Langkau ke kandungan utama

Comot



Nama aku Hanna. Aku comot. Selekeh. Jijik. Itulah aku. Ya ! Penerangan yang paling tepat. Rasanya.

*****

Cerita semalam punya semalam.

"Allahuakbar! Allahuakbarr!!"
tinittt.. tinitt. tinittt. tinitt.
Argh . sudah pukul 5.45 pagi. Rasa-rasa baru sahaja aku lelap. Penat lagi lah..
Pap! Jam dibisukan. Tidak. Dibiuskan. Buktinya bateri jam yang sedang bergolek golek hampa di jubin bilik.

"Kakak! Kakak dah Subuh ke belum? Dah pukul 6.40 ni." Lembut tutur ibu.
"Kejap lagi la ibu, " selimut ku tarik menutupi kepala.

Akibatnya hari itu aku Subuh tepat pada jam 7.00 pagi. Ditambah 20 minit selepasnya. Argh! semua ini salah Big Bang. Merekalah penyebab aku tidur pukul 4.00 pagui semalam. Kelmarin, Secret Garden HD juga punca aku tidur 3.00 pagi. 

Oh kesannya  ada baiknya juga. Esoknya di sekolah aku gah berkongsi semua yang aku tonton kepada rakan-rakan dalam bulatan usrah tidak rasmi selepas perhimpunan pagi. Aku puas hati. Puas bilamana ada yang megeluh begini :
"Alaaa. ruginya tak tengok, tengokla balik ni, memang aku tak keluar bilik. " Hamizah berwajah hampa.
"Weyy, aku nak join ko marathon? " Ain tekad tibatiba. 
"Semalam baru nak tengok, tiba-tiba mak aku suruh jaga Ilyas, dia nak ziarah siapa entah," Atikah juga mengeluh berat. 

Rasa hebat benar ketika itu. Lewat solat subuh tidak dicerita pula. Sudahlah tidak mengutamakan Allah, mengajak sama yang lain lagha. Comot benar iman.

*****
Cerita minggu lepas punya semalam.

"Kaab bin Malik ni kan, sebab dia tak pergi berperang bersama Rasulullah di perang Tabuk, Allah turunkan perintah kepada semua kaum muslimin supaya pulaukan dia bersama Murarah bin Rabi' dan Hilal bin Umayyah selama 50 hari , " tenang sahaja Ustazah Asiah bercerita dalam kelas subjek Pendidikan Quran Sunnah. Diam sebentar, nafas ditarik, menyambung dengan tetap membawa aura ketenangan itu.,
"Cuba kita bayangkan, orang yang hari-hari tidur sebantal dengan kita, yang ambilkan makanan kita kat dewan makan, yang selalu teman kita pergi tandas, tiba-tiba Allah suruh pulaukan dia."

Kelas jadi senyap. Berfikir mungkin. 'Belayar' juga mungkin.

"Ha,kamu Hasanah, macam mana perasaan kamu kalau Liyana ni, Allah suruh pulau, jangan dekat dengan dia, jangan tegur dia, macam mana?" Bijak ustazah Asiah mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran dua hala.

Hasanah yang tempatnya selang tiga kerusi di belakangku tersengih-sengih menalakan pandangan kepada Liyana disebelahnya. Segan mungkin bila semua mata-mata di kelas itu fokus kepadanya. Semua orang tahu mereka rapat daripada tingkatan 1.

"Dah lama saya tunggu perintah cenggitu ustazah," Hasanah menjawab dengan muka slumber nya.
Gamat kelas jadinya menyambut loyar buruk Hasanah. Liyana menyiku pinggang Hasanah secara spontan.

"Okey, okey, mintak maaf ustazah. Mestilah saya sedih ustazah, Liyana ni kan kawan baik saya. Cammana saya nak sarapan kalau Liyana tak ambilkan." Jujur.

"Haa.. Adli pula bagaimana?"
Senyap. 3 saat. 5 saat. 7 saat. Krik,krik, krikk...

