Langkau ke kandungan utama

Saatnya Di Atas

Pada saat kita berada di puncak
Serasa semua yang kepingin telahpun diraih 
Meniti hari kenyang dek senyum dan tawa
Di sisi sekelingkungan yang inklusifnya kebaikan 

Ketahuilah diri, 
Ketika ini Tuhan sedang memerhati memeduli
Sekadar mana hakikatnya sebuah syukur 
Bila pengharapan ambisi diperkenan
Bila doa-doa diijabat Tuhan al Muhsin

Ketahuilah diri, 
Jangan dialpa mereka yang ketika ini tidak sepertimu
Pada mereka juga ada penghidupan dan jauh berkah 
Dekat dengan Tuhan dan berhati polos
Kerana bukan material dan buana fana yang menyenangkannya 

Duhai diri, 
Moga hatimu tidak terbuai lalai
Moga dirimu selalu ingat berjaga berawas
Moga ibadahmu tak cetek terbatas
Moga kedekatanmu dengn Allah tak berpenghujung.


Beringatlah selalu bahawa ujian Tuhan itu bukan pada bentuk kepahitan sahaja
Kerana dunia ini tetaplah menjadi tempat berseteru
Antara diri dengan licik nafsu 

Tiadanya yang kekal lama apa yang digenggam
Selepas ini roda penghidupan akan berputar jua
Jadi, tak perlu selesa dan bongkak 
Kerana kau akan membutuhkan sesiapa juga nanti
Mahupun akhirnya yang akan mengjawab di sana kau juga lah

Saatnya di atas, 
Jangan rasa dabik
Tempat kembalimu sedang menunggu. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.