Langkau ke kandungan utama

Setenangnya Saya

Apabila saya memikirkan kerisauan-kerisauan 
Seperti kacaunya jiwa sang perindu 
Seperti sedihnya Zainuddin walaupun kemudiannya mendendami 
Seperti menyentak kisah yang tak bisa lagi diubah 
Kisah semalam yang wujud tempatnya sendiri 
Maka saya terus hilang diri sendiri

Kelam dan kesal. Ribut dan serabut. Hiris dan tangis.
'Dimanja' dengan ujian begini kadang-kadang buat saya mempersoal
Dalam lemah dan sunyinya saya yang begini 
Menuntut dan memperalat 'saya manusia biasa sahaja'

Namun menyedari satu : kerana saya cuma manusia biasalah
Saya bermimpi indah Tuhan tidak letih dengan saya 
Tidak putus asa memberi seribu ribu belas dan rindu 
Untuk saya kembali tenang dan dekat

Setenangnya saya 
Apabila saya melepaskan bulat-bulat 
Apa yang telah dan akan kepada yang berhak 
Yang Maha Mencatur, Maha Mengasihani dan Baik

Menyayangi diri sendiri
Menyayangi masa depan 
Sebenarnya jauh lagi munasabah 

Ya Baari', Engkaulah pereka pelan paling agung 
Ya Rahman, Engkaulah pencerita kisah paling indah
Maka, saya serahkan keseluruh dunia saya untuk diatur dan diolahmu



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.