Langkau ke kandungan utama

Janji

Kerana bait-bait yang dilafazkan bukan sekadar bermanisan 
Ianya menuntut sekalung tanggung dan jawab yang tidaklah mudah 
Mungkin bukan hari ini saya berjiwa kuat dan menerima 
Mungkin juga kerana kurang sedikit dari awak menyentuh saya sebegini sensitif 
Sekadar ringkasnya sedang berlalu satu sesi pms seorang perempuan 

Pada saya menuntut sedikit pengertian tidak ada salahnya 
Maka memuntahkan dengan tulisan
Satunya cara saya menjadi waras dan meletakkan senggangnya

Benar kata mereka pelayaran ini tidak selalunya yang indah indah sahaja 
Kadang ia harus diselangi dengan korbanan perasaan 
Tak pernah kebayangan rupanya sakit 
Meletakkan awak menjadi seperti keinginan saya 
Mungkin pada awak bukan bahagian yang perlu diperbesar
Tapi pada saya ia seolah merosak seharian saya 
Yang sewajar dipentingkan pada setiap saatnya 

Maafkan saya untuk kali ini juga
Kerana kesempitan waktu mendesak jiwa saya jangan bertenang 
Semuanya perlu difikir dan diselesai tanpa perlu berada pada sisi awak 

Harusnya jika saya salah, tolong luruskan.
Kerana mencintai awak itu bukanlah cuma pada seseparuh bahagian 
Tidakkah saya juga akan tersakiti jika menyakiti awak 
Tidakkah saya masih lagi belajar mengenali awak, 
Maka bantulah memudahkannya. 

Mari membaca semula surat untuk awak pada suatu ketika 
"Percayalah kita dipertemukan dan disatukan atas takdir Tuhan, 
Kita akan selalu kuat dan menguatkan
Bahkan kita berjanji untuk bergandingan ke syurga 
Maka, ujian apa sahaja harini
Hati kita jauh besar daripada ujian ini 
Kerana kita inilah yang selalu percaya 
Kita milik Tuhan dan kita akan kembali kepadaNya
Maka ujian apa sahaja harini
Nikmat dan kesenangan dipinjamkanNya selama ini jauh lebih banyak 
Kita akan kuat dan mampu bersama ♡  "

Kerana sudahpun mendjadi janji saya 
bahawa tidak sekali saya mahu berputus asa 
Sekiranya awak juga memilih yang sama 







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.