Langkau ke kandungan utama

Belakangan Ini

Assalamualaikum wahai blog. 
Maafkan saya kerana selalu gagal mencari waktu menitipkan tinta. 

Belakangan ini berhasrat saya jujurkan. 
Bahawasanya saya rasa sangat aman dan semara.
Dengan kedudukan tugas pekerja dan khidmat di rumah.
Dengan suami, anak, ibu bapa dan mertua. 

Saya rasa Allah terlampau elok kepada saya
Memilih saya menyuapkan banyak lebih pada detik ini.
Meski saya tahu setiap sesuatu pasti ada kesudahan, 
Tetapi ingin saya rakam denyut kemujuran.

Supaya nantinya bila saya di bawah nestapa,
Saya tahu menyukuri
Bahawa Tuhan pernah membela saya dengan baik begini.

Mungkin banyak unsurnya.
Dengan resmi, lebih dan kurang saya yang begini, 
Menjadikan saya tegar memilih memandang yang molek-molek sahaja
Adakalanya banyak juga yang serasa mahu namun masih tak mampu, 
Namun tidaklah menjadikan saya dudukkan ia punca perihal utama
Untuk bermuram durja melupakan apa yang sudah di tangan

Bila difikir. 
Saya suka Tuhan meletakkan saya di sini sekarang. 
Saya tulus mensyukuri kerjabaik Allah kepada saya 
Meski banyak yang zalim dan tidak baik dari diri saya.
Tuhan seolah selalu mahu memberi saya ruang dan peluang 

Terima kasih Allah atas semuanya, 
Saya masih mencuba mengejar pengakhiran yang baik
Dalam tidak sempurna, dalam banyak alasan. 
Namun terima kasih saya tetap tidak berakhir sampai bila-bila


Mukminah Aqilah, 
Indera Mahkota, Kuantan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.