"Adlii! Dalam kelas jangan tidur." Semua mata yang celik fokus kepada mata yang sepet-sepet digosok-gosok supaya celik kembali itu.

"Minta maaf ustazah, semalam Hasif ajak main Fifa sampai pukul 2. Saya tak berkemampuan menolaknya" serak-serak suara Adli meminta maaf. Kelas jadi gamat kembali. 

"Haish kamu ni, ada-ada je la. Erm, Razi, soalan yang sama seperti sebentar tadi, kamu bagaimana pula?" Ustazah Asiah cermat mengawal kelasnya.

"Sedih ustazah. Mestilah sedih, sahabat kita kan. Ustazah, saya nak tahu lagi cerita Kaab tadi, boleh cerita lagi tak?" Razi bertanya penuh minat.

"Uuuuuuuuuu," Ahli kelas menyahut soalan Razi dengan sindiran perlahan. Ye lah, budak 'muka skor' kan.

"Sepanjang pemulauan, semua sahabat akur dengan perintah Rasulullah. Bagaimana sedihnya kamu kalau terpaksa putuskan persahabatan dengan kawan kamu, ya Hasanah, Razi dan Adli, begitu berat juga perasaan sahabat-sahabat dahulu. Namun kerana mereka menyayangi dan membenci seseorang itu semata-mata kerana Allah, perasaan berat itu mereka korbankan." Satu-satu wajah anak didikya ditatap lembut. 

"Jadi anak-anak tersayang, hari ini tajuk kita ukhuwah kan. Maka, mari praktikkan apa yang sahabat-sahabat Rasulullah yang dah buat suatu ketika dahulu. Selepas berita pengampunan Kaab, Hilal dan Murarah, semua sahabat bergembira dan pergi ke rumah mereka untuk meraikan pengampunan Allah kepada mereka. Pelukan yang erat , senyuman yang ceria dan pandangan kasih sayang daripada Rasulullah dan sahabat-sahabat kembali menyinari kehidupan mereka. Begitulah sahabat-sahabat, mereka membenci dan menyisih kerana Allah, menyayangi juga kerana Allah, " Ustazah Asiah masih kekal berimej tenang di pandanganku. 
"Hasanah, kamu kena sayang Liyana kerana Allah, bukan kerana dia selalu tolong ambilkan sarapan kamu. Barulah namanya ukhuwah. Sayang kerana Allah. Kalau kita sayang, kita nak dia masuk syurga sama-sama kita kan? Ukhuwah ini sangat best jika kita benar-benar faham dan amal."

"Hanna, Rasyeed, dan Azirah, kan kita selalu tak suka kawan kita kalau mereka buat sesuatu yang kita tak suka. Cop, cuba kita cek semula, selari tak apa yang kita tak suka , dengan apa yang Allah tak suka? Kalau kita tak suka sebab dia selalu skor macam Razi, kita kena istighfar banyak-banyak la cenggitu. Benci begitu bukan sahaja menyebabkan hati kita bertambah penyakitnya, malah merosakkan ukhuwah lagi." Aku suka ustazah Asiah sebab contoh-contoh dia dekat sekali dengan aku.

"Okey, kalau betullah apa yang dia buat tu, merupakan kemungkaran yang dibenci Allah, contohlah dia dedahkan aurat , atau pun dia selalu curi selipar kita, kita tetap tidak boleh membenci dia tau. Sebaliknya apa yang kita kena benci adalah kemungkaran yang dilakukannya. Kerana apa? Kerana Allah turut membenci kemungkaran itukan? Sedangkan rahmat Allah itu mengatasi kemurkaannya, siapa kita untuk meletakkan sesama hamba orang yang perlu disisih?" 

