Langkau ke kandungan utama

Monolog Takut

Memandang yang kehadapan ini 
Kadang buat saya bermonolog takut dan bimbang 
Terutama pada kejahatan, kelemahan dan kurangnya diri 

Saya takut saya mengecewakan dan melukakan 
Saya takut saya hilang sabar dan meletakkan jangkaan yang bukan-bukan 
Seperti saya yang sebelum ini, dan semua kebarangkalian yang terlintas itu
Bagaimana ini Tuhan, saya melirih kerap sekali 
Kerana saya yang begini 

Saya yang begini sebenarnya perlu melakukan apa?
Berapa kalipun dibilang kepada diri 
Doa yang baikbaik sahaja. 
Niatkan yang harmoni sahaja.
Tapi nyatanya bila tiba pada masa-masa yang tersebut
Saya sukarnya lolos dari bimbang dan takut 

Waktu-waktu begini begitu mudahnya saya menulis
Begitu banyak yang bermain berlegar di angkasa fikiran, 
begitu banyak yang masuk dan menuntut difikirkan 
Kadang ia melemaskan dan merimaskan
Sudahnya saya cuba untuk mengeluarkan satu-satu apa yang tidak jelas itu 
Kerana benar, perempuan dan hatinya tidak pernah bersahabat
Saya ini sebenarnya mahunya apa? Mahu ke mana? 
Malah lebih penting, mahu memuaskan sesiapa?

Tuhan, luruskan saya pada jalan redaMu selurusnya
Saya ini biasa-biasanya luar biasa 
Saya ini tiada banyak yang tahu 
Kesabarannya sedikit sombongnya banyak 
Tenangnya singkat cekalnya tak mapan

Maka wahai Tuhan saya Yang Penuh Kebaikan, 
Pandulah, bimbinglah langkah-langkah kecil saya 
Pada setiap satunya, pada setiap monolog takut dan gelisahnya

Untungnya saya kerana yakin, Allah suka pada yang bersabar, 
pada yang menghormati dan berlaku baik 
Maka pilihlah saya Tuhan, untuk selalu Kau kasihani

Jangan sekali Kau letakkan nasib saya pada tangan sendiri 
Supaya saya bisa bermonolog lagi dengan rima dari kasih sayangMu


 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.