Langkau ke kandungan utama

Tiada Tajuk

Salam
Mengintai sesuatu daripada lubuk itu
Bertanya apa yang sedang diterajuinya
Sirna

Kamu mahukan segalanya yang terindah
Terhampar bagai di Disneyland
Kamu takut kehilangan

Apa erti kamu hidup tanpa pengorbanan
Kekentalan senyum
Kamu tidak pernah bahagia kerana kamu gagal membahagiakan

Keras. Kaku
Kamu sebenarnya sukar bernafas kerana prinsipmu
Berdikari itu perlu, tapi di mana punca kekuatan?

Kamu angkuh dengan keteguhanmu bertahan
Hakikatnya kamu lemas dengan perasaan
Terungkailah.

Kamu insan biasa. 
Pasaklah rasa kebersamaan
Ya, aku mengerti kamu tak bisa
Ego

Biarlah ia terus membakar
Biarlah ia terus menyakiti
Biarlah semua

Hakikatnya, apapun yang wujud
Aku tak mahu menyakiti yang lain.
Sudah cukup banyak aku menghantui
Sudah cukup.

Mereka mengenaliku dengan kekuatan
Biarlah. Aku takut kehilangan senyuman mereka


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kelebihan Dan Kekurangan Menjadi Pengawas

Bismillah, Assalamualaikum Hari ini aku mahu menitip sedikit perkongsian mengenai tajuk yang tertera. Aku berkecimpung dalam pengawas ni daripada darjah enam kot.Menjadi pengawas bukan semudah yang disangka. Dan tidak juga sesusah yang disangka.  Ada orang memang berharap dia dipilih menjadi pengawas, dan dia dipilih, maka dia gembira.  Ada orang tidak berharap dia dipilih pengawas, tetapi dia dipilih, maka dia berat untuk menerima Ada orang berharap dia dipilih menjadi pengawas, tetapi dia tidak dipilih, maka dia bersedih Ada orang memang berharap dia tidak dipilih, dan dia memang tidak dipilih, maka dia gembira Hakikatnya, menjadi pengawas, bukan terletak pada pilihan kita, tetapi pillihan Dia Kelebihan menjadi pengawas : Mengasah bakat kepimpinan  (pengawas di sesebuah sekolah mestilah ada jawatankuasa, ada mesyuarat, ada planning segala bagai yang pasti menuntut kita mengeluarkan segala bakat kepimpinan yang ada) Peluang melakukan kebajikan kepada rakan, guru-gu...

Terima kasih

Terima Kasih Terima kasih kerana hari-hari mendengar kisah saya  Sehari-hari serasa jauh dari sunyi dan kesedihan maka saya tenang Walaupun mungkin saat-saat begini akan ada hujungnya Tetap saya syukuri dan nikmati yang indah itu Terima kasih untuk sekian kalinya, moha dijaga Tuhan selalu

Sila Ambek

salam3..hari ni aku bermurah hati nak kasi awards kat follower-follower tepi tu. aligato kepada semua..  ambek jangan x ambek! aku pun tak berapa nak percaya follower aku dah 200. aku buat blog bukan nak kumpul follower ramai-ramai. tapi kalau boleh aku nak kasi something yang may be boleh berguna kat diaorang.. hope my dream come true =p.. macam biasa la kan.. dah dapat awards tu kena la jawab soalan sikit-sikit kan.. 1) Kenapa anda perlu berblog? 2) Ucapan sikit untuk yang beri awards ni..?? =p 3) Pendapat korang tentang saudara-saudara kita kat Palestin?? okeh2 .. simple je kan.. kepada yang rasa-rasa nak folo sila-sila la amek awards dan jawab soalan tu.. pastu bagitau aku korang dah ambek dan jawab.(tinggal kan komen laa). nak tengok sikit,, =p wasalam.