"Hoiii!! berangan!" Fatini menepuk sederhana bahuku. Oh, aku masih ni Pondok Ilmuwan ini. Jauh juga aku termenung.
"Mana ada, Eh yang lain mana?" tadi Shahirah ada, Hasanah dan Liyana juga ada.
"Depa dah blah tadi. ko apesal tengah syok berborak ramai-ramai tadi , bantainya bawak pergi termenung sorang." perli Fatini.
"Erm , entah , tiba-tiba aku teringat apa yang Ust. Asiah cakap waktu tajuk ukhuwah haritu" aku cuba jujur sahaja.

"Kan baru habis mid exam. Pasal tetiba bukak silibus semula. Sejak bila ko cemerlang ni," dalam tersentap, Fatini menggumam perlahan.

"Takdelah. Yang kita ramai-ramai baru lepas mengumpat Huda ni apa? Ya, Huda tu sembang kencang, tak buat apa yang dia cakap semua tu, tapi bukan jalan untuk bahan kan. Kita ni tak amal apa yang kita belajar apa cerita? Tak ke kita yang kena baiki diri ni dulu, daripada cakap bila la Huda tu nak sedar. Lebat sembang kemungkaran orang , tak nampak diri sendiri buat double, triple." selekehnya iman. Gumam gumpalan hati.

*****
Cerita dua tahun yang lalu punya semalam.

Harith. Ya, hanya nama itu yang ada di segenap hatiku. Dialah kebahagiaan, dialah air mata, dialah segala. Ceritanya begini. Dia lebih senior. Bertemu ketika sama-sama menyertai bola tampar di peringkat MASISUPA. (Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang).

Kerana kerap juga menyertai usrah, aku tahu sahaja bahawa couple itu haram. Ikhtilat di alam henfon, facebook dan twitter perlu dibatasi, dijaga dan dipelihara, aku tahu sahaja. Sekolah agama tak tahu semua ini, tak nama sekolah agama kan.

Tapi entah kenapa, saat ilmu yang ada diuji dengan  situasi, aku tewas tika itu. Perasaan ini sukar ditolak, dihalau pergi. Bermulanya di facebook, ingin mengetahui skill bola tampar lebih mendalam sebagai alasan, terus melarat kepada mengenali empunya diri dan melarat lagi.

Hingga satu tahap rasa bangga pula punyai teman lelaki, menjadi modal cerita jajaan kepada teman sekepala.  Ketika itu, hanya yang indah-indah sahaja rasanya yang wujud sehari-hari. Setiap hari berbalas sms, saban malam bergayut sehingga lewat malam, berkongsi masalah dan perasaan, membuat aku rasa seronok sangat.  

Lebih-lebih lagi dia lebih dewasa, pastinya banyak nasihat diberi. Rasa dijaga, rasa disayangi dan rasa dihargai bergabung menjadi nikmat bahagia. Bertuah juga kerana ada yang sentiasa mengambil berat, membuat kejutan hadiah istimewa di hari lahir dan tidak kedekut untuk melabur wang demi diri ini. Rasa-rasa    dalam bahagia itu hanya ada kami.

Waktu itu aku jauh sekali dengan Tuhan. Ya jijik benar, sanggup bergayut dengan dia, tapi Isyak aku lewatkan. Sanggup menipu ibu ayah untuk bertemu dia di luar. Sanggup mengata macam-macam kepada rakn-rakan Badan Dakwah sekolah yang datang untuk menabur teguran, sanggup buat pekak apabila guru-guru menerangkan tentang ikhtilat, dan pelbagai lagi aku telah buat.

Aku buta benar ketika itu. Sehingga aku mendapat mesej yang sangat aku tidak sangka. Benar Allah tidak sanggup membiarkan aku terus bergelumang dengan kejijikan maksiat itu.

"Hanna, Harith minta maaf, apa yang kita buat selama ini salah. Kita dah tiada apa-apa. Daripada kian parah, cukuplah. Jangan cari dan hubungi Harith.Maaf"

Saat separuh jiwaku melayang itu, hati aku lumpuh. Aku bagai bangkai bernyawa tika itu. Mujurlah, gapaian penuh kasih sayang K.Mujahidah, naqibah usrahku menyambut ketika itu. Sedapatnya dia membelai hati ini meskipun tika itu dia benar-benar pada saat-saat genting ingin menghadapi SPM. 

