Langkau ke kandungan utama

Done 2 Tahun Syakaijin

Masa berlalu begitu laju 
Bila saya bergelar salary-woman ini
Saya selalu merasakan tiba-tiba sudah habis sehari,
Habis seminggu, habis sebulan, pap setahun!
Nah, tiba-tiba sahaja saya sudah di tahun yang ke-tiga 
Bekerja sebagai pekerja asing di negara matahari terbit 
Malah hari ini saya menaip tanpa perlu memandang keyboard
Malah hari ini saya menjadi antara nadi penting buat sebilangan di sini
Malah hari ini saya sudah tidak peduli lagi dengan perasaan takut-takut 

Macam-macam cerita saban hari 
Ada hari kepenatan, ada hari kebosanan 
Hari kegembiraan, hari kesedihan juga tak lekang juga berkunjung

Dahulunya saya berfikir tak mungkin lah saya boleh bertahan 
Apatah lagi seorang diri sendiri 
Tekaan itu malah ada benar, ada tidak benar juga 

Menjadi dewasa ini kawan 
Seperti terbang bebas dengan sayap yang 'dipasang' sendiri
Kekuatan-kekuatan dan tampungan cuma tinggal minta pada Tuhan 
Kerana pada akhirnya diri sendiri bebas memilih
Menjadi bagaimana dan bersama siapa 
Memilih bulatan yang mana, memajukan diri ke arah mana

Kerana menjadi dewasa kita sendiri bebas memilihlah 
Buat kita selalu ragu dan mempersoal dengan pilihan-pilihan kita
Hati yang ampuh dan kebergantungan kepada Tuhan benar-benar diperlukan 
Demi kelansungan sebuah kedewasaan 

Mungkin separuh riwayat menjadi regular-employee di sini
Dipenuhi dengan dokongan dia dan mereka
Yang selama ini selalu sabar dan tidak mengecilkan satu pun usaha saya 
Tetapi normal proses menjadi dewasa
Manusia hadir dan pergi 
Walau dalam suka mahu sedih yang dibawa dan ditinggalkan 
Kelangsungan sebuah proses kedewasaan akan terus berjalan 

Kerana pada akhirnya saya cuma ada diri sendiri
Yang perlu kuat walau dalam teriak tangis dan kecewa kekalahan 
Yang perlu tahu diri meski semua yang dimahukan ada di tangan 
Yang jatuh bangkitnya biarlah dengan azam dan tekad yang sohih 
Kerana pada akhirnya saya sendiri yang akan bertemu Dia benar-benar sendiri
Maka saya benar-benar harap Dia menjaga 
Seorang saya yang banyak lopong dan lompong ini 

*Alhamdulillah. Tahniah aqilah, berjaya menginjak tahun ke-3 
sebagai career woman hihi
Tahun ke 4 jadi career woman kat rumah awak jelah. eh. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan