Langkau ke kandungan utama

Sakit

Bismillahirrahmanirrohim.
Ya Allah, jadikanlah penulisan ku ini satu ibadah kepadaMu. Golongkan aku bersama orang-orang yang ikhlas. Selawat dan salam ke atas nabi yang baik hati lagilah mulia dan aku mengaku, aku salah seorang pemiutang nya, selawat dan salam ke atas baginda, Nabi Muhammad S.A.W keluarganya sahabat sahabat tabi' tabi'in dan sekaliannya.

Kali ini aku mahu berkongsi rasa, Sedang aku tersenyum dalam menahan air mata. Kamu mahu tahu? Sakit itu sangatlah osem. Sakit itu begitu baiik untuk kita :)

Sakit membuat kita merintih dalam hati, menjerit sekuat-kuatnya melalui corong hati, mengadu kepada Dia , kita sedang melalui keperitan. Sakit itu mendidik kita kenal Tuhan. Menyulam benih-benih rahmat Allah kepada kita. Allah yang Maha Mengetahui itu sangat Maha Mengasihani. Allah tu sayang sangat kat kita. Tak kan dia tak kasihan kat kita. Sedang kamu merindih pedih itu, ingatlah bahawa rasa sakit inilah yang menebus dosa-dosa mu selama ini yang terlalu banyak. Dia Maha Baik. Maha Pemberi. Dia beri peluang kita buang dosa sedikit demi sedikit melalui rasa perit ini. Dosa kita ni banyak kan? Dah tentu! Apalah sangat rasa sakit ini jika dibanding dengan dosa-dosa kita yang terkumpul dalam tempoh berapa lama kita bernafas ni.

Bertahanlah! Bersyukurlah! Dia mengetahui yang terbaik. Dia tahu kita perlu rasakan keperitan itu. Itu yang terbaik. Siapa kita untuk menidakkan? Dia tak sekali mahu menghukum kita. tapi kerana rahmatnya terlalu luas. Kita sering meminta diampunkan dosa, namun kita tetap tak serik melakukan apa yang dilarangNya, Bisakah dosa kita diampunkan terus-menerus? Nah.. Sakit lah satu wasilah Allah menunjukkan rasa sayangnya kepada kita . Jelas Dia tahu natijahnya. Jadi jangan bermuram wahai hati.

Kita selama ini punyai kesihatan , tubuh badan yang sempurna. Sangat sempurna, namun, pernahkah kita tanya diri kita, sejauh mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada? Syukur itu bukan hanya lafaz di mulut. Tapi juga satu pembuktian. Bersyukurkah kita dengan nikmatNya jika solat tahajud amat liat kita kerjakan? Allah itu mahu ajar kita erti bersyukur dengan wasilah rasa keperitan ketika sakit ini. Sukar untuk beribadah membuat kita terfikir, sewaktu kita sihat sekhusyuk mana kita solat? Sejauh mana kita selalu mengingati Dia? Nyata satu kesimpulan, Dia Yang Terlalu Cool itu mahu membimbing kita. Mahu kita selalu ingat kepadanya. Mahu mendampingi kita selalu. Mahu kita dekat kepadaNya. Ya Allah, sungguh Engkau lah Yang Terlalu Luas Pengampunannya.

Menangis menghadapi ujian ini? Wahai insan, sedarlah Allah sudah memberi ubat kesedihan buatmu dengan kalamnya yang memahami kita selalu :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(al-`Ankabut : 2-3)

“Dan sesungguhnya Kami akan berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:

“Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun.”

Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)





Dia maha memahami. jangan gundah wahai hati, saat kau berteriak keseorangan tanpa seorang pun memahamimu, pasakkan dalam-dalam pada akar jiwa dan imanmu. Dia itu pemberi yang setimpal. Tanamlah kata-kata bahawa " moga-moga dengan kesakitan ini , Allah sudi mengampuni dosa-dosaku yang terlalu banyak ' :) Jadi? Jangan bersedih lagi. Hidupkan hidupmu dengan rasa kehambaan padaNya. 


Kadang ada insan yang sudi menjenguk lubuk perasaan kita, mungkin dari sisi seorang teman atau keluarga. Ya benar kita tak dapat memendamnya keseorangan. Namun yakinlah , Dialah tempat mengadu yang paling tepat. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. dan hanya Dia yang bisa membantu diri ini. Memang tak salah berkongsi rasa dengan sahabat atau keluarga, namun sedalam mana mereka memahami kita , rasa sakit itu tetap Dia yang kurangkan. Ya, memang mereka boleh merasakan keperitan yang sama selepas kita meluahkan kerana ukhwah yang osem , mungkin dapat mendoakan kita atas nama seorang yang sangat menyayangi kita, namun, semua itu pasti akan lebih hebat jika Dia yang menjadi tempat kita berkongsi. Kita tidak menyusahkan sahabat untuk memikirkan kita kerana mereka juga punyai masalah sendiri, kita juga lapang bersahabat dengan mereka seperti kita dalam keadaan sihat, tanpa ada rasa simpati mereka, tanpa ada kehilangan tawa ceria bersama. 


Ya semua orang ada cara mereka. Dan di atas cara aku. aku sayang persaudaraan ini, kerana itu aku tak mahu mengadu. Aku tak mahu kamu susah hati kerana aku, cukuplah aku telah banyak menyusahkan kamu selama ini. Aku sangat menyayangimu, kerana itu aku tak mahu kamu terpalit sama dalam jeritan rasa pedihku ini. Cukuplah, aku bahagia bersama kamu tika senang dan susah selama ini, kamu terlalu banyak membantu aku, menyokong aku, jadi tak perlu lagi aku menambah beban kamu. Aku tak mahu kehilangan tawa ceria ini, aku tak mahu kehilangan rasa bahagia ketika bersama kamu, aku tak mahu kehilangan penghibur aku, jadi aku mengambil keputusan ini. Jangan kamu merisaukan ku, cukup kamu melayani aku seperti aku sebelum ini. Aku yang tak lokek sengih kerana kamu. Aku bahagia kerana adanya kamu. Yang mendoakan aku sentiasa dalam redhaNya. Yang cukup memahami telatahku. Dan aku tak mahu kita bersaudara dengan baik atas rasa belas kasihanmu. Cukup Allah jadi saksi penulisanku. Moga kamu memahami. Tidak sekarang, mungkin masa hadapan. Maafkan segala khilafku.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-guru dan sekolah

Cinta itu bukan memiliki =p

salam mood :jiwang kepada yang dah nak tekeh aku sila lapor a.k.a tinggal jejak pada spongebob dan klik x =p okeh. aku baru baca solusi *riak rajenn aku TERselak ruangan cinta *muahaha dia cakap kan CINTA ITU TAK BERERTI MEMILIKI wah! aku agak tak bersetuju mula-mula tu tapi aku tahan lagi mood memburn majalah sambung balik : cinta dan memiliki benda yang berbeza cinta lebih cenderung kepada MEMBERI RUANG nampak! burung pun mebih bahagia bila dibebaskan, manusia lagi lahh=p dan memiliki cenderung kepada MENGIKAT kalau kita suka kan dia dan dia sukakan kita sekalipun dia tetap bukan milik kita. BUKAN mr. google! aku syg gila kat kauu!! sebab dia milik Allah jadi, sila doa kepada Allah supaya jaga dia untuk kita ingat lah! kita tak tahu apa yang akan jadi masa depan Allah tahu! jadi, sila berserah pada dia jadi tak da maknanya kita nak "ikat" orang yang kita suka sila bebas

Lelaki ? Eww

Bismillahhirahmanirahim. Sorry bagi tajuk entah benda-benda. Selamat datang 2018!  Okay so, posting pertama aku untuk tahun ni tentang kaum lelaki. Nak baca, baca, taknak baca ikut hang lah *Aku warning dulu k, isi lepas ni agak emo kot, aku type tengah lapar jadi maafkan aku awal-awal purisshu Aku cuba make it short,  Banyak perkara kebelakangan ni aku nak sangat cakap Terutama kat kaum lelaki Pada aku,  Kau hensem ke, muka pecah rumah ke, Benda tu zaman sekarang kadang-kadang boleh bawak bincang Apa yang lagi penting BUKAN HATI KAU Tapi, macam mana KEMAHIRAN KAU ADAPT KEMAHIRAN KAU RESPON, KEMAHIRAN KAU BERCAKAP KEMAHIRAN KAU BUAT LAWAK KEMAHIRAN KAU MELINDUNGI MACHO, GENTLE DAN CONFIDENT kepada sesiapa pun dan dalam macam-mana keadaan pun Aku perasan benda ni makin takda  Aku duduk kat Jepun Dorang sangat hensem-hensem dan baik-baik Tapi aku susah nak menerima lelaki Jepun yang keras Yang langsung takde sense leader, dan