*****

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Petikan hadith ini diletakkan di atas satu sticker sederhana kecil.  Dihias ringkas dengan sakura indah, hujung kanannya tertulis kecil [SALAM MAAL HIJRAH]-Unit Amal Temerloh, merupakan edaran pemuda-pemuda kacak berbaju meroon yang menunggu di hujung bazar yang aku baru pulang daripadanya sebentar tadi. Bersama bubur asyura sempena awal Muharam, sticker ini turut sama diselit, kerja amal tahunan kot, gumam aku. Tadi aku ambil sahaja, terus bawa pulang. Mesti cover cun kan. Eh?

Di rumah, kedudukan bersila di atas sofa, juga lahap makan bubur asyura, aku membelek sticker ini. Sejurus membaca, berhenti terus sudu daripada menyuap terus bubur asyura, aku termenung, dan aku jadi pinar.Terus sahaja cerita-cerita semalam hadir tanpa memerlukan jemputan. Semua mahu hadir waktu itu juga. Ah nampaknya, usaha kecil pemuda-pemuda tadi benar-benar merenggut ketenanganku. Sejarah dosa-dosa terus menerjah aku. Sedar, hadith ringkas ini benar-benar menyeret aku membentuk 3 isi penting.


Pertama, mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada segalanya. Kedua, mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan ketiga, benci kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya dilemparkan ke dalam api neraka.

Tiga point. Yang sangat menguji. Yang sukar. Termenung lagi.
Aku ini bagaimana? Aku mahu sekali mencapai tahap halawatul iman itu. Tetapi dalam usaha itu, aku sering juga jatuh. Sudah jatuh, bergolek-golek lagi. Debu-debu jahiliyah itu cukup banyak aku aku sapu sama. Untuk bangun kembali itu, rasanya aku terlalu comot. Terlalu keji untuk kembali kepada Allah.

Mengeluh lagi. Tiba-tiba tangan tanpa diminta , laju sahaja mencapai quran pink di sebelah sofa. Laju pula membeleknya. Kerana ayat-ayat ini ayat dijampi Tuhan, ayat berkuasa tinggi, maka muncullah satu ayat penyembuh jiwa :

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az Zumar: 53).

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni murninya).” (QS. At Tahrim: 8)

Sekotor mana, sejijik mana, sehina manapun aku, sedar, tiada yang bisa menerimaku, melain Dia. Bagaimana dasyat sejarah lampauku, Tuhan itu tidak buta. Tidak pernah tidak sayang.

Nama aku Hanna,tahap maksima mana kecomotan iman yang aku persembahkan, Dia masih membuka jalan meminta aku mengelap comot-comot yang terpalit itu menjadi lebih suci dan cantik, supaya kembali menyambung cinta dengannya :)

Nama aku Hanna. Si comot pencoba mencintai Dia :)

*****

Kerana rahmatnya mengatasi segala, wahai hamba Tuhan, kembalilah. Mencubalah untuk mencapai tiga syarat itu. Ya lelah untuk mengejar itu, namun bukan alasan untuk senang kita mengata tidak. Kerana bermimpi itu tidak salah, maka bermimpilah. Biar putus asa itu, putus asa dalam usaha memutus asakan kita. Biar kecewa itu kecewa dalam mengecewakan kita. Usaha!!

Jangan takut mencuba mencintai Allah. Kerana Dia sudah lama mencintai kita. Jangan penat mencuba, kerana hasilnya sukar dibicara. Haraplah wahai jiwa-jiwa, kerana jalan menuju harapan itu terlaksananya sukar, maka harapan itu bisa menjadi bukti agung kita ingin sekali rapat dengan Tuhan. Jangan putus asa dalam berusaha. Gambatte !!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan