. Yana baru balik dari Pahang, so kira together la pergi balik UM dia. Tidur situ semalam.

Banyak sangat makan atau salah makan aku sakit perut kat UM. Berapa banyak kali ulang tandas aku taktau. Ujian Tuhan tak kira kat mana. Aku janji last minit dengan ayah aku, tunggu ayah kat UM je sebab ayah nak mai KL hantar air. So okelah kan. Liyana stay kat kolej 8. Kolej dia macam satu bulatan je. Balikbalik pusing situ je. Bilik Yana satu bilik 3 orang. juga sempit. tett



Balik tu ayah amik kat UM. Sempat lah ayah mengimbau zaman kegemilangannya di situ. Ayah pula stay kat Kolej first dulu. ASTAR.

Sebenarnya aku pun tak sangka aku boleh buat cerita sepanjang ni. Tapi aku fikir aku sedang gembira kot. hehe. Sedangkan musafir ringkas pun aku boleh cerita banyak ni, apa akan jadi kalau diizinkan tuhan aku melalui musafir tidak ringkas.



Selasa, 2 Disember 2014

Menjadi kuat

Bila saya  kata saya cuma mahu buat apa yang saya mahu buat.
Mereka kata saya keanakan
Salah?
Paksa diri itu sakit.
Benarkah kesakitan mendewasakan?
Ya saya tahu saya salah untuk ini.
Tapi mustahil untuk 100peratus macam otromen henshin (cara baca : bertukar)
Hidup ni tak lama.
Untuk urusan dunia tak perlu dibesar sangat daripada atmosfera saya.
Hidup kena tenang supaya Allah tenang menjaga.
Entah. Macam acara sukan punya dopping yang klasifikasi dia susah nak garis. Semua orang kata dia kanan.


Kalau awak kata saya manjakan diri itu belah seperti menyebelahi Selatan Vietnam yang tewas hinanya,  boleh tak saya kata, asal saya tahu Tuhan ada saya cukup semua  , bahagia tak bisa keluar patah,   boleh?
Apa makna kemerdekaan diri.